Thursday, February 14, 2019

Ketahui Perancangan PPZ-MAIWP Bagi Tahun 2019


 Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Baru-baru ini Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah mengumumkan prestasi kutipan zakat bagi tahun 2018. Sesi sidang media yang telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), YBhg. Dato’ Seri Dr. Mujahid bertempat di Hotel Everly Putrajaya telah menyaksikan peningkatan yang memberangsangkan ke atas prestasi kutipan zakat untuk tahun 2018. 

Dengan berlakunya peningkatan ke atas jumlah kutipan zakat tersebut, Achik pasti ramai di luar sana yang ingin tahu bagaimana proses agihannya dilaksanakan kepada mereka yang memerlukan. Pertama sekali korang kena fahamkan fungsi dan perbezaan antara PPZ-MAIWP dan Baitulmal-MAIWP. Untuk pengetahuan korang, PPZ-MAIWP merupakan institusi zakat yang menguruskan bahagian kutipan, manakala Baitulmal-MAIWP dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menguruskan agihan sama ada agihan langsung dan tidak langsung di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja. So, korang dah lebih jelas kan tentang perbezaan fungsi 2 organisasi ini?


Jadi, dari segi agihan pula bagaimana ianya dilaksanakan kepada golongan asnaf? FYI, Baitulmal-MAIWP dan MAIWP membuat agihan zakat kepada golongan asnaf melalui 28 skim bantuan yang merangkumi keperluan asasi, perumahan, pendidikan, perniagaan, kebajikan dan dakwah. Proses agihan bantuan ini dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun. Sebagai contoh, apabila MAIWP mengenal pasti satu keluarga yang tergolong dalam kategori asnaf miskin, keluarga ini akan menerima bantuan berikut:
i)             Bantuan kewangan bulanan
ii)           Bantuan sewa rumah sekiranya tidak mampu membayar sewa rumah
iii)          Bantuan pelajaran kepada anak-anak
iv)          Bantuan perubatan sekiranya ada masalah kesihatan
v)           Bantuan perniagaan sekiranya mereka ada membuat perniagaan kecil-kecilan

Walau pun proses agihan bantuan zakat ini dibuat sepanjang tahun, tetapi golongan asnaf ini digalakkan untuk berusaha dan menjana pendapatan sendiri supaya tidak bergantung kepada bantuan zakat sepenuhnya sepanjang hidup mereka. Sebab itulah MAIWP menawarkan bantuan seperti bantuan perniagaan bagi membantu golongan asnaf ini menjana pendapatan mereka. So sedikit sebanyak kutipan zakat boleh diagihkan kepada golongan asnaf yang lain yang lebih memerlukan.

Macam mana pula nak mohon bantuan zakat ini? Achik pasti mungkin ramai lagi di luar sana yang tidak jelas dan memohon bantuan zakat di saluran yang tidak tepat. Maka, timbul pula isu-isu bantuan zakat tidak diterima disebabkan kesilapan dalam proses permohonan. Untuk mereka yang berada di sekitar Wilayah Persekutuan, bantuan zakat ini boleh dipohon di mana-mana Pusat Agihan Zakat (PAZA) iaitu 9 lokasi di Kuala Lumpur dan 1 di Labuan. Klik link ini untuk dapatkan info lanjut https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/hubungi-kami/lokasi-kami atau hubungi talian hotline 012-518 3614 / 012-512 7614, atau talian bebas tol 1800 88 5222 dan like FB mereka di https://www.facebook.com/BaitulmalMAIWP

MAIWP juga turut mengagihkan bantuan zakat secara tidak langsung termasuklah untuk penubuhan prasarana dan juga pendidikan. Sehingga kini, MAIWP telah membuka beberapa institusi pembelanjaran bermula dari usia muda sehinggalah pengajian tinggi. Berikut adalah senarai institusi pendidikan di bawah MAIWP. 

1.     Sekolah Menengah Agama MAIWP Kuala Lumpur di Bandar Sri Permaisuri.
2.     SMA- MAIWP Labuan
3.     Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) di Bandar Tun Razak.
4.     Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) di Kampung Pandan
5.     Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur di Kampung Pandan
6.     Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS di Taman Batu Muda
7.     Darul Ilmi di Sungai Penchala
8.     Pondok moden Al-A'Baqirah yang kini beroperasi di Taman Koperasi Polis Fasa 2 Gombak
9.     Ma'alim al - Sunan Li dirasati al-Sunnah al- Nabawiyyah 

Institusi Perlindungan dan Kebajikan pula 

1.      Darul Kifayah di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Gombak untuk anak-anak yatim
2.      Dar Assaadah di Kampung Batu, Jalan Ipoh untuk pemulihan wanita yang terjebak dalam gejala sosial.
3.      Darul Hidayah - perlindungan untuk muallaf

Jom tengok prestasi kutipan zakat untuk tahun 2018:


Bil
Perkara
2018 (RM)
2017 (RM)
%
Kenaikan 2018/2017
1
Kutipan Zakat
651,228,032.94
615,199,108.06
+ 6%
Bil
Perkara
2018
(Jumlah orang)
2017
(Jumlah orang)
%
Kenaikan 2018/2017
1
Pembayar Zakat
180,958
169,372
+ 7%






Dengan peningkatan prestasi kutipan zakat bagi tahun 2018, sudah pasti berlaku peningkatan untuk target kutipan zakat PPZ-MAIWP bagi tahun 2019 iaitu dengan sasaran RM710 juta yang melibatkan seramai 190 ribu orang pembayar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Yang pasti, setiap peningkatan dalam target tahunan hendaklah seiring dengan perancangan tahunan bagi tahun 2019. PPZ-MAIWP telah menrencanakan pelbagai aktiviti, program, kempen bagi meningkatkan kesedaran untuk membayar zakat di kalangan umat Islam khususnya.

Berikut adalah perancangan PPZ-MAIWP bagi tahun 2019
·      Mengadakan program–program untuk mendapatkan pembayar baru zakat.
·      Kempen Penambahan Potongan Gaji.
·      Kempen VVIP dan VIP di sektor awam dan swasta.
·      Program khas untuk syarikat GLC dan GLIC bagi zakat perniagaan.
·      Projek khas bagi mengekalkan pembayar sedia ada.
·      Pembangunan sistem baru untuk menyokong kutipan zakat.
·      Kempen syarikat-syarikat SME untuk membayar zakat perniagaan.
·      Pelantikan ejen kutipan zakat baru di universiti.
·      Penjenamaan semula Kaunter Zakat menjadi Pusat Perkhidmatan Zakat.
·      Kajian-kajian syariah untuk memperkemaskan fatwa-fatwa berkenaan zakat.
·      Pembangunan modal insan yang berterusan bagi memberi teknik-teknik terkini berkenaan pemasaran berkesan.
·      Meningkatkan prospek dan sahabat zakat untuk menjadi pembayar zakat.
·      Kempen Skim Thohir di sektor awam.
·      Kolaborasi bersama pihak luar.
·      Menambahbaik saluran bayaran zakat.
·      Mempromosikan pengembalian semula wang zakat untuk diagihkan sendiri oleh pembayar zakat (Wakalah).
·      Mempromosikan larangan mengutip zakat oleh ejen yang tidak bertauliah di Wilayah Persekutuan.
·      Merealisasikan kewujudan Akta Zakat Wilayah Persekutuan.
·      Program–program bersama pembayar besar di Wilayah Persekutuan.
·      Menjalankan promosi Tabung Didik Zakat.

Dengan penerangan secara panjang lebar ini, Achik harap korang yang membaca dah dapat gambaran yang jelas berkaitan dengan proses agihan bantuan zakat kepada golongan asnaf. Semoga dengan kempen-kempen kutipan zakat yang dilaksanakan oleh PPZ-MAIWP ini dapat meningkatkan lagi jumlah kutipan zakat agar lebih ramai golongan asnaf di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dapat dibantu.

~ Achik Huda ~

1 comment: