Tuesday, January 10, 2017

Khas untuk LELAKI : Buang Lebihan WAX di Rambut Dengan DASHING ELITE MEN SHAMPOO

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Sekali lagi...diamanahkan untuk review produk yang dihasilkan khusus untuk kaum lelaki. Kali ini Dashing Elite Men Shampoo pula....untuk produk kali ini, Achik tak dapat menggunakannya sendiri sebab Achik tak sapu hair gel atau wax dirambut. Kebetulan Achik ada kawan yang memang gunakan hair gel & wax pada rambut. Memang rezeki dia la kan, berpeluang rasa sendiri keberkesanan Dashing Elite Men Shampoo ni..

Bagi lelaki yang sentiasa menjaga kekemasan pada bahagian rambut sudah pasti akan menitikberatkan gaya rambut yang menarik bagi menyerlahkan personaliti dan ketampanan seorang lelaki. Sungguh pun wajah lelaki ni tak kacak mana, tapi gaya rambut yang kemas sedikit sebanyak dapat membantu menarik perhatian orang perempuan tau ! Jadi kalau terpandang lelaki yang berwajah tampan lengkap dengan pakej gaya rambut yang menarik, yang tu sememangnya bonus buat kaum wanita di luar sana...hehehehe...




Bagi mendapatkan gaya rambut yang diidamkan, kebanyakan lelaki memilih untuk menggunakan produk-produk penggayaan rambut seperti gel rambut, penyembur rambut atau yang sedang popular masa kini; wax rambut, yang sememangnya sukar untuk dicuci sehingga menjadi antara masalah besar yang dihadapi sebahagian besar lelaki hari ini..! So, korang yang menggunakan wax dikepala, 100% pasti semua wax yang ada dikepala telah berjaya disingkirkan dengan shampoo yang korang gunakan sekarang...????? Baik cek semula...nanti ada yang rambut keras macam sabut..hahaha..

Kebiasaannya, bagi memastikan rambut benar-benar bersih daripada wax, kebanyakan kaum lelaki ini gemar menambah amaun penggunaan shampoo dalam setiap cucian rambut...Konon-kononnya, lagi banyak sabun di kepala, lagi senang wax tu dibersihkan...Kalau korang tergolong dalam kategori lelaki begini, makanya Achik nak beritahu, korang ni dah salah guna shampoo..Shampoo yang korang gunakan sekarang kemungkinan tidak mempunyai formulasi khusus untuk membuang wax atau pun produk penggayaan rambut yang masih melekat di rambut korang....Lama-lama rambut pun boleh gugur dik non oi pasal kuat sangat menyental rambutnya...

Dashing Elite Men Shampoo yang diperhebatkan dengan Wax Out System, direka kkhas dan terbukti mampu menyingkirkan produk-produk penggayaan rambut, minyak dan kekotorang pada rambut dan kulit kepala secara menyeluruh menerusi satu cucian sahaja ! Dashing turut mengadakan ujian penggunaan yang melibatkan 150 lelaki. Daripada jumlah tersebut, 85% bersetuju bahawa Dashing Elite Men Shampoo sememangnya direka khusus untuk menyingkirkan produk-produk penggayaan rambut secara efektif dengan hanya satu cucian.




Ramai yang tidak menyedari kesan jangka panjang akibat penggunaan shampoo secara kerap dengan amaun yang berlebihan. Actually, ianya akan melemahkan kekuatan rambut serta menyumbang kepada kemunculan masalah rambut dan kulit kepala yang lebih serius seperti rambut gugur, kulit kepala gatal, rambut rosak dan kusam.

Apabila rambut tidak dibersihkan dengan betul ditambah pula korang menggunakan produk penggayaan rambut pada setiap hari...Haa.....boleh bayangkan tak betapa banyaknya kekotoran yang ada di rambut korang akibat saki baki wax / produk penggayaan rambut tidak dicuci sebersihnya....Akibatnya, rambut korang akan kering, rapuh dan kusam jika nak dibandingkan dengan usia korang yang masih muda.

Didatangkan dengan 2 pilihan, Anti-Kelemumur dan Anti Rambut Gugur...


Dashing Elite Men Shampoo ANTI-DANDRUFF

Dengan Dashing Elite Men Shampoo Anti-Dandruff, korang dah boleh ucapkan selamat tinggal kepada kelemumur dan kulit kepala yang gatal. Shampoo ni sesuai sangat dengan lelaki yang peka terhadap perkembangan fesyen semasa dan menitikberatkan aspek penampilan serta kebersihan diri. Ia mengandui agen antikelemumur dan dengan pengggunaannya secara konsisten, ia dapat merawat kulit kepala dan membuatkan rambut sihat dan kuat, mencegah pembentukan kelemumur dan pengelupasan kulit kepala. Mengandungi mentol untuk sensasi sejuk yang menyegarkan dalam setiap mandian.


Dashing Elite Men Shampoo ANTI-HAIR FALL

Bagi lelaki yang ada masalah keguguran rambut, Dashing Elite Men Shampoo Anti-Hair Fall memang sangat disyorkan untuk korang. Ianya mengandungi Advanced Micro-Protein yang menguatkan rambut dan mengurangkan kerapuhan, memberikan rambut yang lebih sihat dan kuat. Sama seperti Antikelemumur, Shampoo ini juga mempunyai mentol untuk sensasi sejuk yang menyegarkan dalam setiap kali cucian.




Dashing Elite Men Shampoo dijual pada harga RM11.90 dan boleh didapati di semua farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara.

Layari laman Facebook Elite by Dashing https://www.facebook.com/EliteEdgyEFX untuk mengetahui lebih banyak maklumat menarik.

~ Achik ~

No comments:

Post a comment