Saturday, March 31, 2018

Variasi Terbaru DASHING SPORT | Hitman dan Golden Boot dalam botol EDT dan Semburan Deodaran Buat Lelaki Aktif


Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Jenama minyak wangi lelaki iaitu Dashing, sentiasa mengeluarkan produk baru dengan haruman yang menyegarkan. Terkini, Dashing sekali lagi melancarkan rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif iaitu Dashing Sport.

Jangan kata orang lelaki, Achik sendiri pun girang tak terkata bila dapat tahu tentang produk terbaru keluaran Dashing ni. Kenapa? Kalau korang nak tahu, Achik sendiri memang pakai deodorant lelaki..hahaha..Tak percaya kan? Sebab Achik aktif bersukan, so peluh Achik ni tak lut dengan deodorant orang perempuan..


Dashing Sport ini memang sangat memenuhi kehendak lelaki yang aktif yang inginkan deodorant dan pewangi berbau maskulin, segar dan sesuai untuk kehidapan aktifnya. Kalau korang terdiri daripada lelaki yang aktif bersukan, memang sesuai sangatla gunakan produk Dashing Sport ni..bau dia memang wangi tau…

Produk Dashing Sport ni dating dengan dua variasi iaitu pewangin Eau De Toilette (EDT) dan deodorant. EDT Dashing Sport mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma sporty dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan kekal aktif pada masa lapang.

Berpeluh merupakan satu perkara yang biasa. Tapi bau peluh yang tengit memang menjadi sesuatu yang luar biasa dan meloyakan orang sekeliling kita..hehehe..Achik sendiri berasa tak selesa kalo tengah2 bersenam terbau bau ketiak Achik yang kurang menyenangkan…Kadang tu bukan sebab ketiak kita busuk, tapi bau peluh yang keluar dari badan kita akan mempengaruhi bau badan kita. Kalau orang lelaki lagi lah..Memang tidak dapat mengelak daripada berpeluh lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia.

Untuk menangani masalah bau badan dan sentiasa segar, deodorant semburan dan EDT telah menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodarant dapat mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala EDT memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran pada kaum lelaki dan orang disekelilingnya. Pemilihan deodorant dan EDT yang tepat sangat penting dalam memastikan wangian tersebut tahan lebih lama dan tidak meninggalkan kotoran pada pakaian.


Faham dengan kehendak dan keperluan lelaki yang aktif, Dashing memperkenalkan 2 lagi variasi baru untuk rangkaian produk Dashing Sport iaitu Hitman dan Golden Boot yang hadir dalam bentuk EDT dan Deodarant Semburan Badan. Dashing Sport sebelum ini telah pun ada 2 produk di pasaran iaitu MCFC Hattrick dan Ultimate Kick.

Semburan deodorant Dashing Sport memberikan perlindungan selama 24 jam dan manfaat 6 dalam 1 yang berkesan dalam mencegah bau badan. Mengandungi anti-bakteria, formula cepat kerik, tindak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin yang optimum sepanjang hari.

Manakala Dashing Sport EDT pula dengan haruman yang maskulin dalam reka bentuk botol yang sporty bersaiz 50 ml.

Apa bezanya Dashing Sport Hitman dan Golden Boot ini ???


Dashing Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Memberi aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber, Sichuan Pepper dan Lavender beserta Patchouli dan Gaiac Wood yang menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.


Dashing Golden Boot pula mempunyai haruman yang ‘musky’ dan menggoda. Ianya datang dari aroma daun Rhubarb dan Pimento yang memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan haruman kelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.

Keluaran edisi terhad Dashing Sport ini boleh didapat dengan harga yang berpatutan. Harganya adalah seperti berikut:

·         Semburan Deodarant 125 ml = RM12.90
·         EDT 50 ml = RM24.90

Bau-bauan yang mahal pada harga yang murah !

~ Achik ~

No comments:

Post a Comment