Sunday, November 29, 2015

Sidang Media TRIKSTARS - Masters Of Trickery Media

Assalamualaikum & salam sejahtera...
Satu sidang media bagi memperkenalkan TRIKSTARS - Masters Of Trickery telah pun diadakan pada 27 November 2015 bertempat di Sunway Lagoon.
TRIKSTARS merupakan pertunjukan silap mata bertaraf duni yang menggabungkan elemen ilusi, komedi dan muzik yang diilhamkan oleh Dion and Randall International. Dion dan Randall International telah memenangi pelbagai anugerah dan lebih dikenali sebagai "The Emperors of Pure Entertainment" yang merupakan Produser, Pencipta Artistik, Pereka dan Pembekal yang bertaraf antarabangsa di Australia dan seluruh pelusuk dunia. Dion dan Randall Productions telah diterajui oleh pasangan Adam dan Nina yang telah menceburi bidang ini sejak 35 tahun yang lalu. 

(Tengah): Mr Sean Choo, General Manager of Sunway Lagoon bersama Adam Dion Bahoudian dan Nina Randall Bahoudian, Produser dan Pengarah TRIKSTARS dari Dion & Randall International

“As Asia’s one-stop fun destination, we are truly proud to be hosting these many great magicians on one stage, making Malaysia so magical this year end. As such, in line with Cuti-Cuti Malaysia, we want to make a point that the locals can enjoy so many great things here without having to travel far. We believe TRIKSTARS is a wonderful way to cap an exciting year for us at Sunway Lagoon, as we look forward to bigger and better things to come in 2016. To further make this a magical experience, we are encouraging Malaysians to nominate their loved ones or preferred charity organization to win a free show on us through our With Love, Sunway Lagoon campaign,” Sean Choo, General Manager of Sunway Lagoon.

TRIKSTARS akan memulakan persembahannya pada 05 Disember 2015 hingga 20 Disember 2015 bertempat di Amphitheatre Sunway Lagoon Malaysia. Persembahan silap mata bertaraf dunia ini akan melibatkan persembahan berprestij daripada 6 orang ahli silap mata bertaraf dunia dari Las Vegas dan Eropah. Mereka yang dimaksudkan adalah The Wizardry of Phelston Jone, yang merupakan seorang ahli silap mata yang hebat dan pasti akan menawan hati penonton dengan pertunjukan silap mata "playful picks" yang mempunyai elemen ilusi dan komedi.

The Wizardry of Phelston Jone

Sylvester The Jester, seorang ahli silap mata Amerika juga mempunyai kehebatan tersendiri iaitu terkenal dengan peranan watak kartun dalam silap mata yang dipersembahkan. 
Sylvester The Jester

Penonton juga bakal dihiburkan dengan persembahan daripada World Champions of Magic yang memperkenalkan satu era baru dalam persembahan silap mata yang menggabungkan elemen penceritaan, visual dan magis. Rudy Coby dengan gelaran "Coolest Magician on Planet Earth" iaitu seorang yang sangat lucu dan Sebastian & Kristina yang telah memenangi pelbagai anugerah penari pasti akan membuat para penonton terhibur dengan persembahan yang real dan menakjubkan. Tidak lupa juga turut diselitkan antara persembahan magis tersebut adalah persembahan nyanyian oleh J'aime Holland, penyanyi Jazz yang berasal dari Australia yang sudah pasti mempunyai lontaran suara yang memukaukan.

Sebastian of Sebastian & Kristina performing a teaser of their show

Dazzling the crowd: Sebastian & Kristina left the audience in awe with their magical transformations

Juga yang akan mencuri tumpuan para penonton dalam TRIKSTARS adalah Nightmares yang mempunyai keunikan dalam setiap persembahannya kerana menggabungkan penceritaan, visual yang mantap dan elemen magic dalam setiap persembahan mereka.

Nightmares turut membuat persembahan ketika Sidang Media tersebut untuk memberi gambaran berkaitan persembahan mereka nanti.

(Third from left): Mr Sean Choo, General Manager of Sunway Lagoon with (fourth and fifth from left): Adam Dion Bahoudian and Nina Randall Bahoudian, Producers and Directors of TRIKSTARS from Dion & Randall International, alongside some of the TRIKSTARS cast, (far left) multi award winning dancers Sebastian & Kristina and (far right) World Champions of Magic, Nightmares.

King Charles Troupe, sekumpulan orang muda yang bermain permainan yang luar biasa "Razzle Dazzle".

Achik dengan Adam dan Nina

Mereka juga akan muncul semasa TRIKSTARS nanti. Nak tahu apa persembahan yang bakal dibuat? Kenalah dapatkan tiket TRIKSTARS sekarang juga.

Nightmares. Mereka sangat awesome !

Achik bersama Kristina & Sebastian

Persembahan selama 2 jam  dengan 14 pertunjukan yang akan bermula dari 05 Disember 2015 sehingga 20 December 2015 bermula jam 8.00pm. 

Harga tiket untuk  TRIKSTARS : 
RM70 untuk kanak-kanak 
RM94 untuk dewasa.

Tiket boleh dibeli di ticketcharge.com.my

Nak tiket PERCUMA ???

TRIKSTARS, Sunway Lagoon turut menganjurkan peraduan yang mana perserta boleh memenangi tiket TRIKSTARS dengan cara kongsikan poster “With Love, Sunway  Lagoon”dan juga ceritakan tentang "your love one" tidak lebih dalam 100 patah perkataan. Dan jangan lupa tag “Sunway Lagoon, Malaysia” bersama hashtag #SLWITHLOVE. Peraduan ini akan berlangsung dari 30 November 2015 hingga 14 Disember 2015 setiap hari bermula 11.00am hingga 4.00pm. Pemenang harian akan diumumkan keesokkan harinya. Jangan lepaskan peluang..!!! 

TRIKSTARS  turut ditaja oleh Coca Cola, Nestle, Milo and 100 Plus. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Sunway Lagoon di talian +603-5639 0000 ataupun layari Sunway Lagoon’s websitewww.sunwaylagoon.com ataupun Facebook page  www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia

#TRIKSTARSMY

~ Achik ~

No comments:

Post a Comment