Friday, September 04, 2015

Kuala Lumpur International Comedy Festival (KLIC Fest'2015)

Assalamualaikum and Hi All..!!!!

Buat semua peminat komedi di Malaysia, berita baik buat anda semua..!!! Satu Festival Komedi Antarabangsa akan diadakan pada minggu hadapan bermula pada 16 September 2015 hingga 23 September 2015.


The Kuala Lumpur Internatinal Comedy Festival ( KLIC FEST'2015 ) ini diilhamkan oleh pelawak tersohor negara, Harith Iskander, yang turut dikenali sebagai 'Godfather of Malaysian Comedy . Harith Iskander juga merupakan pengasas serta pengarah KLICFest.


KLICFest mensasarkan penglibatan 20.000 orang peminat, lebih daripada 60 komik terbaik di dunia, 14 negara yang berbeza, 8 hari yang penuh gelak ketawa dan 5 lokasi persembahan yang berbeza. Ianya menjadikan KLICFest sebagai acara komedi terbesar di Asia.

KLICFest yang gilang gemilang ini akan melibatkan persembahan yang menggunakan pelbagai jenis elemen komedi, termasuklah lakaran, sindiran, muzik, improv comedy seperti pelawak ahli silap mata dan pelawak hipnotisme.

All the funny festivities will culminate in a mammoth performance of the festival’s top comedians on the 20th of September 2015 known as Harith Iskander’s ‘To Know Malaysia is to LAUGH MALAYSIA’ Gala Night at The Manhattan Ballroom, Berjaya Hotel .


"Peminat Komedi di Malaysia sentiasa baik dan murah hati dalam memberi sokongan mereka dan ia adalah kerana stand-up komedi telah berkembang di Malaysia. Dengan adanya festival komedi antarabangsa, ianya adalah langkah yang logik dalam pertumbuhan adegan komedi di Malaysia. Secara tidak langsung, ia adalah satu cara memberi ganjaran kepada peminat dengan sesuatu yang menakjubkan." - Harith Iskander

KLICFest adalah yang pertama serta terbesar di Malaysia. Menurut Harith Iskander, pasukan mereka telah bekerja keras untuk melakukannya dengan betul. Semua orang serba maklum berkaitan Edinburgh Comedy Festival , Melbourne International Comedy Festival dan Montreal's 'Just For Laughs',  merupakan tiga festival komedi yang terbesar dan paling berprestij. Harith berharap KLICFest akan menjadi satu langkah ke arah menjadikan Kuala Lumpur tersenarai dalam kumpulan bandar elit iaitu Edinburgh, Melbourne, Montreal, KL


Jangkauan KLICFest sangat luas dan jauh ke hadapan. Festival ini bukan sahaja menggabungkan pelawak-pelawak terbaik dari rantau ini, malah turut melibatkan pelawak-pelawak dari negara Hong Kong, Singapura, Filipina, India serta pelawak yang paling terkenal di seluruh dunia. Antara pelawak antarabangsa yang akan mengambil bahagian ialah the explosively funny GINA YASHERE (UK), perennial favourite PAUL OGATA (USA), comedic magician extraordinaire JARRED FELL (NZ), comedy ensemle ONGALS (KOREA) dan banyak lagi.




Dr. Jezamine Lim, merupakan KLICFest fellow Festival Producer turut menyatakan bahawa semua peminat komedi dari seluruh peringkat umur mempunyai peluang untuk melarikan diri dari tekanan dan masalah dengan menyaksikan pelawak yang diminati mereka membuat persembahan. Dengan menghadiri KLICFest juga, peminat komedi dapat menikmati pengalaman ikatan sosial yang penuh keseronokan bersama keluarga tersayang selama seminggu berlangsungnya KLICFest. Kanak-kanak akan berseronok gelak ketawa, ibu bapa akan suka melihat anak-anak mereka ketawa dan yang paling penting sekiranya pasangan temujanji anda gembira, anda boleh berasa yakin bahawa temujanji tersebut adalah terbaik .!


KLICFest adalah salah satu inisiatif di bawah DiverseCity 2015's Kuala Lumpur International Arts Festival. Ia bertujuan mempamerkan pelbagai bakat dan budaya dari seluruh rantau ini dan menjadikannya salah satu daripada acara kebudayaan terbesar di Malaysia sejajar dengan Tourism Malaysia's Year of Festivals 2015.

KLICFest mempunyai matlamat untuk mewujudkan satu platform yang lebih masa pada masa akan datang sebagai sebahagian daripada memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam bidang Komedi di Malaysia.



Antara pelawak-pelawak yang akan membuat persembahan sepanjang KLICFest.


Seperti yang telah Achik maklumkan sebentar tadi, lokasi KLICFest berlangsung adalah di lokasi yang berbeza-beza. ada di The Bee, ada di Black Box, ada di White Box, ada di Crackhouse Comedy Club dan ada yang diadakan di Manhattan Ballroom, Berjaya Times Square.


Untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan Kuala Lumpur International Comedy Festival 2015 termasuk lokasi dan jadual persebembahan bolehlah layari laman web dan akaun FB rasmi di bawah:

Official FB : KLICFest2015
Laman web rasmi : KLICFest

Tunggu apa lagi, jom dapat kan tiket anda sekarang di


The Biggest and the Funniest Ever in Asia
The Kuala Lumpur International Comedy Festival showcasing the world’s best comedic talents in a first-of-its-kind festival in Malaysia



~ Achik ~






No comments:

Post a comment