Friday, July 24, 2015

Ikan Pekasam Pekan Rabu kini di Ukir Mall

Yeehaaaa....

Bila ke Kedah, perkara paling wajib adalah beli Ikan Pekasam untuk bawak balik KL.

Oh ye, untuk pengetahuan semua, lokasi Pekan Rabu telah berpindah ke tempat baru memandangkan Bangunan Pekan Rabu yang lama telah dirobohkan untuk dibina semula siap dengan parking bertingkat.

Kerja-kerja pembinaan yang baru bermula dijangka akan mengambil masa selama 2 tahun untuk siap.

Jadinya, dimanakah lokasi baru Pekan Rabu buat masa ini.?? 

Untuk sementara waktu, kesemua peniaga di Pekan Rabu akan berniaga di Ukir Mall. Untuk maklumat lanjut berkaitan Ukir Mall boleh la melayari laman web Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah.


Sebelum achik terlupa, dalam bangunan Ukir Mall ini hanya menempatkan peniaga-peniaga Pekan Rabu yang meniaga barang-barang kering sahaja. Ini bermakna, gerai-gerai ikan Pekasam bukan berada dalam bangunan Ukir Mall.

Bersebelahan dengan Ukir Mall, iaitu seberang jalan terdapat medan selera yang mana bersebelahan dengan medan selera ini terletak lot-lot gerai. Di sinilah Ikan Pekasam dijual.


Tempat letak kenderaan di Ukir Mall amat terhad. Sekiranya anda perlu mengambil masa yang lama, bolehlah meletakkan kenderaan di ruang parking lot terbuka yang terdapat berhadapan dengan Ukir Mall. Selain itu, terdapat juga  kawasan tanah lapang yang terletak di belakang Ukir Mall. Laluan masuk ke tanah lapang ini adalah dengan menggunakan jalan utama bersebelahan dengan gerai Ikan Pekasam.

Pesanan achik, janganlah meletakkan kenderaan anda bersepah-sepah yang akan menyusahkan pengunjung yang lain.



Tara....ikan pekasam uolssss...

Harga..??

Ikan sepat = 500gram = RM13
Talapia = 500gram = RM7
Lompang = 500gram = RM7

tu jer harga yang sempat achik tanya..hehehhe



So, siapa yang berhajat untuk ke Kedah, jangan terperanjat bila tengok bangunan Pekan Rabu yang lama telah dirobohkan. Pekan Rabu masih beroperasi seperti biasa namun lokasi sementara adalah di Ukir Mall..ingatttt... UKIR MALL...

Jom ke Kedah dengan menaiki Keretapi Laju....

Thursday, July 23, 2015

Kisah sedih Cafee mania @ Ikon Connaught


Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya semua...achik minta maaf sangat sebab dekat seminggu tak post apa2 update...sakan nak berhari raya kan..

Sebelum terlambat, achik nak share sikit story pasal Cafeemania yang terletak di Ikon Connaught, Cheras.

Untuk pengetahuan korang, Cafeemania ni dah setahun bertapak di Ikon Connaught. Dah banyak kalo achik ke Ikon untuk makan Boat Noodle. Setiap kali naik escalator kecik untuk ke atas, mesti akan lalu sebelah Cafeemania ni. Dari luar memang nampak kecil. Tapi sebenarnya Cafeemania turut menyediakan ruang makan di luar premis.

Minggu lepas Achik sempat berkunjung ke Cafeemania ni. Itu pun selepas kawan achik ajak try pasta dekat sini. Dia kata spageti di Cafeemania sedap giler. Owner Cafeemania ni dia punya kawan.

So, sampailah achik ke Cafeemania.

Oreo blended untuk kawan Achik

Chocolate blended untuk Achik

Meatball Tomyam Spagheti



Chicken Tomyam Spagheti

Masa makan tu, owner Cafeemania turut join kitorang makan. Nama owner Melati. So sepanjang makan tu Melati banyak cerita pasal Cafeemania. Yang paling memeranjatkan, Melati akan shut down bisnes Cafeemania bermula bulan depan. Bermakna 31 Julai 2015 adalah tarikh akhir untuk korang try pasta dekat sini. Memang sedap. Tak tipu. 

Sayang sangat lokasi yang dipilih Melati agak kurang strategik. Mungkin nama Cafeemania masih belum dikenali oleh kita semua.

Beginilah nasih perniagaan yang dikendalikan oleh Bumiputera. Memang berisiko tinggi untuk naikkan jenama sendiri yang tak pernah didengari oleh kita. Tapi Melati berani mengambil risiko untuk buka Cafeemania yang hanya mampu bertahan selama setahun lebih sahaja.

Kos renovation Cafeemania memang sangat tinggi. Decoration nya cantik. achik tak sempat nak snap picture interior Cafeemania.

Melati ada beritahu achik yang dia nak lelong semua barang-barang dalam Cafeemania. Jadi sekiranya ada yang berminat boleh berkunjung ke Cafeemania sebelum 31 Julai 2015. Sambil-sambil try pasta di situ  boleh lah usha apa-apa barang yang nak dilelong oleh Melati.

Sekian..

Wednesday, July 22, 2015

Insurans Bijak Dutch Lady



Buat ibu-ibu diluar sana, Dutch Lady menawarkan Insurans Bijak Dutch Lady...

Program insurans khas untuk kanak-kanak dari umur 1 ke 10 tahun untuk memastikan dana pendidikan serta sekuriti kewangan sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku kepada ibu bapa atau penjaga...

Rujuk gambar di atas untuk jenis perlindungan yang ditawarkan..

Cara untuk menebus sangat mudah...ibu-ibu perlu daftar sebagai ahli Dutch Lady Moms Club untuk mendapatkn ganjaran dan kelebihan..

kemudian kumpulkan kod bar pek Dutch Lady Nutri Plan dgn 5x DHA untuk ditukarkan kepada Mata Ganjaran yang mencukupi...

Langkah yang terakhir para ibu hanya perlu melengkapkn borang dan hantar borang tersebut bersama bar kod ke Dutch Lady

Nak tahu macam mana nak dapatkan mata ganjaran..rujuk gambar di atas...

Untuk menebus mata ganjaran perlu ikut tempoh yang telah ditetapkan...bagi bulan Jun akan tamat pada 30 Jun...

Bagi ibu-ibu yang menggunakan produk Dutch Lady utk anak anda, jgn lepaskan peluang ini..

Selamat maju jaya..