Thursday, January 07, 2016

Titian Budaya mempersembahkan Singapore Film Festival pertama kali di Malaysia


Titian Budaya akan membawakan Singapore Film Festival di Kuala Lumpur buat pertama kalinya. Menyampaikan 10 filem dari era lewat 90-an hingga kini yang mana Festival Filem ini akan dimulakan dengan tayangan perdana 7 Letters ( tahun 2015 ) di Malaysia. 7 Letters merupakan filem pendek yang menampilkan hasil idea daripada tujuh ( 7 ) orang pembikin filem yang paling terkenal di Singapura. 

"7 Letters tells each director’s heartfelt ‘love letter’ to home; many of which capture Singaporeans’ personal and poignant connections with Malaysia through the lens and language of cinemas"


7 Letters mengetengahkan tujuh cerita berikut:

“Cinema” directed by Eric Khoo
Eric Khoo pays tribute to the Golden Age of Malay cinema in Singapore.

“That Girl” directed by Jack Neo
A heartwarming story about first loves set in a kampung.

“The Flame”directed by K.Rajagopal
A very personal story about Rajagopal’s parents’ life-changing decision to stay in Singapore following the British’s withdrawal from the newly independent country.

“Bunga Sayang” directed by Royston Tan
A profusion of nostalgia and a mini-musical extravaganza draped around a boy (Ray Tan Liang Yu) and his upstairs kueh-making makcik neighbour (J. Rosmini).

“Pineapple Town” directed by Tan Pin Pin
Ning (Lydia Look) is adamant on meeting the birth mother of her adopted daughter, a search that takes her to a small town in Malaysia.

“Parting” directed by Boo Junfeng
A film that delves into themes of history, memory and aging. Ismail (J.A. Halim) travels back to Singapore by train from Malaysia in search of lost love.

“Grandma Positioning System (GPS)” directed by Kelvin Tong
A heartwarming story on historical consciousness, family traditions and shared memories, it depicts the story of a young boy who travels with his family to Johor each year during Qing Ming to pay respects to his late grandfather.


Selain 7 Letters, saksikan lain-lain filem mercu tanda Singapore antaranya filem arahan Eric Khoo, 12 Storeys ( tahun 1997 ) yang memaparkan Jack Neo dalam kisah kehidupan domestik yang berlaku sepanjang 24 jam. Filem Ilo Ilo ( 2013 ) arahan Anthony Chen yang telah memenangi anugerah Cannes Camera d'Or & Golden Horse Best Picture yang berprestij.


Antara filem wajib tonton sepanjang Singapore Film Festival ini adalah Sayang Disayang ( 2014 ) arahan Sanif Olek. Sayang Disayang merupakan sebuah filem muzikal dalam Bahasa Melayu yang meraikan keindahan dan rahmat Nusantara yang turut dibintangi oleh pelakon veteran Malaysia, Dato' Rahim Razali.




Lain-lain filem termasuklah Bring Back The Dead ( tahun 2015 ) arahan pengarah Lee Thean-Jeen dan Miss J Contemplates Her Choice ( tahun 2015 ) arahan Jason Lai yang dibintangi oleh penyanyi Kit Chan. Manakala filem Banting ( tahun 2014 ) arahan Raihan Halim, Faeryville ( tahun 2015 ) oleh Tzang Merwyn Tong dan Innocents ( tahun 2012 ) diarahkan oleh Chen-Hsi Wong yang meneroka kisah belia, aspirasi dan coming-of-age dengan sentuhan estetik mereka.


Dokumentari daripada Lei Yuan Bin bertajuk 03-Flats ( tahun 2014 ) bakal membawa kita ke dalam kehidupan tiga orang ibu tunggal yang tinggal di kawasan perumahan awam di Singapore.

Sebagai penutup, jangan lupa untuk turut serta dalam sesi soal jawab dengan Royston Tan dan Sanif Olek untuk mendekati dengan lebih dalam pengarah filem Singapore yang terkenal ini. Sesi Forum Awam bertemakan "Cross-Causeway Cinema: Opportunities & Challenges" di mana Royston dan Sanif akan bekerjasama dengan rakan-rakan mereka dari Malaysia, Dain Said dan Liew Seng Tat dalam perbincangan yang meriah untuk berkongsi pengalaman dalam industri dan anecdotes mereka.

Singapore Film Festival merupakan program kemuncak Titian Budaya bagi meraikan 50 tahun hubungan persahabatan Malaysia dan Singapore dan akan bermula pada 14 Januari 2016 hingga 17 Januari 2016 bertempat di GSC Pavilion KL dan 1 Utama.

Maklumat berkaitan tiket:
+ Tiket berharga RM8.00
+ Tiket mula dijual pada 11 Januari 2016
+ Tiket boleh dibeli secara online di www.gsc.com.my atau di semua kaunter box office Golden Screen Cinema

Untuk maklumat lanjut berkaitan Singapore Film Festival serta untuk mendapatkan waktu dan lokasi tayangan bolehlah layari laman web rasmi www.titianbudayasg.com. Sebarang pertanyaan bolehlah emel kepada contact@titianbudayasg.com.

~ Achik ~

No comments:

Post a Comment