Monday, September 28, 2015

Breast Cancer Awareness Month by Alamanda Shopping Centre

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kalau sebelum ini Kumpulan Suria KLCC telah melancarkan Kempen Sunshine September 2015 yang akan berakhir pada 30 September 2015, kini Alamanda Shopping Centre yang merupakan sebahagian dari Kumpulan Suria KLCC akan mengadakan Bulan Kesedaran Kanser Payudara.


Breast Cancer Awareness Month di Alamanda Shoping Centre yang bertemakan Alamanda Supports Pink October akan bermula pada 01 Oktober 2015 hingga 24 Oktober 2015.


Bermula 01 Oktober 2015, pelbagai aktiviti akan diadakan di Alamanda Putrajaya antaranya adalah persembahan oleh artis terkenal, Ayu OIAM pada 01 Oktober 2015 jam 3.15pm.


Selain itu, untuk menggalakkan lagi orang ramai khususnya pelanggan dan pengunjung Alamanda Shopping Centre untuk turut serta dalam Kempen Kesedaran Kanser Payudara ini, Alamanda Shopping Centre menawarkan hadiah percuma yang berupa Pink October Tote Bag yang boleh ditebus dengan setiap pembelian terkumpul minimum RM700.00 di Alamanda Shopping Centre. Pelanggan boleh mengumpul jumlah pembelian iaitu maksimum 3 resit untuk menjadikan amaun pembelian sebanyak RM700.00.

Cantik sangat Pink October Tote Bag ni.


Bersempena dengan Breast Cancer Awareness Month juga, Alamanda Shopping Centre turut menganjurkan Catwalk Modelling Workshop seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 3 Oktober 2015
Masa : 12.00 pm hingga 2.00 pm
Tempat : Center Stage, Center Court, Alamanda Shopping Centre


Apa yang menarik dengan Catwalk Modelling Workshop ialah ianya dianjurkan dengan kerjasama Amber Chia Academy. Jadi sesiap yang turut serta dalam workshop ini dikehendaki membawa / memakai high heels pada hari tersebut kerana anda akan ada sesi dengan Benjamin Tong yang akan mengajar cara catwalk. Interesting kan?

So, tunggu apa lagi. Daftar sekarang dengan menghubungi talian 03-8888 8882 ataupun hantar kan emel kepada fashion.vip@suriaklcc.com 

Terhad kepada 50 orang terawal sahaja dan pastikan umur adalah berada dalam lingkungan 16 hingga 27 tahun. hehehe


Sama-sama lah kita menyokong Kempen Kesedaran Kanser Payudara yang dianjurkan oleh Alamanda Shopping Centre ini.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Breast Cancer Awareness Month bolehlah layari FB rasmi Alamanda Shopping Centre di https://www.facebook.com/AlamandaPutrajaya

"Alamanda Supports Pink October"

~ Achik ~

No comments:

Post a Comment