Wednesday, May 02, 2018

Bufet Ramadan 2018 | Warna-Warni Ramadan di Putrajaya Internation Convention Centre (PICC)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Belum terlewat lagi Achik rasa untuk berkongsi dengan korang kemeriahan Bufet Ramadan di PICC. Seriously memang banyak pilihan makanan yang disajikan di Bufet Ramadan PICC. Untuk tahun ini PICC telah mengumumkan untuk mengadakan promosi Warna-Warni Ramadan di Restoran Pot & Pan bermula hari kedua Ramadan.



Semasa majlis prebiu yang diadakan kesemua 12 orang chef dari pasukan kulinari PICC telah mempersembahkan lebih 30 gerai makanan dengan 300 jenis sajian seperti Kambing Panggang Golek PICC, Kuey Teow Tomyam, Laksa Thai, Pulut Mangga, Som Tam, Laksa Kedah Ikan Sekoq, Ayam Percik Golek, pelbagai aneka sup, kuih keria PICC, Nasi Arab Khabsa dan Mandy. Semua hidangan yang menarik serta sedap ni akan disajikan kepada pelanggan bermula 18 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018.








Setiap tahun PICC memang tidak kalah dalam menyediakan hidangan bufet ramadan yang menarik. Kalau presentation makanan pun dh menarik, rasa makanannya apa ntah lagi..Memang semuanya sedap-sedap ! Di bawah pengendalian Chef Eksekutif Abdul Rahim Abu Bakar yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam industri ini, beliau dan pasukan kulinari akan menyediakan pelbagai juadah tempatan mahu pun dari antarabangsa. Sebahagian dari sajian tersebut akan dimasak secara langsung dengan berkonsepkan gerai di bazar Ramadan.


Aneka Kerabu

Bufet Ramadan tahun ini pihak PICC memberi penekanan untuk mengekalkan keaslian makanan dalam hidangan bufetnya. Selain hidangan tradisi, Restoran Pot & Pan turut menyediakan masakan western sepanjang bulan Ramadan seperti pasta dan western grill yang dimasak secara langsung mengikut citarasa pelanggan.



Bercakap tentang pencuci mulut yang ni sememangnya buat iman Achik lemah...Adoiiii...banyak nya hidangan pencuci mulut yang disajikan. Kuih keria PICC memang sedap. Puding roti pun sedap...bubur pun sedap.. Pencuci mulut paling digemari rakyat Malaysia iaitu ABC disaluti aiskrim, cendol, kek, buah-buahan, teh tarik dan banyak lagi hidangan pencuci mulut untuk korang nikmati.






Apa yang penting di bulan Ramadan ni adalah tempat untuk menunaikan solat. Untuk makluman korang, pihak PICC menyediakan ruang solat lengkap dengan Imam untuk solat Maghrib, Isya’ dan Tarawih. Ruang parkir kenderaan pula sudah tentu cukup untuk tampung bilangan kenderaan pelanggan yang hadir. Sepanjang bulan Ramadan suasana di Restoran Pot & Pan akan dimeriahkan dengan alunan bacaan Al-Quran oleh Ustaz Syed Omar serta penampilan khas dari band busker, KamiJadi Band.



Tak cukup dengan itu, pihak PICC juga menawarkan hadiah cabutan bertuah dengan jumlah hadiah terkumpul bernilai RM10,000 bakal dimenangi oleh pelanggan. Pihak PICC juga akan menyediakan bubur lambuk yangg akan diagihkan secara percuma kepada orang awam pada 17 Mei 2018 bermula dari 5.00 petang hingga 6.00 petang bertempat di Aras Mezzanine, PICC.




HARGA BUFET “WARNA-WARNI RAMADAN”

Tarikh         :        bermula 18 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018
Masa           :        6.30 petang hingga 10.00 malam
Harga          :        RM98 nett (dewasa) / RM49 nett (kanak-kanak)


Selain Bufet Warna-Warni Ramadan, pihak PICC turut menawarkan Bufet Oriental di Restoran Seafood Putrajaya (PSR). PSR terletak di Taman Botani Putrajaya turut menawarkan bufet berbuka puasa pada bulan Ramadan ini berkonsepkan Oriental. Demua sajian makanannya disediakan oleh Ketua Chef PSR, Chef Choi dan pasukan kulinarinya bermula 18 Mei hingga 13 Jun 2018. Menu makanannya pula akan berubah pada setiap minggu.



Antara hidangan yang bakal disajikan termasuklah Makanan Laut Bakar ala Nyonya, Kambing Panggang, Nasi Ayam dan Itik Hainan, Bubur Teow Chew, pelbagai jenis DimSum bersama sos, sayur-sayuran, pelbagai pilihan Nasi Goreng dan juga Mee Sup. Hidangan pencuci mulut juga tidak ketinggalan seperti Kek Red Velvet, Puding Roti, Sagu Gula Melaka, Bubur Gandum dan kuih Mochi Jepun. Menarikkan bufet ramadan berkonsepkan Oriental ni.

HARGA BUFET ORIENTAL DI PSR, TAMAN BOTANI PUTRAJAYA

Tarikh         :        bermula 18 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018
Masa           :        6.30 petang hingga 10.00 malam
Harga          :        RM78 (dewasa) / RM58 (kanak-kanak)

Untuk tempahan dan pertanyaan boleh dibuat melalui medium berikut:

Emel                     : enquiry@pcs.my / pot.pan@picc.com.my
Talian Hotline        : 013-5299 496
Talian Utama         : 03-8887 6186 (Pot & Pan) / 03-8889 1188 (PSR)

Pembelian voucher bufet ramadan juga boleh dibuat secara atas talian di Fave, Eatigo, 8excite dan 11street.

~ Achik ~

No comments:

Post a Comment