Friday, February 23, 2018

Kempen Hari Gaji Shopee | Dapatkan 18% Pulangan Tunai Bermula 26 Hingga 28 Februari 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Korang dah gaji ke..? Hehehe..bulan Februari masing-masing dapat gaji awal kan sebab nak sambut Chinese New Year...tapi ape nak kesah...Dah menjadi kebiasaan hari gaji jatuh dalam tempoh 25hb hingga 31hb pada setiap bulan kan. So, sempena Hari Gaji, Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah melancarkan Kempen Hari Gaji bermula 26 hingga 28 Februari 2018. Kempen ini sebenarnya satu inisiatif oleh pihak Shopee untuk mendorong tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Jadinya, pengguna lebih bijak dalam merancang bila waktu yang sesuai untuk membeli-belah...


Sempena Kempen Hari Gaji ni, Shopee menawarkan pelbagai tawaran hebat dan diskaun yang menarik. Tetapi yang lebih menarik ialah pulangan tunai sebanyak 18% dalam bentuk syiling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan.

Untuk pengetahuan korang, pemilihan Kempen Hari Gaji ini dibuat oleh Shopee memandangkan terdapat peningkatan dalam trend membeli-belah secara atas talian oleh pengguna Shopee sepanjang tempoh penerimaan gaji. Hehehe...jadi korang yang dah dapat dah terbelanja secara berlebihan duit gaji bulan Februari tu kena korek tabung simpanan la ye...Korang mesti tak nak lepaskan promosi hebat yang ditawarkan oleh Shopee. Nak tahu apa kategori barangan yang ada tawaran menarik sepanjang kempen ini..? Jom baca lanjut di bawah:

No
Kategori
Kategori Kecil
1
Mobil & Gajet
Sarung & Pelindung; Audio; Bank Kuasa & Bateri
2
Kesihatan & Kecantikan
Produk Kecantikan Kulit; Makanan Tambahan; Berus & Peralatan Solek
3
Permainan, Kanak-kanak & Bayi
Fesyen Kanak-kanak; Permainan & Pendidikan; Perkakas untuk Makan & Penyusuan
4
Pakaian Wanita
Baju; Pakaian Dalam & Pakaian Tidur; Gaun
5
Perabot & Perhiasan Rumah
Hiasan Dalaman; Tempat Menyimpan untuk Dapur; Kelengkapan Bilik Tidur

Bagi memastikan Kempen Hari Gaji ini meriah, Shopee telah mengadakan jualan pra-kempen bermula 21 Februari 2018 yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi.

Sepanjang 3 hari kempen ini bermula 26 hingga 28 Februari 2018 ini, Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok.


Lagi ape yang menarik untuk kempen ni..??? Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson.

Menarik sangat la tawaran dari Shopee sempena Kempen Hari Gaji ni....pastikan korang jangan lepaskan peluang menarik ini....dan pastikan juga korang standby dengan telefon pintar masing-masing untuk nantikan FB Live Edisi Hari Gaji pada 26 Februari 2018....heheheh...


Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play. 

~ Achik Huda ~

No comments:

Post a comment