Tuesday, September 01, 2015

Karnival Usahawan Desa (KUD) 2015 di Presint 3 Putrajaya

Assalamualaikum.

Sepanjang bulan kemerdekaan tahun ini, pelbagai program dan aktiviti yang akan diadakan di Putrajaya. Antaranya adalah Karnival Usahawan Desa (KUD) 2015.



KUD 2015 ini akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 2 Sept 2015 - 6 Sept 2015
Tempat : Presint 3, Putrajaya
Masa : 9.00 pagi - 10.00 malam



Apa yang anda semua tahu tentang KUD ?

KUD merupakan projek di bawah program pemasaran untuk memperkenalkan, mempromosi dan memperluaskan akses pasaran yang akan dapat memartabatkan produk/perkhidmatan luar bandar melalui gabungan pelbagai strategi pemasaran dalam satu program.

KUD memberi tumpuan utama terhadap aktiviti-aktiviti mencipta peluang pasaran seperti pemadanan perniagaan, mempelbagaikan jaringan perniagaan di samping meningkatkan semangat daya saing di antara usahawan melalui prinsip promosi, produk, penempatan dan penetapan harga berteraskan konsep pemasaran 4P (Kotler’s Marketing Mix). Ia akan dapat mencipta peluang untuk produk/ perkhidmatan luar bandar meneroka potensi pasaran.

Objektif KUD ?
  • memperkenalkan, mempromosi dan memperluaskan akses pasaran serta memartabatkan produk/perkhidmatan luar bandar;
  • meneroka dan meluaskan peluang pasaran baru dan lebih besar dengan pengurusan pemasaran secara sistematik; dan
  • meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran produk/perkhidmatan luar bandar



Pelbagai tapak pameran, jualan dan juga aktiviti disediakan untuk semua pengunjung KUD bermula pada esok hari 2 September 2015 sehingga 6 September ini.

Walaupun objektif KUD adalah untuk mempromosikan usahawan desa, namun aktiviti dan program yang dirancang sepanjang tempoh KUD adalah bersesuaian untuk setiap generasi masyarakat.

Bermacam-macam pertandingan serta sukaneka yang disediakan untuk disertai oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa.


Ramai artis, personaliti tv serta dj radio akan turut serta dalam KUD 2015.

Didie Alias



Dj Lin dari Suria FM



Yana Samsudin


Fasha Sandha pun ada


Sherry Alhadad


Kalau anda semua perasan, kebanyakan artis yang mengambil bahagian adalah mereka yang mempunyai perniagaan brand sendiri tak kira lah sama ada makanan, kuih muih, fesyen wanita dan sebagainya. Artis-artis ini percaya KUD 2015 merupakan platform terbaik untuk mempromosikan jenama sendiri sebagai langkah untuk mengembangkan perniagaan mereka dari semasa ke semasa.


*****

Lagi cerita tentang KUD 2015, ianya akan melibatkan seramai 729 usahawan mikro dan PKS yang menjalankan perniagaan / perusahaan daripada pelbagai kategori seperti makanan dan minuman, produk berasaskan pertanian dan penternakan, kraftangan dan seni halus, kesihatan dan kecantikan, produk organik, pelancongan, perkhidmatan, perladangan dan peruncitan. Fuhhhhh...banyak sangat ..!!!

Apa tunggu lagi. Jom Follow KUD 2015 di Facebook, Instagram dan Twitter untuk dapatkan maklumat terkini berkaitan KUD 2015. Yang paling best, korang boleh dapat update terkini berkaitan pertandingan yang diadakan sebanyak KUD 2015. Antaranya selfie atau wefie dengan apa-apa sahaja berkonsepkan KUD 2015. Banyak hadiah yang menanti semua pengunjung KUD 2015 minggu ini.



Instagram : KUD_2015
Twitter : KUD2015

Yang paling penting, jangan lupa layari laman web rasmi KUD 2015 kerana anda boleh dapatkan banyak maklumat berkaitan pameran, aktiviti, pertandingan sepanjang KUD 2015

Laman web rasmi :KUD


*****

Mari kita semua ramai-ramai memeriahkan KUD 2015 khususnya penduduk di Putrajaya. Achik pun akan berada di KUD 2015 kerana pejabat Achik dengan tapak KUD 2015 tak jauh pun..walking distances je.

Untuk yang berhajat ingin pergi ke KUD 2015, anda digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan shuttle bas percuma yang disediakan sepanjang tempoh berlangsung KUD 2015. Mohon rujuk gambar di bawah bagi mengetahui laluan yang berkaitan untuk mendapatkan perkhidmatan shuttle bas percuma tersebut.



KUD 2015 akan bermula ESOK..!!!!!



~ Achik ~

Credit photos & info : www.kud.my

No comments:

Post a Comment