Assalamualaikum
dan Salam sejahtera...
Seperti
tahun-tahun lalu, tahun ini Sime Darby Convention Centre (SDCC) melancarkan
Buffet Ramadhan nya 2 bulan lebih awal dari ketibaan bulan Ramadhan. Sudah
pasti promosi harga menarik ditawarkan pada hari pelancaran tersebut. Kalau korang
nak tahu, Achik berpeluang beli lebih dari 20 voucher berbuka puasa di Restoran
Halia SDCC dengan harga RM59.90 seorang. Murah dan sangat berbaloi jika hendak
dibandingkan dengan menu lauk-pauk, kuih-muih dan pelbagai jenis menu makanan
yang ditawarkan sepanjang bulan Ramadhan nanti.
Pada
setiap tahun, dua restoran utama di SDCC iaitu Halia dan China Treasures tidak
pernah mengecewakan pengunjungnya sepanjang bulan Ramadhan. Jom kita tengok apa
yang menarik ditawarkan di Restoran
Halia sepanjang bulan ramadhan nanti...
Sajian Tradisi Bufet Ramadhan di
Restoran Halia
Lebih
80 menu asli masakan tradisional Melayu ditawarkan sepanjang bulan Ramadhan
nanti antaranya Sotong Kangkung, Kerabu Mangga, Bubur Lambuk Berherba, Sotong
Sambal Tumis Petai, Roasted Whole Lamb, Murtabak, Rojak Pasembor, Roti John
Special dan Roti Jalan Pandan yang dihidangkan dengan Serawa Durian.
Bukan
itu sahaja..Di sudut ‘bakar-bakar’ pula, para tetamu boleh nikmati Itik
Panggang, Ikan Bakar, Kerang, Otak-otak beserta dengan sos yang sedap.
Sungguh
pun Bufet Ramadhan di SDCC berkonsepkan Sajian Tradisi, ianya turut menawarkan
beberapa hidangan barat bagi mempelbagaikan lagi pilihan menu yang ditawarkan.
Orang Malaysia ni kita tak boleh jangka...Kadang-kadang tekak pun ada rasa
teringin nk makan sesuatu yang lain dari biasa...Hehehe.. So jangan risau. Di Buffet
Ramadhan Restoran Halia turut menjamukan Italian pasta, Pizza, Pasta seperti
Spaghetti Carbonara, Fettuccini dan macam-macam lagi.
Di
sudut minuman pula, apa yang menarik adalah air zam-zam yang turut disediakan
buat para tetamu untuk membasah tekak ketika berbuka puasa. Selain itu, turut
disediakan adalah Teh Tarik, Nescafe Tarik, Cincau, Soya Bean, Air Jagung,
Sirap Selasih, Air Tebu dan Fruity Smoothies Blend.
Bercakap
tentang pencuci mulut pula, Restoran Halia tidak pernah mengecewakan para
tetamunya...Pelbagai jenis pencuci mulut yang terdiri daripada kuih-muih
tradisi melayu yang sedap, kek, tiramisu, brownies, ais krim, tapai, wajik,
dodol, churros, ABC dan macam-macam lagi...Sumpah sedap la dessert dekat
sini..!!!!
Harga Biasa : RM99 nett / pax
Masa : 6.30 pm - 10.30 pm
Tempoh : 17 Mei 2018 - 13 Jun 2018
* kanak-kanak (usia 6 - 12 tahun) & warga emas (usia 60 tahun ke atas) nikmati diskaun 25%
** kanak-kanak usia bawah 6 tahun makan percuma
Ramadhan Indulgence Dinner
Kalau
korang teringin berbuka puasa dengan masakan Chinese, maka Ramadhan Indulgence
Dinner di China Treasures adalah pilihan yang tepat.
Sama
seperti tahun-tahun lalu, makanan di China Treasures semuanya panas-panas.
Ianya tidak dihidangkan secara Bufet. Jadi para tetamu yang hadir perlu buat
tempahan makanan on the spot. Ramadhan Indulgence Dinner di China Treasures
menawarkan lebih 60 hidangan ‘ala minute’
yang boleh ditempah termasuklah 79 pilihan dim sum yang menarik.
Menu
‘ala minute’ yang ditawarkan
merupakan menu top yang disarankan oleh Chef di China Treasures yang terdiri
daripada Deep Fried Fresh Mushroom with Salted Egg Yolk, Poached Tiger Prawns
with Hokkien Shrimp Sauce in Claypot, Deep Fried Chicken with Dried Chill &
Cashew Nuts dan Roasted Duck with Siamese Plum Sauce. Banyak lagi menu yang
menarik menanti para pengunjung sepanjang bulan Ramadhan nanti.
Selain
itu, sebanyak 79 jenis dim sum ditawarkan termasuklah Deep-Fried Shrimp Patties
with Slice Almond, Stir-Fried Radish Cake & Beansprouts with Chili Sauce,
Deep-Fried Prawn & Salted Egg Yolk Roll, Steamed Szechuan Hot & Spicy
Chicken Dumplings dan Steamed Buttered & Salted Egg Yolk Bamboo Charcoal
Buns.
Harga Biasa : RM99 nett / pax
Masa : 6.30 pm - 10.30 pm
Tempoh : 01 Mei 2018 - 30 Jun 2018
* kanak-kanak (usia 6 - 12 tahun) & warga emas (usia 60 tahun ke atas) nikmati diskaun 25%
** kanak-kanak usia bawah 6 tahun makan percuma
Promosi Early Bird
Untuk Tempahan
Halia
Tel. : 03-2089 3799
Emel : halia.sdcc@simedarbyproperty.com
China Treasures
Tel. : 03-2089 3788
Emel : chinatreasures.sdcc@simedarbyproperty.com
Banquet Enquiry
Tel. : 03-2089 3688
Emel. : enquiries.sdcc@simedarbyproperty.com
SDCC juga menawarkan pakej banquet untuk Beruka Puasa, Rumah Terbuka Hari Raya dan Catering luar.
~ Achik ~
No comments:
Post a Comment