Monday, June 25, 2018

Wefie Raya dan Menangi Hadiah Bernilai RM10,000 Bersama Jus Hidayah Gold

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Masih lagi dalam mood Raya dan Achik pasti storage dalam telefon bimbit korang penuh dengan gambar selfie mahupun wefie beramai-ramai dengan ahli keluarga, sanak-saudara mahupun sahabat handai. Haaa...dari korang wefie saja-saja tu buat penuh phone memory, apa kata korang cuba sertai Peraduan Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold.

Mudah saja untuk sertai peraduan wefie raya ini. Apa yang lebih menarik adalah hadiah yang ditawarkan untuk para pemenang. Siapa tahu kalau korang dipilih sebagai pemenang hadiah utama yang berpeluang membawa pulang Gold Bar seberat 20g...rezeki tu...



KENALI JUS HIDAYAH GOLD

Sebelum korang nak turut serta dalam peraduan wefie raya ini, Achik rasa lebih manis kalau korang mengenali serba sedikit tentang Jus Hidayah Gold keluaran Seraimas Herbs. Yelah...kalau korang takde apa-apa info tentang Jus Hidayah Gold ni, macam mana korang nk buat pembelian kan. Betul tak?

Jus Hidayah Gold merupakan sejenis minuman kesihatan yang bermutu tinggi kerana penghasilannya menggunakan 23 jenis herba yang mampu memberi kebaikan dan kesan berganda kepada kesihatan dan kecantikan kita. Madu, Buah Tiin, Kurma Merah, Apricot, Delima, Lada Pintal, Cengkih, Kunyit, Buah Pala, Senduduk Putih, Mahkota Dewa, Habbatus Sauda, Mengkudu dan Teja Lawang merupakan antara kombinasi raja segala herba yang digunakan dalam menghasilkan Jus Hidayah Gold. Herba-herba ini dipercayai mempunyai banyak kebaikan dan khasiat luar biasa untuk kesihatan tubuh badan dan mengatasi segala macam penyakit.

Kalau sudah menggunakan gabungan 23 jenis herba, sudah tentu dengan keizinan Allah swt, Jus Hidayah Gold ini dapat mengatasi penyakit ringan dan juga penyakit serius mahu pun kronik termasuklah penyakit kanser, diabetes, darah tinggi, gout, SLE (systemic lupus erythematous), angin ahmar, migraine, buasir, denggi, masalah usus (gastik atau sembelit) dan sebagainya. Lebih menjadikan Jus Hidayah Gold ini menjadi pilihan ramai adalah gabungan 23 jenis herba yang terpilih ini juga terdiri daripada makanan sunnah yang berkualiti tinggi yang sememangnya bermanfaat untuk kesihatan tubuah badan seperti Buah Tiin, Habbatus Sauda dan Kurma.

Sejak zaman nenek moyang kita lagi, herba-herba tradisional ini digunakan dalam perubatan bagi merawat penyakit luaran mahupun dalaman. Oleh itu, produk berasaskan herba alam semulajadi seperti Jus Hidayah Gold ini boleh dijadikan sebagai alternatif untuk mengekalkan kesihatan atau pun mengubati penyakit serta mengeratkan lagi jalinan kebahagian bersama seisi keluarga...



Imam Muda Asyraf sebagai Duta Jus Hidayah Gold

Dah kenali produk Jus Hidayah Gold, mestilah kena kenal juga siapa Duta nya. Juara musim pertama Program Imam Muda yang disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen berbayar Astro Oasis, iaitu Imam Muda Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan telah dipilih sebagai Duta Jus Hidayah Gold keluaran Seraimas Herbs dengan tagline ‘Lebih Kuat, Lebih Cergas, Lebih Beramal’.

Terkini, Imam Muda Asyraf cukup dikenali dengan program bual bicara iaitu Hidayah Talk. Program ini membincangkan pelbagai isu melalui Facebook rasmi Seraimas HQ. Program bual bicara yang disiarkan sebanyak 3x dalam sebulan ini mengupas topik-topik semasa tentang kekeluargaan dan kesihatan.


PERADUAN WEFIE RAYA BERSAMA JUS HIDAYAH GOLD

Haaa...dah kenal dan faham kan tentang khasiat Jus Hidayah Gold ini.? Dah tahu kan siapa Dutanya? Jadi, tunggu apa lagi....guna peluang Hari Raya ini untuk korang sertai Peraduan Wefie Raya bersama Jus Hidayah Gold. 

Maklumat lanjut berkaitan peraduan:

·         Dianjurkan oleh Seraimas
·         Tempoh peraduan bermula 17 Mei 2018 hingga 01 Julai 2018
·         Penyertaan terakhir akan diterima sehingga jam 10 malam, 01 Julai 2018.
·         Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang dikehendaki dengan syarat setiap penyertaan mesti mempunyai gamabr kotak produk Jus Hidayah Gold sebagai bukti pembelian.
·         Pemenang yang paling kreatif akan dipilih oleh juri yang dilantik
·         Pemenang akan diumumkan pada 01 Julai 2018 melalui FBSeraimas HQ




Cara Penyertaan:

1.   Beli Jus Hidayah Gold

2. Peserta perlu bergambar beramai-ramai (“wefie”) bersama-sama dengan kotak Jus Hidayah Gold sebagai bukti.

3. Muat turun aplikasi QR reader di App Store atau Play Store dan scan QR code yang tertera di kotak Jus Hidayah Gold.

4. Isi butiran lanjut dan masukkan “original code”. Ikut langkah seperti yang tertera di laman sesawang www.seraimas.my

5. Masukkan slogan “Saya sertai peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold kerana.......” Ayat tidak boleh melebihi 50 patah perkataan.

6. Muat naik gambar wefie raya anda di platform yang disediakan. Dengan memuat naik gambar di platform ini, anda telah mengakui bahawa:

a)   Gambar adalah milik anda
b)   Tiada sebarang pelanggaran hak cipta atau seumpamanya
c)   Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gambar dan maklumat yang dimuatnaik.
d)   Membenarkan pihak penganjur menggunakan atau menyiarkan gambar anda di sebarang media bagi tujuan pengiklanan dan promosi produk Seraimas.

7. Untuk anda berpeluang memenangi hadiah, penyertaan anda mestilah diterima pada hari akhir tempoh peraduan. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan tidak akan dilayan.

8. Dengan menyertai peraduan ini, anda adalah dengan ini dianggap telah menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat Peraduan #WefieRayaJusHidayahGold. Sila klik link ini.

Hadiah Peraduan:

Seramai 5 orang pemenang akan dipilih. Berikut adalah hadiah-hadiah yang bakal dimenangi.
Tempat Pertama:
Gold Bar (20g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas

Tempat Ke-2:
Gold bar (10g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas

Tempat Ke-3 sehingga ke 5:
1 dinar emas + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas

Menarik kan hadiah yang ditawarkan oleh Seraimas. Bukan susah pun...Korang pergi beli Jus Hidayah Gold dan ikuti langkah-langkah yang Achik nyatakan diatas. Dengan pembelian Jus Hidayah Gold pun korang dapat nikmati khasiat yang ada dalam jus tersebut.



MENGENAI SERAIMAS HERBS

Seraimas Herbs adalah label yang telah didaftarkan di bawah syarikat Serai Mas Herbs Sdn Bhd yang telah lama wujud sejak tahun 2005 lagi oleh pengasasnya dan juga merangkap Pengarah Urusan Syarikat iaitu Datin Hajjah Sunita Bibi Ali Akbar. Syarikat Serai Mas memulakan operasi dengan menyediakan pelbagai rangkaian produk kosmetik dan juga produk makanan tambahan untuk tujuan kesihatan.

SeraiMas memulakan perjalanannya dengan penghasilan produk kesihatan dan kecantikan berasaskan herba dan bahan semulajadi iaitu produk Losyen Terapi Anggun, Dara Mas Cucian Wanita, Serai Mas Herb dan juga produk kulit Astanita Collagen Skinz dan C'Bidadari Juice Khas untuk kaum wanita. SeraiMas terus melebarkan sayap perniagaannya dengan memperkenalkan produk lain seperti Jus Hidayah, Kismis Hidayah, Raudah Energy Drinks, Rest Slimm Mango Drink dan Bengkung Puteri Mas yang menjadi pilihan ibu selepas bersalin.

Bermula dari kedai jamu, pengasasnya nekad untuk mengembangkan syarikatnya dan akhirnya beliau memiliki Syarikat Serai Mas Herbs Sdn Bhd yang kini beroperasi sepenuhnya di Labis, Johor 


Untuk makluman lanjut boleh hubungi talian 012-7848364 atau pun layari laman web rasmi www.seraimas.my

FB : Seraimas HQ
Youtube : Seraimas Herbs

~ Achik ~

18 comments:

  1. Wah, menarik hadiahnya. Nak try berwefie juga la...

    ReplyDelete
  2. nak try minum hidayah gold lak la.... bgs ni tuk saya gastrik... salam kenal acik...

    ReplyDelete
  3. nampak macam mudah, beli, wefie dan menang.

    ReplyDelete
  4. senang sangat contest gini. Ber'wefie'je boleh menang. Harap dapat menang la... eem kena pergi cari jus tu dulu apa2 pon... kan? kang x valid plak nnt...

    ReplyDelete
  5. wah...hadiah best...rugi kalau tak join...

    ReplyDelete
  6. menarik lah jus ni..nanti nak cuba..
    dan join kontes ni..manalah tau rezeki tak salah alamat hihi

    ReplyDelete
  7. Selalu nampak Jus Hidayah gold ni dekat tv..menarik sangat dia buat contest..jom join ramai2

    ReplyDelete
  8. hadiah dia menariklah... rugi plak rasa xjoin kan.... jom wefieeee!!

    ReplyDelete
  9. nak menang senang cuma wefie dengan slogan ... jangan lupa beli jus hidayah gold tau

    ReplyDelete
  10. adoi.. bestnye hadiah diaaaaa.. memang kena join ni.. mana la tau rezeki kite kan.. hee~

    ReplyDelete
  11. kalau achik join nampaknya i pun nak join jugalah mana tahu ada chance nak menang 20g gold bar

    ReplyDelete
  12. Tahniah pengasas Serai Mas. Berjaya menjadikan pengeluar produk hebat di Malaysia.

    ReplyDelete
  13. beruntung sapa yang menang, kena dapatkan juga ni jus hidayah . mana tau rezeki last minit. bagus ni kalau amalkan badan pun sihat

    ReplyDelete
  14. Wowww lumayan hadiah yang disediakan. Kalau menang untung sangat ni lepas raya. Hehehehe jus ni pun memang bagus untuk kesihatan

    ReplyDelete
  15. Hadiah dia memang masyuk ni. Kalau menang happy nye rasa

    ReplyDelete
  16. Mudah betul nak join. Wefie je boleh menang 20g gold bar. Sape nak bagi kan. Sempat lagi join nie. Nak join lah !

    ReplyDelete
  17. hadiahnya lumayan sgt! untung-untung boleh menang.. :)
    wefie je kan.. senangnya lahai.. hihi

    ReplyDelete