Friday, November 17, 2017

25 Wonder Years : Sunway Lagoon Malaysia Meraikan Ulangtahun Yang Ke-25 Tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Wahh...diam tak diam Sunway Lagoon telah pun berusia 25 tahun. Tahniah buat Sunway Lagoon Malaysia atas sambutan ulangtahun yang ke 25. Semua dia makluma bahawa Sunway Lagoon sememangnya telah menjadi tuan rumah dalam penganjuran pelbagai acara dan kempen berprestij di peringkat antarabangsa. Malah, taman tema di Sunway Lagoon semakin hari semakin berkembang pesat dengan idea yang inovatif dan menawarkan keseronokan buat lebih 20 juta pengunjungnya.


Pada 11 November 2017 yang lalu, Sunway Lagoon telah mengadakan majlis sambutan Sunway Lagoon 25th Wonder Years. Para tetamu yang hadir disambut dengan meriah, diberi minuman dalam kulit nenas, dan disambut dengan tarian berkonsepkan Hawaii.



Bagi memperingati kejayaannya, Sunway Lagoon telah bekerjasama dengan beberapa artis tempatan yang berbakat iaitu Caprice (Ariz Ramli), Mimi Fly (Mimi Norhisham) dan Kaka Azraff (Nor Atiqa Noor Azraff) untuk mencipta lagu mengenai pencapaian Sunway Lagoon yang digelar "Experience It". Semua orang kenal betapa ligatnya Mimi Fly dan Kaka Azraff di atas pentas...Heehehe..pada malam tu juga, kesemua artis ini turut diundang untuk membuat persembahan dengan mendendangkan lagu tema sambutan Sunway Lagoon 25 Wonder Years iait “Experince It”. Sedap kot lagunya...lagu yang sangat catchy dan funky..sesuai dengan keseronokan yang boleh dialami di Taman Tema Sunway Lagoon.



Selain itu, para tetamu turut dimeriahkan dengan pertunjukan api. Kalau nak tahu Sunway Lagoon ni memang terkenal dengan pertunjukan api. Dah menjadi trademark mereka.



Untuk menambahkan lagi keseronokan pada malam tersebut, para tetamu disajikan dengan persembahan "The Tale of Mount Berapi", sebuah pameran gunung berapi pertama di taman yang menceritakan kisah seorang gadis yang memiliki kuasa ajaib yang tersembunyi dan berusaha untuk mencari batu lava yang terletak di pulau terpencil dan dilindungi oleh penduduk tempatan yang setia menjaganya. Persembahan “The Tale of Mount Berapi” ini sememangnya menjadi kebanggaan kepada Sunway Lagoon kerana ia adalah produksi pertama mereka bermula dari skrip, bakat, muzik, koreografi dan rekaan kostum. Sambutan pada malam tersebut turut diceriakan dengan persembahan bunga api. Sudah pasti para tetamu yang hadir berasa seronok dengan persembahan dan kepelbagaian makanan yang disajikan.




Calvin Ho, Pengurus Besar Kanan Sunway Theme Parks dalam ucapannya berkata, "25 tahun dalam perniagaan adalah satu pencapaian yang harus dibanggakan. Kejayaan ini adalah hasil kerja keras, peka dengan perubahan semasa dan kekal relevan dalam penyampaian perkhidmatan. Sunway Lagoon berasa sangat bangga kerana selama 25 tahun ini berjaya memberikan kegembiraan dalam hidup berjuta-juta pengunjungnya. Kejayaan Sunway Lagoon juga turut disokong dengan sokongan berterusan oleh para tetamu, rakan kongsi dan para media yang sentiasa ada dibelakang kami.”


Kalau korang nak tahu, Sunway Lagoon telah meraih 3 anugerah besar tahun ini. Sunway Lagoon telah memenangi anugerah “Oscar” kategori Taman Tema Keluarga dan turut tersenarai dalam ‘Brand of The Year’ di Kensington Palace’s World Branding Awards untuk pertama kalinya. Sunway Lagoon juga baru-baru ini telah memenangi Bronze di Anugerah Pilihan Rakyat 2017 (Hiburan) di Putra Brand Awards serta dianugerahkan sebagai “Employer of Choice” di HR Asia Awards 2017. Wahhh...Tahniah diucapkan buat Sunway Group secara keseluruhan dan Sunway Lagoon khususnya atas pencapaian dan penganugerahan tersebut.


Sempena sambutan Sunway Lagoon 25 Wonder Years dan bagi memeriahkan cuti hujung tahun 2017, Sunway Lagoon menawarkan promosi yang menarik sehingga 31 Disember 2017. Para pengunjung berpeluang menikmati diskaun sebanyak RM25 untuk two-day Fun Pass.

Lain-lain promosi yang ditawarkan :

* Bermula 25 November 2017 hingga 31 Disember 2017: Beli FAMFun or 4 To Go Packages dan nikmati voucher F&B bernilai RM25

* Bermula 25 November 2017 hingga 31 Disember 2017 : Untuk 5 minggu berturut-turut, pengunjung boleh mengumpul 5 koleksi limited edition ’25 Wonder Years button badge’ dari hari Isnin hingga Jumaat dengan setiap pembelian 1 Tiket Dewasa ke Sunway Lagoon (sah untuk walk-in sahaja). Kemudian, pengunjung boleh tebus 1 tiket dewasa dalam bulan Januari 2018 apabila korang tunjukkan 3 badges di kaunter tiket.

Jadi, tunggu apa lagi..Sempena cuti sekolah ini, jangan lupa berkunjung ke Sunway Lagoon dan kongsikan gambar kegembiraan anda ketika berada di Taman Tema Sunway Lagoon. Jangan lupa #SL25Years dan #ExperienceIt apabila korang upload gamabr di Instagram. Banyak hadiah menarik yang ditawarkan buat pengunjung yang bertuah.

Untuk muat turun lagi tema Experiece It, korang boleh layari Spotify, KK Box, Joox, Yonder dan Deezer. 


Untuk maklumat lanjut layari www.sunwaylagoon.com atau Like FB www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.

~ Achik ~

Wednesday, November 15, 2017

Keputusan Rasmi Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Satu Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif telah dianjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat dengan tajaan COUDRE Kuala Lumpur. Pertandingan yang telah bermula pada 15 Ogos 2017 hingga 30 September 2017 telah menyaksikan ramai anak muda yang kreatif menghasilkan video-video yang menarikh berkonsepkan 'Mencari Rezeki Yang Berkat'.


Berikut adalah terma & syarat pertandingan yang perlu dipatuhi oleh semua peserta yang mengambil bahagian: 

i)         'Like' page Pusat Pungutan Zakat
ii)        Berumur 18 tahun ke atas
iii)       Tajuk Video 'Mencari Rezeki Yang Berkat'
iv)      Video dirakam dengan hanya menggunakan telefon pintar dan bebas menggunakan sebarang perisian untuk tujuan penyuntingan
v)        Durasi video adalah 3 minit sahaja
vi)      Montaj video hendaklah memaparkan logo PPZ-MAIWP dan Coudre Kuala Lumpur.

Pada 10 November 2017 yang lalu merupakan hari yang dinanti-nanti oleh semua peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan video ini. Satu Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM Kreatif Anjuran Pusat Pungutan Zakat PPZ-MAIWP telah pun diadakan pada 10 November 2017. Sebanyak dua (2) kategori dipertandingkan iaitu Video Terbaik (tempat pertama, kedua, ketiga dan 9 saguhati) dan Anugerah Video Pilihan Ramai.

Kalau dilihat pada terma dan syarat pertandingan, mudah sahaja untuk menghasilkan video kreatif tersebut. Hanya berdurasi 3 minit dan menggunakan telefon pintar. Jadi korang tak perlu pun perakam video untuk turut serta dalam pertandingan ini. Untuk kategori Anugerah Video Pilihan Ramai, pemilihan pemenang akan dibuat oleh pengguna laman sosial di FB rasmi Pusat Pungutan Zakat. Kesemua video para peserta yang mengambil bahagian telah pun di muat naik di Facebook rasmi Pusat Pungutan Zakat bermula 10 Oktober 2017 hingga 17 Oktober 2017. Sepanjang lapan (8) hari tersebut, video yang mendapat jumlah Like dan Share tertinggi akan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Video Pilihan Ramai.

Jom kita tengok senarai pemenang untuk Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF anjuran Pusat Pungutan Zakat dengan tajaan Courde Kuala Lumpur:


Tempat Pertama
(membawa pulang wang tunai RM2000)

Anugerah Pilihan Ramai
(membawa pulang wang tunai RM1000)

MUHAMMAD HANIF BIN NGARISAN


Tempat Kedua
(membawa pulang wang tunai RM1500)

SYAHIDAH BINTI BAHARUDIN


Tempat Ketiga
(membawa pulang wang tunai RM1000)

NURHIDAYAH BINTI ATMIN


Dan bagi Hadiah Saguhati seramai 9 orang dimenangi oleh dan membawa pulang wang tunai RM500 ialah:


NURMANISYA BINTI SHAHRUDIN

MUHAMMAD ADAM BIN IBRAHIM

MUHAMMAD FAIRULLAH BIN HAMRAN

MOHD AMIRUL ASHRAF BIN ABDUL AZIZ

NIK PUTERI NUR ANIS BINTI NOOR AZMI

NABEEL FAKRUR RAZY BIN JUFRI

ANIS ASYIKIN BIN ALIAS

MUHAMMAD ZUHAILY BIN RAZALI

MUHAMMAD NORAZI NAZREEL BIN MOHD YAZID

Barisan para pemenang Pertandingan Mencipta Video JOM Kreatif Anjuran PPZ-MAIWP

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF Anjuran PPZ-MAIWP telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Rais Hj. Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP dan ianya turut dimeriahkan dengan kehadiran  Yang Berusaha Tn. Haji Abdul Hakim Amir Osman (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP), Yang Berbahagia Cik Puan Emi Inani Binti Mohd Arifin (Pemilik Boutique Coudre KL), barisan pengurusan PPZ-MAIWP, para pemenang, para blogger dan tetamu undangan.

Tahniah Achik ucapkan buat para pemenang dan semua yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF ini. Syabas juga diucapkan kepada Pusat Pungutan Zakat atas kejayaan menganjurkan pertandingan ini secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai individu kreatif di kalangan anak muda kita. Malah, dengan adanya pertandingan seperti ini ianya dapat menambahkan lagi pemahaman masyarakat kita khususnya anak muda pada masa kini tentang Zakat.

Untuk info lanjut layari laman web berikut:


~ Achik ~

Thursday, November 02, 2017

Percutian di De Palma Eco Resort Kuala Selangor Menjanjikan Kedamaian dan Kehijauan Alam Semula Jadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Achik telah pun beberapa kali berkunjung dan bersiar-siar di kawasan Kuala Selangor. Namun, masih tidak berkesempatan untuk berkunjung ke tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Kuala Selangor. Apabila diundang oleh De Palma Eco Resort Kuala Selangor dalam satu trip yang melibatkan para Blogger sudah pasti Achik tidak akan tolak. Banyak aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak De Palma Eco Resort Kuala Selangor dan yang paling menarik untuk dikongsi dengan korang semua adalah keselesaan penginapan dan kemudahan yang ditawarkan oleh De Palma Eco Resort Kuala Selangor buat para tetamunya.



Kedamaian suasana di persekitaran De Palma Eco Resort Kuala Selangor

De Palma Eco Resort Kuala Selangor terletak berdekatan dengan Pusat Bandar Kuala Selangor serta berhampiran dengan tepi tebing Sungai Selangor. Lokasinya yang terletak di sekitar kawasan desa sudah tentu menjanjikan kedamaian dan suasana percutian yang tenang, jauh dari kesesakan ibu kota. Buat mereka yang tinggal dan bekerja di sekitar ibu kota yang sibuk, keputusan untuk bercuti di De Palma Eco Resort Kuala Selangor adalah pilihan yang bijak. Keindahan dan kehijauan alam semula jadi memberikan udara yang nyaman dan percutian yang lebih privasi.

Berbalik semula pada kisah percutian kami para Blogger di De Palma Eco Resort Kuala Selangor. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke resort mengambil masa sekitar 1 Jam 30 minit bergantung pada keadaan trafik pada waktu tersebut. Sebaik saja tiba di resort, kami diberikan kunci bilik masing-masing. Sampai sahaja di hadapan bilik Achik, secara jujurnya dalam kepala dah fikir macam-macam. Agaknya bagaimanalah keadaan dalam bilik yang disediakan oleh De Palma Eco Resort Kuala Selangor.

Taraaaaa.......inilah bilik penginapan Achik untuk 3 hari 2 malam di sini. Tak sangkakan, pemandangn bilik dari luar tak mencerminkan keadaan dalam bilik. Apabila buka sahaja pintu bilik, Ya Allah....mewah, besar, selesa dan cantiknya bilik Junior Suite ni. Tidur malam Achik memang nyenyak selama 2 malam Achik di sini.


Junior Suite






Selain Junior Suite, De Palma Eco Resort Kuala Selangor menyediakan beberapa jenis bilik terdiri daripada 48 chalet dan 12 villa:

·      Superior (Queen / Twin)
·      Villa Superior (Queen / Twin)
·      Deluxe (Twin / Triple)
·      Anjung Suite
·      Dara Suite
·      Villa Superior (Queen / Twin)
·      Malawati Roon (2 Queen)
·      Desa Room (2 Queen)

Untuk harga bilik pula, kami telah dimaklumkan oleh pihak De Palma Eco Resort Kuala Selangor bahawa harga bilik yang ditawarkan adalah serendah RM200 termasuk sarapan pagi untuk 2 orang. Tiada harga yang tetap bagi setiap bilik memandangkan pihak De Palma Eco Resort Kuala Lumpur sentiasa menawarkan harga istimewa dari semasa ke semasa. Jadi nak dapatkan harga istimewa tersebut, layari www.depalmahotelonline.com. Pelbagai kemudahan ditawarkan buat para pelanggan yang membuat tempahan bilik melalui laman web tersebut.


Kemudahan dan Perkhidmatan Yang Ditawarkan di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

Kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan oleh pihak De Palma kepada para tetamu menjadikan De Palma Eco Resort Kuala Selangor adalah pilihan terbaik sekiranya korang ingin menganjurkan Hari Keluarga, Team Building, Perkhemahan dan sebagainya. 

·           Surau Lelaki dan Perempuan (Imam disediakan)
·           Kolam renang
·           Perkhidmatan dobi
·           Peti Deposit Keselamatan
·           Kemudahan Wifi Percuma (hanya di Lobi Hotel)
·           Perkhidmatan Shuttle
·           City Tour (Atas Permintaan)
·           Pembayaran secara Kredit Kad / Debit Kad
·           Dewan Serbaguna
·           Bilik-bilik mesyuarat
·         Restoran Rumbia (boleh memuatkan seramai 150 orang dalam satu masa. Buka pada setiap hari bermula 7.00 am hingga 10.00 pm)

 


Selain kemudahan di atas, berikut adalah kemudahan untuk aktiviti riadah yang boleh dilakukan di De Palma Eco Resort Kuala Selangor:

·           Horse Riding
·           Sewa Basikal
·           Badminton
·           Volleyball
·           Zumba (pada setiap hari Ahad, jam 7.00 pagi. Percuma untuk tetamu yang menginap di resort)
·           Team Building
·           Jungle Trekking
·           Tele-match


 
Aktiviti Team Building

Camp Site

Sewa Basikal

Horse Riding

Untuk makluman korang semua, De Palma Eco Resort Kuala Selangor menawarkan pakej Team Building dengan harga yang berpatutan iaitu RM188 / seorang termasuk penginapan, 2x aktiviti, 3x makan dengan minimum kapasiti seramai 20 orang. Kemudahan, peralatan dan tenaga pengajar untuk team building akan disediakan oleh pihak resort.


Perkhidmatan Lain Yang Ditawarkan

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa De Palma Eco Resort Kuala Selangor turut menyediakan perkhidmatan katering untuk majlis, jamuan makan malam dan sebagainya mengikut Tema yang ditetapkan oleh pelanggannya.

Kemudahan Dewan Serbaguna di De Palma Eco Resort Kuala Selangor merupakan lokasi yang bersesuaian untuk mengadakan majlis jamuan makan. Harga sewaan Dewan Serbaguna termasuk penyediaan makan dan minum bermula serendah RM28,000.00 tertakluk kepada tema yang diminta. Semasa trip Blogger tempoh hari, makan malam kami pada malam pertama berkonsepkan 'Jungle & Pirate' manakala makan tengahari kami pada hari terakhir bertemakan 'Indian Style'.

 

Makan malam bertemakan 'Jungle & Pirate'


Indian Style


Tempat-Tempat Menarik Berdekatan De Palma Eco Resort Kuala Selangor

Kebiasaannya kalau Achik bercuti, hotel yang menjadi pilihan Achik untuk menginap mestilah hotel yang berdekatan dengan tempat-tempat yang menarik agar masa tidak terbuang untuk perjalanan sahaja. Masa itu emas, jadi bila pergi bercuti kenalah hargai masa yang ada.

Kalau korang nak tahu banyak sangat tempat-tempat menarik yang berada berdekatan dengan De Palma Eco Resort Kuala Selangor. Sepanjang trip Blogger di sini, kami telah dibawa ke beberapa tempat menarik di sekitar Kuala Selangor. Nanti Achik ceritakan lebih lanjut dalam entry yang lain. Secara amnya, berikut adalah tempat-tempat menarik di Kuala Selangor berdekatan dengan De Palma Eco Resort Kuala Selangor:

·           Bukit Malawati
·           Makam Anak Dara
·           Poisonous Well
·           Penggawa Cannon
·           Historical Museum
·           Kelip-kelip Kg. Kuantan
·           Pasir Penambang
·           Eagle Feeding
·           Royal Kg. Kuantan Golf Club
·           Royal Mausoleum
·           Batu Hampar
·           Altingsburg Lighthouse
·           Silver-Leafed Monkey
·           Salar de Uyuni of Malaysia (mirror-reflection of the sky - Sand Bank)
·           Kuala Selangor Nature Park


Seronok kan bercuti di De Palma Eco Resort Kuala Selangor. Sempena cuti sekolah yang bakal menjelang tidak lama lagi, apa kata rancang percutian anda bersama-sama keluarga di Kuala Selangor. Apa yang pasti De Palma Eco Resort Kuala Selangor adalah pilihan tempat menginap yang paling tepat sekali.

Alamat:
De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Jalan Tanjung Keramat,
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
+603-3289 7070

Faks
+603-3489 7080

Email
info@depalmahotel.com

Untuk tempahan dan maklumat lanjut layari http://www.depalmahotel.com 


~ Achik ~