Saturday, July 11, 2015

Meatball Abang Burn

Fuhhhh...tertunai juga selera tekak ni nk makan meatball.

Untuk Achik yang stay di Kajang, perjalanan nak ke Ikea untuk makan meatball memang jauh..


Nasib rumah Achik dekat dengan Ramal Food Junction yang terletak di Sg. Ramal Kajang..

Di Ramal Food Junction ni ada kedai Burger Bakar Abang Burn..di sinilah port Achik selalu makan meatball.

kuah blackpepper nya memang sedap..dihidang bersama dengan cheezy wedges..makan pula masa tengah panas lagi..fuhh..lazat..



Ok, Achik nak supper jap..jemput tengok..

Thursday, July 09, 2015

7 Tabiat Orang Yang Amat Berkesan


Alhamdulillah...

Dekat pejabat achik setiap pagi akan ada perkongsian ilmu melalui emel. Jadi Achik nak share dengan readers semua berkaitan tabiat manusia yang amat berkesan.



Berdasarkan gambar, terdapat 7 tabiat manusia yang amat berkesan iaitu

Tabiat 1 : jadi PROAKTIF

"Apabila kita tidak lagi mampu untuk mengubah keadaan, maka kita dicabar untuk mengubah cara kita sendiri"

Tabiat Proaktif ni sangat berguna untuk dipraktik dalam rutin kerja kita. Sememangnya bos akan suka pekerja yang proaktif ni.


Tabiat 2 : Mula dengan MATLAMAT di minda

Yang ni pun bagus. Setiap manusia yang hidup di muka bumi ni mesti ada matlamat  masing-masing terutamanya apa yang hendak dicapai. Ianya merupakan tabiat yang dapat membantu memajukan diri kita sendiri.


Tabiat 3 : Utamakan PERKARA PENTING dahulu

Dalam kehidupan, kita kena pandai untuk memilih mana yang penting untuk didahulukan, mana yang tidak penting untuk diketepikan. Setiap yang dipilih akan mempengaruhi kejayaan atau kegagalan kita.


Tabiat 4 : Fikir MENANG-MENANG

Fikir menang-menang ni bukan suruh masuk pertandingan gores dan menang ye. Setiap tindakan dan keputusan kita, perlulah fikir dengan teliti kerana ianya akan memberi kesan kepada individu di sekeliling kita.


Tabiat 5 : Usaha untuk MEMAHAMI dahulu, kemudian untuk DIFAHAMI

Hehe...yang ni sesuai untuk mereka yang malu untuk berkawan. Dalam hubungan sesama manusia kita mesti ada tabiat untuk usaha memahami pihak yang lain sebelum meminta pihak tersebut memahami kita.


Tabiat 6 : BERSINERGI

Kalau kita ada pendapat yang sama, tak perlu lah bergaduh untuk tegakkan pendapat kita yang benar sedangkan kedua-dua pendapat membawa makna yang sama. 


Tabiat 7 : TAJAMKAN GERGAJI

Oh..yang ni paling terkesan dalam hati. Banyak contoh yang boleh digunakan untuk huraikan makna Tajamkan Gergaji. Antaranya, bila kita nak maju kan diri, jangan sesekali lakukan dengan cara yang kotor dengan menjatuhkan kehidupan / karier orang lain. Jadinya, faham-faham sendirilah ye. Dalam kehidupan kita ni dah selalu sangat manusia menjatuhkan sesama manusia yang lain bukan dengan cara yang sihat / betul.




Renung-renungkan dan selamat beramal.

Wednesday, July 08, 2015

Asama Tomyam Pecel Lele

Diam tak diam dh 21 hari kita umat Islam berpuasa...bermakna lagi 8 hari je lagi Aidilfitri bakal menjelma.

Semalam Achik dengan kawan kawan berbuka puasa di Asama Tomyam Pecal Lele...restoran yang terletak di Jalan Kampung Pandan ni dahulu nya hanya ada tak sampai 10 meja , tapi sekarang Asama Pecal Lele dh bertambah luas..kira datang sini tak payah menunggu lama untuk meja kosong...

Antara menu yang ada 

Pecal Keli 
Pecal Ayam
Pecal Puyuh
Pecal Kembong
Pecal Sayur
Pedal Goreng
Tempe Goreng

Ni lah hidangan tempe goreng..

Menu Achik semalam Tempe Goreng, Pecal Keli dan Pedal Goreng.

Sedap sangat..sambal nya pun sedap.

Untuk waktu operasi boleh rujuk gambar di bawah..tak rugi memcuba.

Bagi yang tak pernah sampai, mungkin sukar nak jumpa lokasi Asama Tomyam Pecal Lele ni..sebab kedainya di bawah rimbunan pokok...

untuk memudahkan pencarian, dalam waze boleh search HCM ENGINEERING..

HCM engineering ni betul betul berhadapan dgn Asama Pecal Lele ni...kalau anda datang dari arah Bulatan Kampung Pandan, restoran nya terletak di sebelah kiri anda..sekiranya datang dari arah Desa Pandan, restoran tu berada di sebelah kanan anda.

Selamat mencuba.


- Achik Huda -