Monday, October 15, 2018

Hantu-Hantu Merasuk Lagi di Sunway Lagoon Nights of Fright 6 (NOF6)

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Wahhhhh…musim hantu-hantu berkeliaran di sekitar Sunway Pyramid & Sunway Lagoon kini kembali..Sunway Lagoon Nights of Fright 6 (NOF6) kini kembali lagi oi…Kalau NOF5 achik terlepas peluang untuk sama-sama memeriahkan aktiviti jerit-menjerit di Sunway Lagoon, untuk NOF6 kali ini memang Achik tak akan lepaskan peluang.


Bermula 28 September 2018 hingga 31 Oktober 2018, mereka yang meminati aktiviti menjejak mistik atau yang gemarkan aktiviti sera mini pasti tidak akan melepaskan peluang untuk merasai sendiri adegan ngeri yang menanti di setiap tarikan NOF6 yang terdapat di Sunway Lagoon.


Jom tengok ape tarikan seram yang ada sepanjang NOF6 ini..

Wendigo – The Legend in The Mist

Wendigo ini dikatakan hantu kanibal yang memakan manusia. Wendigo sentiasa berada dalam keadaan lapar..Laparkan daging manusia ye..Walau pun hantu ni dah makan banyak kali, ianya tetap berasa lapar.

Phobia: Coulrophobia – The Fear of Clowns

Kalau bercakap tentang badut ni mesti kira akan ingat badut ni fungsinya selalu menggembirakan orang..Ada di majlis-majlis untuk menceriakan kanak-kanak terutamanya. Tapi sebenarnya kita silap. Badut ini sebenarnya mampun mengganggu emosi korang dan kekal berada dalam kepala korang sampaikan wujudnya rasa fobia. Bila dah kerap sangat badut ni muncul dalam kepala korang, maka berlakulah ketakutan yang tidak rasional. Jadi, kalau nak rasai sendiri ketakutan yang macam mana, korang kena masuk ke rumah hantu badut ni di NOF6.



Slaughterhouse 13

Ok..yang ni tengok nama pun dah takut..Mestilah ada kaitan dengan sembelih-sembelih yang penuh dengan darah bersepah kat merata-rata tempat. Kisahnya rumah penyembelihan Chan ini dah lama ditutup dan ditinggalkan selepas berlakunya kejadian seorang pekerjanya bernama Lee Lee Choong terjumpa badan manusia tergantung dalam freezer. Rupa-rupanya badan tersebut merupakan. Menjadi tanda tanya adakah tubuh yang dijumpai tergantung tu merupakan anak Chan, Calvin Chan? Korang kena masuk sendiri dalam ni..Suasana dalam pusat penyembelihan ni memang seram.



Scarytales Theater

Dalam ruang teater ni korang akan disajikan dengan kisah seram yang dipaparkan di layar putih. Sambil korang menonton kisah seram tu, tiba-tiba akan muncul pelbagai jenis hantu di sekeliling korang..Ada yang merangkak macam ju-on..ada yang tiba-tiba lari dengan laju di sebelah korang. Ada juga hantu pocong yang muncul di tingkap ruang teater tersebut. Jadi hati-hati dengan pilihan tempat duduk yang korang pilih dalam ruang teater ini. Yang pasti tiada sorang pun yang terselamat dari diganggu oleh hantu dalam tu..Hehehe..

Banyak lagi tarikan yang menarik antaranya Zoombie Zoo, Ghostbusters, Horrorwood Studios Wax Museum of Monster, Ghost Face – The Face To Make You Scream in UV3D, Jampi dan Enclave of Torture.


Tunggu ape lagi…Dapatkan tiket korang sekarang di www.sunwaylagoon.com atau follow www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia untuk maklumat lanjut.

NOF6 berlangsung pada setiap hari Jumaat hingga Ahad bermula 28 September 2018 hingga 31 Oktober 2018.

Harga tiket = RM69

~ Achik ~

Thursday, October 11, 2018

Herba dan Rempah McCormick Kini Berwajah Baharu

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Siapa kat sini yang selalu menggunakan herba dan rempah jenama McCormick. Herba dan rempah McCormick ni dah berwajah baru tau. Jangan pula korang ronda satu pasaraya cari herba dan rempah jenama ni tak jumpa...hehehe...McCormick yang merupakan pengeluar herba dan rempah terkenal di dunia telah menyuntik nafas segar dalam rangkaian produknya dengan pembungkusan terkini yang lebih menarik dan bergaya.


Dengan logo yang dikemas kini dan warna-warna menarik, pengguna kini dapat mencari produk McCormick kegemaran mereka dengan mudah di rak-rak kedai. Imej kontemporari dan yang bertumpu kepada penggunaan kod warna baharu hijau, merah dan oren untuk setiap kategori produk, membolehkan pengguna memilih apa yang diperlukan dengan mudah, sama ada mereka menginginkan herba, rempah atau perasa.

Anda mencari inspirasi sambil memasak? Label baharu disertakan dengan pelbagai cadangan dan idea tentang cara untuk menggunakan setiap produk, sama ada untuk ditabur di atas bahan tertentu, digandingkan dengan satu lagi produk McCormick, atau ditambah ke dalam sajian kegemaran.


Menurut Mohan Alagappar, Pengurus Besar GBA Corporation Sdn Bhd, pengedar eksklusif bagi McCormick, “Sebagai pakar dalam pengeluaran herba dan rempah, McCormick memahami pengguna kami dan mengetahui apa yang mereka ingini. Wajah baharu direka supaya lebih jelas dan lebih menarik pandangan, dengan nama produk lebih besar dan maklumat yang jelas untuk kesenangan pengguna kami. Paling penting, pembungkusan lebih menarik ini terus mencerminkan janji jenama kami untuk menambah kesegaran dan kelazatan rasa kepada setiap sajian masakan.”

Banyak produk McCormick sudah berwajah baharu, termasuk rangkaian produk popular seperti Black Pepper Cracked, Oregano Leaves, Paprika Ground, Mixed Herb, Chili Flakes dan lain-lain yang boleh didapati di saluran runcit utama dan juga pasar raya di seluruh negara.


Untuk maklumat lanjut tentang herba dan rempah McCormick atau idea-idea resipi, sila layari laman web www.mccormick.com.

~ Achik ~

Monday, October 08, 2018

Tunaikan Kewajipan Berzakat Melalui Portal zakat.com.my

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Sebagai umat Islam, Achik pasti ramai yang mengetahui tanggungjawab kita untuk menunaikan zakat. Malah, zakat adalah cara terbaik untuk menyucikan pendapatan kita. Sucikan pendapatan kat sini bukan lah bermaksud pendapatan yang kita peroleh tu tak halal, tapi kadang-kadang ada masanya kita sendiri ada rasa curiga dengan sumber yang digunakan untuk menjana pendapatan kita. Jadi, zakat merupakan solusi terbaik untuk kita sebagai umat Islam menyucikan pendapatan.

Baru-baru ini Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) telah melancarkan satu kempen khas bagi pembayaran zakat melalui Portal PPZ-MAIWP. Kalau korang perasan, PPZ-MAIWP sememangnya aktif mengadakan pelbagai kempen bagi memupuk dan menggalakkan kita semua untuk membayar zakat. Kempen terbaru yang diberi nama Jom Berzakat @ zakat.com.my telah pun berlangsung sejak 1 Ogos 2018 dan akan berakhir pada 31 Oktober 2018. Maknanya bulan ini merupakan bulan terakhir untuk korang semua sama-sama memberi sokongan kepada kempen murni yang diadakan oleh PPZ-MAIWP.


Ada di antara kita yang sudah pun melaksanakan tanggungjawab membayar zakat melalui potongan gaji secara bulanan. Tahniah Achik ucapkan buat mereka yang sememangnya faham dengan tanggungjawab mereka untuk membayar zakat. Cumanya, korang rasa amaun zakat yang dipotong dalam penyata gaji korang secara bulanan tu cukup ke jika dibandingkan dengan jumlah pendapatan yang korang peroleh pada setiap tahun? Sekiranya tidak mencukupi, ada ke cara lain untuk korang membuat tambahan amaun zakat tersebut?

Haaa…dekat sini la fungsinya Portal PPZ-MAIWP untuk korang gunakan. Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my yang telah dilancarkan oleh PPZ-MAIWP ini sebenarnya ingin menggalakkan korang semua untuk membuat bayaran zakat melalui Portal PPZ-MAIWP. Ianya merupakan salah satu saluran kemudahan bayaran zakat yang disediakan oleh PPZ-MAIWP bagi menggalakkan masyarakat umum menunaikan kewajipan berzakat. Wang zakat ini akan digunakan bagi membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai golongan asnaf yang layak menerima bantuan zakat. So, sekiranya ada di antara korang yang tak pernah pun bayar zakat, atau ada buat bayaran zakat melalui potongan gaji tetapi amaunnya tidak mencukupi, melalui kemudahan portal ini, korang boleh membuat bayaran zakat secara atas talian pada bila-bila masa dengan mudah dan cepat.


Sempena kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my , syarikat SegiGroup Global Sdn Bhd turut memberi tajaan 20 hadiah yang boleh dimenangi pada setiap bulan Ogos, September dan Oktober 2018. Caranya mudah sahaja ! Korang hanya perlu buat bayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP di www.zakat.com.my sebelum 31 Oktober 2018. 60 pemenang bertuah dari ketiga-tiga bulan tersebut akan dirai dalam satu sesi penyampaian hadiah yang akan berlangsung pada 01 Disember 2018 sempena Karnival Zakat nanti.

Kempen berzakat secara atas talian ini juga berhasrat untuk menarik perhatian peniaga online, sendirian berhad yang mempunyai keuntungan di Wilayah Persekutuan dan pekerja yang mempunyai majikan di Wilayah Persekutuan namun bekerja di luar negara serta amnya kepada umum yang ingin memudahkan pembayaran zakat mereka.

Seiring pelancaran kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my, PPZ-MAIWP akan berusaha mempergiatkan penggunaan medial sosial rasmi PPZ-MAIWP agar ia dapat menarik minat lebih ramai lagi pembayar untuk membayar zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP. Sepanjang tempoh tiga bulan kempen ini berlangsung, pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai 4,500 pembayar baru yang tidak mengulangi pembayaran zakat mereka dengan kutipan sebanyak RM2.5 juta.



SYARAT DAN CARA PENYERTAAN KEMPEN

Bayar zakat melalui Portal PPZ-MAIWP – www.zakat.com.my/kempen dalam tempoh kempen bermula dari 1 Ogos 2018 – 31 Oktober 2018.

PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam terutamanya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat melalui platform Portal PPZ-MAIWP agar ianya dapat mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang ada di dalam harta kita disamping mengurangkan kemiskinan masyarakat bandar.

”PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat”

~ Achik ~