Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Laju betul Dashing keluarkan produk baru…Beberapa bulan
yang lepas Dashing lancarkan 2 variasi terbaru Dashing Sport. Kali ni pula
Dashing keluarkan buih mandian Dashing yang boleh guna untuk cuci muka dan badan.
Lebih istimewa lagi, mandian terbaru Dashing ni ada campuran wangian Eau De
Toilette (EDT) tau…
Kaum lelaki sememangnya tak dapat dinafikan ada perangai
malas dalam penjagaan muka..kebiasaannya dorang tak pernah kisah pun nk cuci
muka dengan pencuci muka…Cukup hanya gosok-gosok dengan air paip sahaja sewaktu
mandi. Korang rasa cukup ke? Tanggal ke kotoran pada wajah tu lebih-lebih lagi
untuk mereka yang rutin hariannya naik motor…Euwwwww…memang banyak minyak dan
kotoran yang datang dari asap kenderaan akan melekat pada wajah.
Faham dengan perangai malas (hehehehe) kaum lelaki ni, Dashing telah melancarkan mandian Dashing 2 in 1 Muka & Badan untuk
si jejaka dengan formulasi yang direka khas untuk membersihkan wajah dan muka
sekali gus hanya dengan satu pencuci sahaja.
Produk mandian yang unggul dapat menghasilkan kulit yang
bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Buih
mandian Dashing 2 in 1 Muka & Badan dapat
memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka
dan badan tanpa iritasi. Membersih muka dan badan pada permulaan hari dapat
memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran muka yang berlebihan.
Manakala mencuci muka dan badan pada waktu malam dapat membantu menyingkirkan
semua kotoran yang melekat pada kulit akibat pencemaran, kelembapan dan habuk.
Mandian Dashing 2
in 1 Muka & Badan ini dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki agar
kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Ianya padat dengan ramuan untuk
membantu menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan fungsi pembersihan muka
yang mendalam.
Ada 4 Variasi Dashing
2 in 1 Muka & Badan:
COOL – untuk lelaki
yang kontemporari. Mempunyai personality yang tenang, gemar meluangkan masa
dengan rakan-rakan. Harumannya melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin
lelaki. Variasi Cool dilengkapi
dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum, Powdery Amber dan Musk.
ACTIVE –
untuk jejaka lasak dan menikmati kehidupan aktif. Gabungan nuansa Fougere, Citrus, Lavender, Muguet Heart dan
Amber. Wangian ini dicipta untuk
memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin
yang luar biasa.
ULTIMATE KICK – Wangian sebenar untuk sang JUARA ! Ianya menyerlahkan
ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan yang moden.
Mempunyai hariman yang menggabungkan ramuan Lemon, kesegaran Cardamom dan aroma vanilla dan Musk.
HATTRICK –
Simbol kemenangan unggul buat lelaki. Ianya memberi aroma yang membara semangat
dan keghairahan untuk mencapai impian. Wangian Hattrick merupakan gabungan unik
kesegaran Epal dan Citrus serta Amber.
Buih mandian Dashing
2 in 1 Muka & Badan bagi variasi Cool
dan Hattrick mempunyai formulasi
dwi-aksi dengan 3 kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk
membersihkan wajah serta memberikan tona kulit yang rata untul tampil lebih
cerah. Kesannya pada tubuh pula adalah formulasi penghidratan yang mengandungi
mineral mikro sudah pasti untuk mempertingkatkan kadar kelembapan kulit serta
menguatkan system ketahanan kulit agar lebih sihat dan segar.
Bagi variasi Active dan Ultimate Kick pula,
ianya mempunyai ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam. Variasi inti
dapat menanggalkan kotoran dan minyak berlebihan pada wajah agar kelihatan
lebih bersih dan tidak berkilat.
HARGA ???
Pek bersaiz 700 lm ini dijual pada harga RM17.90. Dapatkan segera di mana-mana pasaraya atau pun kedai kecantikan /
farmasi seperti Watsons, Guardian dan lain-lain.
~ Achik ~
No comments:
Post a Comment