Wednesday, April 10, 2019

Buka Puasa 2019 | Jalan-Jalan Ramadhan Buffet di Restoran Halia SDCC atau “Ramadhan Dinner Indulgence” di China Treasures SDCC


Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Meriah dengan pelancaran Bufet Ramadhan 2019 di sana sini. Sime Darby Convention Centre (SDCC) juga tidak kurang hebatnya untuk tahun ini. Seperti tahun-tahun yang lalu, SDCC masih lagi mengekalkan “Ramadhan Indulgence Dinner” di Restoran China Treasures SDCC manakala Bufet Ramadhan 2019 di Restoran Halia pula berkonsepkan “Jalan-Jalan Ramadhan Buffet”.

Pada setiap tahun, dua restoran utama di SDCC iaitu Halia dan China Treasures tidak pernah mengecewakan pengunjungnya sepanjang bulan Ramadhan. Jom kita tengok apa yang menarik ditawarkan di Restoran Halia sepanjang bulan ramadhan nanti...

“Jalan-Jalan Ramadhan Buffet” di Restoran Halia

Untuk tahun ini, Bufet Ramadhan di Restoran Halia SDCC diketuai oleh Chef Mohd Nordin bin Abdullah. Sudah pasti, Chef Mohd Nordin menjanjikan pelbagai hidangan hidangan yang sudah pasti memuaskan selera masyarakat Melayu yang terdiri daripada Udang Sambal Tumis Petai, Bubur Lambuk Berherba, Roasted Whole Lamb dan Kacang Pool Special.




Konsep gerai yang telah diamalkan sejak beberapa tahun yang lalu sememangnya berjaya menarik minat para pengunjung untuk berbuka puasa di sini. Sebanyak 30 gerai yang menawarkan pelbagai jenis makanan..Ada di antara gerai tersebut menawarkan hidangan panas yang dimasak secara live di situ. Antara hidangan yang ditawarkan termasuklah Sup Berempah, Laksam Kelantan, Masakan Kawah, Lidah Bakar, Tempayan Roasted Chicken, Teppanyaki Assorted Sushi dan Shashimi, Sizzler, Hot Plate dan pelbagai jenis cucur.

Di sudut bakar-bakar pula sudah tentu menyajikan hidangan seperti Roasted Crispy Duck dengan pilihan sos plum, kerang dan ikan bakar.



Sungguh pun Bufet Ramadhan 2019 di Restoran Halia menekan hidangan tradisi melayu, pihak SDCC tidak pernah melupakan mereka yang menggemari hidangan antarabangsa. Di stesen Pasta Italian menawarkan pelbagai jenis pasta termasuklah Spaghetti Carbonara / Tomato Concasse Sauce, Penne mahu pun Fettuccini yang boleh dimakan dengan sos Bolognese.

Di sudut minuman pula, apa yang menarik adalah air zam-zam yang turut disediakan buat para tetamu untuk membasah tekak ketika berbuka puasa. Selain itu, turut disediakan adalah Teh Tarik, Nescafe Tarik, Sirap Selasih, Guava Asam Boi, Cincau, Air Jagung, Air Tebu, Ice Blended Chocolate dan mocha.

Bercakap tentang pencuci mulut pula, Restoran Halia tidak pernah mengecewakan para tetamunya...Pelbagai jenis pencuci mulut yang terdiri daripada kuih-muih tradisi melayu yang sedap, tapai pulut, wajik, dodol, ABC, pancakes, aiskrim, Orio Churros dengan Sos Caramel dan Green Tea Caramel…Sumpah sedap la dessert dekat sini..!!!!





Untuk korang yang datang berbuka pada hari Jumaat dan Sabtu, Restoran Halia akan menyajikan hidangan istimewa seperti Siput Sedut, Otak-otak Sotong Sumbat, Baked Saffron Lamb dengan Saffron Rice, Green Tea Caramel dan Chili Crab Chinese style cooking. Perghhhh…kena cepat-cepat buat tempahan meja untuk hari Sabtu ni. Mesti laku keras.


Harga Biasa : RM99 ++  
Masa           : 6.30 pm - 10.30 pm
Tempoh       : 6 Mei 2019 – 2 Jun 2019

* kanak-kanak (usia 5 - 12 tahun) & warga emas (usia 60 tahun ke atas) nikmati diskaun 25%
** kanak-kanak usia bawah 5 tahun makan percuma


Ramadhan Indulgence Dinner 


Kalau korang teringin berbuka puasa dengan masakan Chinese, maka Ramadhan Indulgence Dinner di China Treasures adalah pilihan yang tepat.


Sama seperti tahun-tahun lalu, makanan di China Treasures semuanya panas-panas. Ianya tidak dihidangkan secara Bufet. Jadi para tetamu yang hadir perlu buat tempahan makanan on the spot. Ramadhan Indulgence Dinner di China Treasures menawarkan lebih 60 hidangan ‘ala minute’ yang boleh ditempah termasuklah 79 pilihan dim sum yang menarik.



Menu ‘ala minute’ yang ditawarkan merupakan menu top yang disarankan oleh Chef di China Treasures yang terdiri daripada Deep Fried Shimeiji Mushroom with Salted Egg Yolk dan serbuk cili, Steamed Grass Carp with Minced Chili Soya Sauce, Deep Fried Tiger Prawns with Creamy Butter Sauce, Deep Fried Chicken with “Kung Pao” Sauce dan Roasted Duck In “Pi Pa” style. Banyak lagi menu yang menarik menanti para pengunjung sepanjang bulan Ramadhan nanti.



Selain itu, sebanyak 79 jenis dim sum ditawarkan termasuklah Steamed Chicken and Shrimp Dumplings with Mushroom, Deep-Fried Shrimp Patties with Sliced Almond, Stir-Fried Radish Cake & Beansprouts with Chili Sauce, Deep-Fried Prawn & Salted Egg Yolk Roll, Steamed Buttered & Salted Egg Yolk Bamboo Charcoal Buns.

Harga Biasa : RM99 ++
Masa           : 6.30 pm - 10.30 pm
Tempoh       : 01 Mei 2019 - 30 Jun 2019

* kanak-kanak (usia 6 - 12 tahun) & warga emas (usia 60 tahun ke atas) nikmati diskaun 25%
** kanak-kanak usia bawah 6 tahun makan percuma



Promosi Early Bird


Untuk Tempahan

Halia
Tel. : 03-2089 3799 
Emel : halia.sdcc@simedarbyproperty.com

China Treasures
Tel. : 03-2089 3788
Emel : chinatreasures.sdcc@simedarbyproperty.com

Banquet Enquiry
Tel. : 03-2089 3688
Emel. : enquiries.sdcc@simedarbyproperty.com


~ Achik ~


2 comments: