Wednesday, October 25, 2017

TRIUMPH's MOBILE FITTING LAB | Bilik Persalinan Mudah Alih Pertama di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Triumph Malaysia dengan bangganya mengumumkan bilik persalinan mudah alih yang pertama di Malaysia. Sesuatu yang baru pada zaman moden kini. Nak beli pakaian dalam pun dah mudah. Berkonsepkan tema 'Mencari Yang Satu' atau dalam Bahasa Inggeris 'Find The One', ianya dapat menghidupkan semula pengalaman mencuba pakaian dalam untuk setiap wanita melalui bilik persalinan mudah alih. Bilik persalinan mudah alih ini merupakan trak yang telah diubah suai dan ianya boleh bergerak ke mana saja negeri di Semenanjung Malaysia.

Majlis Pelancaran Triumph's Mobile Fitting Lab yang telah disempurnakan oleh Ms. Sheryl Wong, Pengarah Komersial, Triumph Malaysia dan Singapura

Menurut kata Ms. Sheryl Wong, Pengarah Komersial Triumph Malaysia dan Singapura, bilik persalinan mudah alih pertama ini direka khas untuk memberikan pengalaman yang unik buat pelanggan Triumph di seluruh Malaysia dan Singapura. Cetusan idea ini memberi peluang kepada para pelanggan Triumph untuk mencari ketepatan ukuran pakaian dalam mereka dengan mudah serta unik. Dengan kewujuan bilik persalinan mudah alih Triumph ini, ianya sangat memberi kemudahan kepada para pelanggan tidak perlu bersesak-sesak ke pusat membeli-belah, mencari tempat parkir kereta kerana pelanggan boleh mendapatkan pakaian dalam yang sesuai dan sempurna dalam trak ini yang ditempatkan di tepi bahu jalan. Mudah kan...jadi kalau jumpa trak bilik persalinan mudah alih Triumph ini di tepi-tepi bahu jalan, jangan lupa ambil peluang untuk mendapatkan pakaian dalam korang kat sini.

Daphne Iking selaku pengacara majlis pada hari tersebut

Ms. Sheryl Wong, Pengarah Komersial, Triumph Malaysia dan Singapura

Berita gembira buat semua !! Bilik persalinan mudah alih ini akan memulakan perjalanannya pada bulan Oktober 2017 iaitu bermula dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru dan Singapura dalam tempoh 3 bulan. Sorry buat penduduk di Sabah & Sarawak..buat masa ini bilik persalinan mudah alih ini belum sampai ke tempat korang lagi. Mungkin satu hari nanti Triumph dapat mempertimbangkan kewujudan bilik persalinan mudah alih di kawasan Sabah & Sarawak kerana banyak prospek pelanggan di negeri tersebut.

Buat masa kini, Triumph akan bekerjasana dengan rakan niaga utama dan pusat beli belah utama di bandar untuk menarik pelanggan setia dan bakal pelanggan Triumph untuk mengalami kesesuaian yang sempurna.


Trak Bilik Persalinan Mudah Alih Triumph

Suasana di dalam bilik persalinan mudah alih Triumph

Fitting room juga disediakan dalam trak tersebut

Idea bernas oleh Triumph melalui kempen bilik persalinan mudah alih ini harus dipuji kerana ianya mampu mengukuhkan hubungan antara pelanggan dan jenama Triumph itu sendiri. Perkhidmatan bilik persalinan mudah alih ini dapat memberikan perkhidmatan dan rundingan yang lebih rapat kepada pelanggan dalam memilih pakaian dalam yang sesuai buat mereka.


Antara artis dan selebriti yang turut hadir semasa majlis pelancaran tersebut

Semoga dengan kewujudan bilik persalinan mudah alih ini dapat memberi kemudahan buat kita semua para wanita di luar sana untuk membuat pemilihan saiz yang tepat semasa pembelian pakaian dalam. Sempena pelancaran bilik persalinan mudah alih ini, pihak Triumph turut melancarakan koleksi Hari Natal yang baru buat pelanggan mereka. Tahniah Achik ucapkan kepada pihak Triumph !

Achik tak lepaskan peluang untuk bergambar dengan Elizad

Pastikan korang serbu Bilik persalinan mudah alih Triumph ini apabila korang  nampak trak tersebut berkunjung ke tempat korang. Jangan lupa rakamkan gambar bersama trak tersebut dan kongsikan gambar korang di media sosial dengan hashtag #triumphmalaysia #findtheone #triumphontour .

Untuk maklumat lanjut berkaitan promosi yang sedang berlangsung di Triumph, jangan lupa klik LIKE & FOLLOW FB serta IG rasmi Triumph seperti berikut:


Pembelian juga boleh dibuat secara atas talian dengan layari laman web berikut:

~ Achik ~



No comments:

Post a Comment