Wednesday, February 01, 2017

Cooking Hustle : Filem Pendek TNB Sempena Chinese New Year

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Meriah pula rasa kali ini apabila muncul Perayaan Utama di Malaysia. Dah menjadi satu 'trend' pula oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menghasilkan video-video pendek yang berkaitan dengan perayaan utama di Malaysia. Bukan TNB sahaja, malah banyak lagi syarikat korporat yang lain berlumba-lumba untuk menghasilkan video pendek yang banyak memberi mesej yang positif dan menerapkan elemen kekeluarga dalam setiap video pendek mereka.

Jom ramai-ramai kita tonton video pendek sempena sambutan Chinese New Year 2017 yang telah dihasilkan oleh TNB.

Hehehehe...dah tengok ??? Apa mesej yang korang faham daripada video pendek ini?

Meh Achik story sikit...Seperti yang korang semua sedia maklum, Tahun Baru Cina adalah masa untuk keluarga mengenepikan segala perbezaan dan merapatkan semula ikatan kekeluargaan. Sebagai contoh yang dapt korang lihat daripada filem pendek ini, ketiga-tiga menantu tidak mempunyai hubungan yang rapat. Tetapi sempena Tahun Baru Cina, mereka ketepikan semua itu dan cuba masak sesuatu untuk dihidangkan untuk makan bersama. 

Sudah menjadi tradisi Masyarakat Cina untuk makan bersama-sama pada malam sambutan Tahun Baru Cina. Lebih sinonim dengan nama 'Makan Besar', ahli keluarga yang berkumpul bersama-sama untuk makan besar adalah jauh lebih penting daripada apa jua hidangan di meja. Pada masa inilah macam-macam cerita dapat dikongsikan bersama-sama dengan ahli keluarga tercinta yang jarang-jarang bersua.

Sikap masing-masing mungkin menjadi punca pertelagahan pada musim perayaan, lebih-lebih lagi dalam keluarga yang ramai. Lebih besar saiz sesebuah keluarga tersebut, lebih banyak ragam dan perangai ahli keluarga yang perlu difahami. Jadi, sempena Tahun Baru Cina, segala perbezaan ini diraikan dan bukan diketepikan..Baru lah perjumpaan keluarga itu bertambah meriah di meja makan...Setuju tak? Korang yang mempunyai saiz keluarga yang besar mungkin faham dengan situasi ini...Suasana di meja makan sangat meriah apabila masing-masing berebut untuk bercakap, berkongsi cerita dan membuat jenaka. 

Seperti hidangan Tahun Baru yang beraneka jenis, saiz, rasa dan rupa begitulah juga ahli keluarga kita namun bila dikongsi bersama kan sedap rasa nya. Kalau sesama keluarga sendiri pun tiada muafakat malah lebih suka bertikam lidah dan iri hati sesama sendiri, sudah pasti mana-mana keluarga yang bahagia pun boleh berpecah-belah...Jadi, berdasarkan filem pendek tersebut, eloklah disimpulkan bahawa Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh. Kebahagian tercipta apabila semua dalam ahli keluarga bersatu hati dan mesra antara satu sama lain.


Table of Harmony

Sempena Tahun Baru Cina 2017 ni juga, TNB turut menyediakan laman web yang mana korang boleh tahu jenis 'mystery dish' apa yang bersesuaian dengan korang...Nak tahu apa yang Achik dapat untuk 'mystery dish' ni? ...Taraaaaaa..


Chicken Swims in Rice River....hehehe..comel jer....
'You never flinch when faced with new and challenging situations but rather jump in and tackle it bravely'... Yeeehaaa...secara jujurnya, inilah perwatakan Achik...kebetulan sama pula...


Nak tahu apa Mystery Dishes untuk korang ? Jom follow step di bawah: 

Follow step dibawah untuk 'mystery dish"

1) Buka website 
https://betterbrighter.my/tableofharmony

2) Klik unveil mystery dishes


 3) Klik discover what mystery dish you are & join the table


4) Pilih antara A, B, C, D dan sistem akan auto calculate mystery dish yang bersesuaian dengan sambutan Chinese New Year 2017 korang...



~ Achik ~

Monday, January 30, 2017

Penawar Resdung Paling Mujarab Keluaran Team Produk Warisan Insan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Lama rasanya Achik tak berkongsi dengan korang tentang produk-produk kesihatan yang manfaat buat diri korang. Untuk kali ini, produk yang terpilih adalah Penawar Resdung Paling Mujarab. Achik pasti ramai di antara pembaca di luar sana yang mempunyai masalah resdung.


Mengikut pemahaman Achik, setiap orang mempunyai masalah resdung. Bezanya sama ada ianya teruk atau tidak mahupun terlalu sensitif atau masih boleh dikawal. Kita boleh tahu seseorang tu adalah masalah resdung atau tidak. Tak percaya? Cuma la suruh orang tu mengemas rumah...baru je menyapu sikit dah bersin. Tahu-tahu hidung pun mula sok sek sok sek. Kesian tau dengan mereka yang ada masalah resdung macam ni. Dalam family Achik, Abah mengalami masalah resdung yang sensitif dengan habuk...Setiap kali kalau abah mengemas rumah & vacum karpet, hari tu juga la abah Achik mula bersin & tisu tak pernah lekang dari tangan...Mula lah hidung abah pun gatal...


Tanda-tanda Resdung

i) Hidung sentiasa berair / selsema setiap masa terutama ketika cuaca sejuk dan awal pagi.
ii) Gatal-gatal pada hidung, mata dan telinga terutama selepas makan ayam, seafood dan sambal belacan.
iii) Bersin apabila terkena habuk.
iv) Berkahak, banyak jerawat, kurang pendengaran / penglihatan, sakit kepala, kelemumur banyak, rambut gugur, 
    nafas berbau, gatal kulit dan keputihan.

Kesan resdung

Untuk makluman korang semua, Penawar Resdung Paling Berkesan keluaran Team Produk Warisan Insan ini dihasilkan secara tradisional dan merupakan produk keluaran tempatan dari Kelantan. Mungkin ada yang berasa ragu-ragu untuk mencuba produk ini. Jangan risau, korang boleh rujuk laman web http://herbaresdong.blogspot.my/ untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan produk Penawar Resdung Paling Mujarab ini. Banyak juga testimonial daripada pengguna yang berpuas hati dengan keberkesanan produk ini turut dikongsikan dalam laman web tersebut.




Cara pengambilan

1 biji malam
1 biji sebelah pagi

Untuk kesan yang lebih cepat, disyorkan untuk membuka sarung kapsul dan memasukkan serbuk akar kayu ke dalam segelas air kosong.

Selepas dimasukkan serbuk ubat ke dalam air, kacau hingga larut. Mulakan dengan membaca Bismillah dan Selawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Nasihat Achik satu je....Jangan pandang remeh dengan penyakit resdung ini. Pada permulaannya, mungkin pesakit resdung mungkin hanya rasa kurang selesa di hidung, muka gatal-gatal dan sebagainya. Tetapi sekiranya penyakit resdung ini tidak dirawat, ianya mampu memberikan kesan yang memudaratkan pada pesakit.

Antara testimonial daripada pengguna yang berpuas hati:





Lebih baik mencegah dari awal sebelum ianya terlambat. Sebarang pertanyaan berkaitan PenawarResdung Paling Mujarab bolehlah hubungi:

Puan Aisyah
013-987 1616 & 019-949 6133

Pesanan produk juga boleh dibuat terus dengan Puan Aisyah. Paling penting sekali, pastikan korang beli Penawar Resdung Paling Mujarab ini daripada pengedar yang sah. Untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan pengedar yang sah, lebih baik korang berhubung sendiri dengan Puan Aisyah, pemilik produk ini.



Selain Ubat Resdung Paling Berkesan, Team Produk Warisan Insan juga turut mengeluarkan "PENAWAR BUASIR PALING MUJARAB BAGI KAUM LELAKI DAN WANITA". Sekiranya korang ada masalah buasir, bolehlah layari (http://warisanislamic.blogspot.my/2012/04/majun-buasir-paling-berkesan-di.html ).

~ Achik ~

Tuesday, January 24, 2017

Sunway Putra Hotel Menawarkan 'Reunion Buffet' Yang Menarik Sempena Tahun Baru Cina 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cepat betul rasanya masa berlalu...Diam tak diam, sambutan Tahun Baru Cina 2017 bakal dirai di seluruh Malaysia pada 28 dan 29 Januari 2017. Sempena Chinese New Year yang bakal tiba tidak lama lagi, Sunway Putra Hotel menjanjikan buffet Yee Sang serta buffet “Makan Besar” yang sememangnya menjadi tradisi masyarakat Cina yang meraikannya.


Untuk Rooster Year tahun ini, Sunway Putra Hotel telah memulakan semangat perayaannya dengan mengadakan sesi prebiu menu-menu yang bakal dihidangkan dalam “Reunion Buffet”. Majlis Prebiu yang turut dihadiri lebih 100 orang tetamu dan media telah dihiburkan dengan persembahan akrobatik yang meriah oleh 8 singa, sebagai simbolik untuk membawa masuk nasib yang lebih baik bagi tahun 2017. Prebiu pada malam tersebut dimulakan dengan menggaul Yee Sang gergasi yang telah disiapkan oleh semua chef yang ada di Sunway Putra Hotel. Cara kita menggaul Yee Sang juga memberi makna yang mendalam disebaliknya. Maknanya lagi tinggi korang gaul Yee Sang tu, lagi baik permulaan Tahun Baru Cina korang...sayangnya Achik tak dapat turut serta sesi menggaul Yee Sang atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan..hehehe..

Lion dance

Yee Sang "toss" oleh Chef-chef Sunway Putra Hotel

Ini adalah kali pertama Achik turut serta dalam “food review” di Sunway Putra Hotel. Sebaik sahaja Achik melangkah masuk ke ruang makan, mata Achik sangat tertarik dengan kepelbagaian pencuci mulut yang ditawarkan oleh Sunway Putra Hotel. Bagi Achik, apabila pencuci mulut yang dijamu untuk pelanggan tampil menarik dan menyelerakan, sudah pasti menu-menu utama dan sampingan yang lain tidak akan mengecewakan tekak anda.

Antara hidangan pencuci mulut yang dihidangkan...Nanti kita sambung lagi sembang pasal pencuci mulut...




"Reunion Buffet" menampilkan hidangan Yee Sang tradisional dengan beberapa keping salmon segar pada ukiran ais yang menawarkan pilihan yang kreatif untuk pengunjung. Chef-chef di Sunway Putra Hotel juga telah menghiasi jamuan bufet tersebut dengan sentuhan kontemporari yang mempunyai 10 kaunter utama iaitu Salad & Pembuka Selera, Kaunter Yee Sang, Sup, Hot Spot, Mi & Pasta, Dim Sum, pilihan pizza, “carving station”, hidangan panas dan pencuci mulut.

Kaunter Pembuka Selera & Salad menawarkan hidangan seperti Minced Chicken with Thai dressing Salad, Teriyaki Beef Slices with Soba Noodle Salad & Oyster serta Green Mussels on Ice served with lemon wedges & Tabasco sauce. Manakala di Kaunter Sup turut dihidangkan Double Boiled Chicken Soup with Ginseng dan Hot & Sour Szechuan Soup with Crab Meat. Tak lupa juga, di Kaunter Hot Spot, korang boleh cuba pelbagai hidangan Seafood Barbeque sementara Homemade Meatloaf menanti para pengunjung di Carving Station.



Homemade Meatloaf

Pernah memenangi anugerah 2016 Best Food & Beverage Hotel daripada CTRIP, sudah pasti hidangan yang disajikan oleh Sunway Putra Hotel sangat menarik, menyelerakan dan sedap !

Jom tengok apa menu yang wajib korang cuba:

Chinese Style Black Pepper Beef

Grilled Lamb with Mint Pommery Mustard Sauce

Indian Chicken Curry

Lamb Masala

Pan Seared Chicken With Mushroom Ragout Sauce

Sea Cucumber & Mushrom Stew on Brasicca

Wok Fried Prawn with Spicy Special Sauce

Tahun Baru Cina adalah waktu terbaik untuk makan bersama seluruh ahli keluarga. Sememangnya sudah menjadi tradisi Masyarakat Cina untuk memastikan semua ahli keluarga berkumpul pada malam Tahun Baru Cina untuk makan bersama. Bagi Sunway Putra Hotel pula, mengambil kira arus kehidupan moden pada masa sekarang, Sunway Putra Hotel menyedari perubahan gaya hidup di mana masyarakat Cina lebih gemar makan besar atau menikmati “Reunion Buffet” di Hotel. Oleh sebab itu, chef-chef di Sunway Putra Hotel akan memastikan menu yang dihidangkan dalam “Reunion Buffet” merupakan menu tradisi yang biasa di masak di rumah.

Steamed Fish With Superior Soya Sauce

stir fried hong kong nai oak with garlic

Tadi Achik ada bercerita tentang pencuci mulut yang sangat menarik dan banyak di ‘buffet line’. Antaranya Coconut Lemon Velvel Cake, Sugi Almond Cake, Lotus Pancakes, Banana Caramelised Tarts dan Green Tea Red Bean Chocolate Cake.





Sekiranya korang berminat untuk berkumpul bersama keluarga di malam Tahun Baru Cina, “2017 Chinese New Year Eve Reunion Dinner Buffet” di Sunway Putra Hotel akan bermula pada 27 Januari 2017, dari jam 6.00 pm hingga 10.30 pm bertempat di Coffee House, Level 9.

Harga:
RM118 nett seorang dewasa
RM59 nett seorang kanak-kanak (6 – 12 tahun)
*kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah adalah percuma

Bukan itu sahaja, Sunway Putra Hotel turut menawarkan pakej menarik bagi mereka yang ingin menganjurkan “private Chinese New Year gathering”. Pakej yang berharga RM1,988 nett untuk 1 meja, bakal dihidangkan dengan 9 “course dinner” termasuk Yee Sang. Tempahan minimum adalah seramai 20 orang. Tawaran ini bermula dari 15 Januari 2017 hingga 11 Februari 2017. Elok sangatlah korang bodek-bodek bos korang kat pejabat tu ajak gathering sempena Chinese New Year di Sunway Putra Hotel. Sure pulang ke rumah dengan perut kekenyangan.

Calling for Japanese food lovers !!!!! Hehehehe...Sempena Chinese New Year ni juga, Gen Japanese Restaurant yang terletak di Sunway Putra Hotel turut menawarkan buffet Chinese New Year yang istimewa dengan kadar RM98 nett seorang dewasa dan RM49 nett seorang kanak-kanak (6 – 12 tahun). Promosi makanan jepun untuk buffet Chinese New Year ini hanya ditawarkan pada 27 dan 28 Januari 2017 sahaja ..!!! Jadi pastikan korang pencinta makanan jepun tidak melepaskan peluang ini.

Kalau ada yang  nak beli dry Yee Sang untuk di bawa pulang, boleh la berkunjung ke Atrium Lounge juga terletak di Level 9. Dijual pada harga RM58 per order manakala Salmon Yee Sang dijual dengan harga RM78.00 per order. Mahal ke? Takla...sebab satu set dry Yee Sang ni boleh dimakan oleh 4 – 5 orang.

Berminat nak buat tempahan “Reunion Dinner” di Sunway Putra Hotel?? Tempahan dan pembelian bolehlah dibuat dengan cara hubungi terus Food & Beverage (F&B) Reservations Counter, Sunway Putra Hotel di talian 03-4040 9888 atau pun secara emel ke spkl.dine@sunwayputrahotel.com

Manakala bagi “private function”, tempahan boleh dibuat dengan menghubungi NurulHuda Azmi, Director Sales & Catering di talian 03-4040 9888 atau emel kepada spkl.events@sunwayhotels.com


Happy Chinese New Year Achik ucapkan buat semua Masyarakat Cina yang meraikannya...Hope this Year of Roaster bring a happiness and a good luck to your life...

~ Achik ~