Friday, October 13, 2017

Watsons & MyDigi Tawarkan Ganjaran Eksklusif Yang Menjimatkan Buat Pengguna DIGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Berita baik buat pengguna talian Digi. Semua pengguna Digi sudah sedia maklum dengan Aplikasi MyDigi yang menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif buat penggunanya. Kini, buat julung kalinya Watsons Malaysia berkolabrasi dengan Digi dengan menawarkan barangan Watsons pada harga yang menjimatkan melalui program ganjaran untuk pengguna Digi di Aplikasi MyDigi. Program ganjaran yang diberi nama Watsons Monday Superdeals ini menawarkan barangan kecantikan dan kesihatan jenama Watsons serendah RM0.99 hingga RM8.99. Melalui program ini, pengguna Digi dapat membuat pembelian melalui Aplikasi MyDigi dan kemudiannya menuntut barangan tersebut di mana-mana cawangan Watsons yang berkaitan.


Majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh Mr. Danny Hoh (Customer Director of Watsons Malaysia), Francis Chang (Head of Customer Management, Digi Malaysia), Foo Hwei Jiek (Head of Trading Watsons Malaysia), How Lih Ren (Head of iTelco, Digi Malaysia) serta para media dan komuniti blogger. Para hadirin yang hadir telah disajikan dengan preview "The Sounds of Savings", video gabungan antara Watsons Malaysia dan Digi bagi mempromosikan Watsons Monday Superdeals.

Sesi soal jawab berkaitan Watsons MyDigi Rewards Monday Special

Pihak Watsons sangat berbesar hati apabila pihak Digi bersetuju dengan kerjasama ini. Kerjasama antara dua nama besar ini secara tidak langsung nampak menarik lebih ramai lagi pengguna melanggan talian Digi bagi menikmati tawaran Watsons Monday Superdeals. Selain itu, Watsons VIP Members juga berpeluang menikmati tawaran yang menarik iaitu diskaun 15% bagi setiap pembelian aksesori mobile di 33 kedai Digi yang terpilih.

Majlis pelancaran yang berlangsung pada hari Isnin, 9 Oktober 2017 itu juga memberi peluang buat para media dan Bloggers yang menggunakan talian Digi untuk membuat pembelian melalui Aplikasi MyDigi dan menebus pembelian Watsons Monday Superdeals tersebut secara serta-merta di Cawangan Watsons Sunway Pyramid. Pihak media dan bloggers juga turut mendapat ganjaran tambahan iaitu Watsons Cash Voucher bernilai RM10 dan berpeluang memenangi telefon pintar Samsung Galaxy Note 8.

Yeayyyyy...Achik dapat beli losyen ni dengan harga RM0.99 sahaja melalui Aplikasi MyDigi...Senang je...tak perlukan cash kerana pembelian korang akan dicas dalam bil terus...Kalau yang guna prepaid pula, kredit korang akan ditolak on-the-spot apabila membuat pembelian melalui Aplikas MyDigi

Tahniah kerana memenangi hadiah cabutan bertuah Samsung Galaxy Note 8

Selain itu, kolabrasi antara Digi dan Watsons ini merupakan langkah pemasaran yang sangat bijak oleh pihak Digi dalam menjadi talian telco nombor 1 pilihan pengguna di Malaysia. Kerjasama dengan Watsons tepat pada masanya kerana Digi telah mengembangkan rangkaian 4G+ dan 4G LTE footprint di seluruh Malaysia termasuk di kawasan secondary towns serta di pasaraya yang terdapat cawangan Watsons. Langkah ini bagi memudahkan 12+ juta pelanggan Digi menebus ganjaran melalui Aplikasi MyDigi.


Kalo korang nak tahu apa tawaran menarik yang ditawarkan oleh Watsons, jangan lupa login masuk ke Aplikasi MyDigi pada setiap hari Isnin. Kalo belum menjadi pengguna Digi lagi, cepat-cepat ke kedai telekomunikasi yang berhampiran untuk mendaftar sebagai pengguna Digi. Jujur Achik cakap, korang tak akan rugi dengan menjadi salah seorang pengguna Digi. Banyak sangat ganjaran hebat yang menanti korang dengan harga yang sangat rendah termasuklah Watsons Monday Superdeals.

Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/watsonsmalaysia .

~ Achik ~

1 comment: