Sunday, January 08, 2017

Romano Tampil Dengan 4 Variasi Deodorant Spray Untuk Lelaki

Assalamualaikm & salam sejahtera...

Happy rasa bila dapat parcel dengan produk yang best untuk di review. Untuk kali ni, Achik terima bungkusan Semburan Deodorant Jenama Romano. Semburan Deodoran jenama Romano ini sememangnya direka khas untuk kaum Lelaki..tapi, tak mustahil kalau ada juga kaum wanita di luar sana yang suka gunakan deodorant untuk lelaki...Tak percaya? Achik lah salah seorang dari wanita istimewa tersebut...Heheheh...

Aktiviti harian kaum lelaki sememangnya sinonim dengan pergerakan yang pantas dan tampil aktif dalam setiap tindakan yang dilakukan untuk mencapai kecemerlangan. Korang familiar tak dengan perkataan Sinergistik ? Ha.....kalau korang nak tahu, Semburan Deodorant ROMANO ini dihasilkan dengan formila sinergistik yang diperbaharui beserta haruman maskulin berpanjangan dan memberikan perlindungan serta kesegaran yang maksimum.



Sepertimana yang tertera pada botolnya, Semburan Deodorant ROMANO ini mampu memberikan kesegaran 24 jam ! Buat kaum adam yang mengamalkan kehidupan yang aktif, Achik memang sarankan korang menggunakan Semburan Deodorant ROMANO yang didatangkan dengan 4 variasi wangian. Yang pasti, setiap variasi menjaminkan keharuman yang berbeza tetapi tetap mengekalkan kesegaran sehingga 24 jam. Dengan kandungan antibakteria, sudah pasti ianya dapat melindungi kawasan ketiak korang daripada bakteria dan menghalang pembentukan bau badan yang mampu menggugat keyakinan.



ROMANO Metro Pulse - Dengan adunan citrus dan aqueous yang menyegarkan serta dicampur bersama pudina dan sage yang menyamankan dan diakhiri dengan kehangatan woody. Haruman ini sempurna untuk lelaki urban yang bersemangat tinggi dan menyegarkan dan provoaktif.



ROMANO Classic - wangian daripada Woody iaitu hasil adunan minyak daripada pokok nilam dan cendana. Esen tumbuhan aromatiknya pula memberikan kesegaran dengan adunan Citrus serta spices. Kehangatan esen-esen membentuk wangian ini versatil. Ia dicipta untuk lelaki perkasa moden dengan tarikan yang terpesona.



ROMANO Urbane Attitude - kesegaran haruman Fougere daripada Lavender bersama percikan Bergamot serta perahan lemon. Esen buah-buahan eksotik seperti Nanas dan Cassis menambah sentuhan berkarisma manakala esen sensual kasturi dan Woody menyepurnakan haruman ini. Sangat sesuai untuk lelaki urban yang bergaya dengan personaliti yang menyerlah.



ROMANO Prestige - campuran Black Pepper dengan Citrus yang dijalinkan bersama kemewahan Lavender dan Sage serta didasari bauan Amber Woody menjadi tarikan utama dalam haruman ini. Ia berbau akuatik yang sangat menggoda dan menjadikan ia wangian sangat mewah kepada lelaki sofistikated.



Semburan Deodorant ROMANO juga lebih berkesan dengan peningkatan 20% tahap kekuatan harumannya. Dengan adanya 4 jenis wangian ini, korang boleh pilih wangian yang bersesuaian dengan gaya hidup korang. Pemilihan wangian yang tepat sekali gus memastkan semburan dapat bertahan lama dan membolehkan korang berbau harum dan segar sepanjang hari. Mesti isteri, kekasih mahupun buah hati pengarang jantung korang berasa selesa berada di sebelah korang yang sentiasa berbau segar !




Semburan Deodorant ROMANO dengan isipadu 150ml dalam satu botol dijual pada harga RM14.90 dan ianya boleh didapati di semua farmasi dan pasaraya terkemuka di seluruh Malaysia.


~ Achik ~

No comments:

Post a comment