Saturday, January 16, 2016

Gabungan Washington Apple Commission & Fitness First Dalam Kempen Mulakan Tahun 2016 Dengan Sihat

Assalamualaikum dan salah sejahtera...

Untuk mulakan tahun baru 2016, Washington Apple Commission ( WAC ) telah bekerjasama dengan Fitness First untuk melancarkan "Go Healthy Nutrition & Fitness Lifestyle Community Campaign" bertemakan "APPLES EVERYDAY, FITTER EVERY WAY! 2016".

Pelancaran kempen ini telah diadakan pada 12 Januari 2016 bertempat di Paradigm Mall. Pada hari tersebut, buah-buahan dan kecergasan menarik perhatian media dan blogger yang hadir yang mana banyak buah Epal yang terdiri daripada pelbagai jenis buah Epal dari WAC telah disajikan di perkarangan Paradigm Mall. Pelbagai aktiviti telah disediakan oleh pihak penganjuran semasa hari pelancaran tersebut antaranya aktiviti senaman yang menyeronokkan, sesi perkongsian ilmu serta bagaimana menggabungkan Epal dengan kombinasi rejim kecergasan yang mampun meningkatkan kesihatan dan kecergasan anda bermula tahun baru ini.



Majlis pelancaran yang meriah ini dimulakan dengan persembahan bertenaga oleh trainer di Fitness First.


Setiap rakyat Malaysia mempunyai pilihan Epal kegemaran mereka yang tersendiri yang boleh dipilih daripada rangkaian jenis Washington Apple iaitu Red Delicious, Golden Delicious, Gala, Fuji, Granny Smith, Honeycrisp, Crisp Pink, Braeburn dan Jonagold. Setiap jenis Epal ini mempunyai warna kulit dan rasa yang tersendiri. Tetamu yang hadir pada hari tersebut kelihatan teruja dengan pelbagai jenis Epal dari Washington Apple yang dipamerkan dengan warna yang pelbagai.

Braeburn
Cameo
Fuji
Gala
Golden Delicious
Granny Smith
Honeycrisp
Jonagold
Red Delicious
Kepelbagaian ini berbeza dari segi warna dan rasa, dan mempunyai penggunaan khusus antaranya sesuai untuk salad, pai buah-buahan, untuk menghasilkan sos, digunakan untuk baking, pencuci mulut, pembekuan atau hanya menikmati sebagai hidangan yang sihat. Para tetamu mengambil kesempatan pada hari tersebut untuk mengenali pelbagai jenis Epal dan membuat sendiri salad epal menggunakan epal-epal dan sos buah-buahan yang disediakan.

WAC juga turut berkongsi tips dan resipi yang diilhamkan  dari epal iaitu jus / smoothie epal yang sihat seperti Washington Red Apple Berry Smoothie, Washington Apple Strawberry dan Banana Smoothie, Washington Red Delicious Apple Smoothie, Washington Green Apple Smoothie. Untuk resepi dan maklumat lanjut bolehlah layari www.bestapples.com


Resepi Smoothie Epal Washington Red Delicious
Resepi Smoothie Epal Hijau Washington
Resepi Smoothie Epal Merah Washington dan Beri Campuran
WAC dan Fitness First berkongsi misi dan visi yang sama untuk memastikan rakyat Malaysia kekal sihat dan bertenaga. Bermula dengan masyarakat Malaysia yang aktif, WAC berhasrat untuk menaja bahan-bahan pendidikan berkaitan nutrisi epal untuk dipaparkan dalam Fitness First Club serta memberi complimentary epal kepada semua pengunjung gym di Fitness First Paradigm Mall bagi tempoh seminggu.

Bermula dengan masyarakat Malaysia yang aktif, WAC pemakanan epal ditaja bahan-bahan pendidikan untuk dipaparkan dalam Fitness Club Pertama dan memberi epal percuma ke gimnasium-penonton di Fitness First di pusat membeli-belah Paradigm selama seminggu.


Turut berlangsung pada hari tersebut adalah pertandingan di Instagram iaitu setiap tetamu yang hadir berpeluang untuk turut serta dengan berkongsi gambar semasa di hari pelancaran tersebut dengan hashtag #washingtonapple #fitnessfirstmalaysia #paradigmmall . Seramai lima ( 5 ) orang tetamu yang kesemuanya terdiri daripada blogger / media telah berjaya mendapat "like" tertinggi bagi gambar yang dikongsi di Instagram. Mereka yang menang dapat bawa pulang bantal buah-buahan yang cute sumbangan oleh MBG Fruitshop Paradigm Mall.


WAC Country Representative, Mr. Eddie Saw berkata masyarakat Malaysia kebanyakan mempunyai gaya hidup yang sibuk dan menjurus ke arah pengambilan pemakanan yang tidak seimbang. Oleh itu, mereka perlu mengambil tahu berkaitan kepentingan buah-buahan seperti Epal dari Washington Apple dalam memastikan kesihatan dan kesejahteraan mereka seimbang.

Mr. Eddie Saw, WAC Country Representative

Ianya bukan sesuatu yang mengejutkan yang mana Washington Apple adalah diiktiraf diperingkat antarabangsa dengan kualiti, kerangupan dan rasanya. Epal-epal itu ditanam di pelbagai tempat di Washington, tempat yang diberkati dengan iklim yang sesuai, tanah gunung berapi yang subur,  perairan dan sungai yang sejuk serta menyegarkan, dilengkapi dengan sistem pengairan yang baik dan lain-lain - semua faktor yang penting untuk pertumbuhan Washington Apple yang segar dan lazat.

Tambah Mr. Eddie Saw, Industri epal di Washington State menggunakan standard penggredan yang paling ketat di negara ini. Ia tidak hairanlah setiap tahun Washington mengeksport kira-kira 30% daripada keseluruhan pengeluaran mereka kepada lebih 60 buah negara di seluruh dunia.

Epal adalah pilihan makanan yang sihat kerana ia membantu mengurangkan kekerapan anda bertemu dengan doktor. Dengan hanya makan satu epal besar ianya menyediakan 20% fiber diet harian yang disyorkan, 8% antioksidan Vitamin C, dan 7% potassium anda, semua hanya 130 kalori sahaja!..tanpa lemak, tanpa natrium dan tanpa kolesterol! USDA's Dietary Guidelines for Americans mengesyorkan makan 2 cawan buah-buahan setiap hari.


Untuk maklumat lanjut berkaitan Washington Apples, bolehlah layari www.bestapples.com

~ Achik ~

No comments:

Post a comment