Friday, November 06, 2015

Promosi Early Bird Tahun Baru Cina di China Treasures, Sime Darby Convention Centre


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kita sudah pun berada dalam suku tahun keempat Tahun 2015, bermakna tak lama lagi Tahun 2015 akan melabuhkan tirainya. Selepas sambutan Tahun Baru 2016, sudah pasti masyarakat berbangsa Cina tak sabar menunggu ketibaan Chinese New Year untuk dirai bersama keluarga tercinta.

Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang akan datang, Restoran China Treasures di Pusat Konvensyen Sime Darby ( SDCC ) akan menyambut ketibaan Tahun Monyet Api dengan set menu perayaan dari 01 November 2015 hingga 31 Disember 2015.

SDCC telah mengadakan sesi Food review pada 05 November 2015 bagi memperkenalkan set menu yang akan dihidangkan semasa tempoh promosi dan juga pada tempoh Sambutan Tahun Baru Cina 2016 nanti.
Hiasan meja dengan ais batu berbentuk Monyet Api

Apa yang menarik dengan promosi "early bird" ini adalah bermula bulan November 2015, baucar "early bird" dapat dibeli dengan harga RM588net untuk meja enam orang dan RM798net untuk meja sepuluh orang. 

Manakala, baucar "early bird" ini akan dijual pada harga berlainan apabila tiba bulan Disember 2015. Harga yang ditawarkan pada bulan Disember 2015 adalah RM688net untuk meja enam orang dan RM898net untuk meja sepuluh orang.

Walau terdapat kenaikan harga pada bulan Disember 2015, harga yang ditawarkan tetap pada harga promosi jika dibandingkan dengan harga asal iaitu sebuah meja adalah RM1,118net tanpa mengira meja enam orang mahu pun meja sepuluh orang.

Baucar ini sah dari 01 Januari 2016 hingga 29 Februari 2016. !

Semasa sesi food review tersebut, SDCC telah menjamu para tetamu, media dan juga blogger hadir dengan set menu promosi yang boleh dinikmati sepanjang tempoh 01 Januari 2016 hingga 29 Februari 2016 menggunakan baucar "early bird" yang dibeli. Berikut adalah menu-menu promosi yang dimaksudkan:

Golden Sea Whelk "Yee Sang"

left: Roasted Crispy Chicken Infused with Five Spices & Garlic
right : Double Boiled Chicken Soup with Dried Scallop & Mushroom

top : Steamed River High Fin Patin Fish with Ginger & Chili Sauce
bottom : Pan-Fried Tiger Prawns with Special Honey Marmite Sauce

top : Claypot Rice with Diced Chicken & Yam
bottom : Braised Stuffed Beancurd Roll & Black Mushroom with Seasonal Vegetable

top : Sweetened Kiwi with Sago
bottom : Deep Fried-Chinese New Year Dumpling

Walau ianya merupakan set menu promosi, tetapi rasanya lazat dan berbaloi dengan harga promosi yang ditawarkan.

Selain dari set menu yang dinyatakan di atas, SDCC turut menawarkan set menu untuk makan malam istimewa yang hanya boleh didapati pada malam sebelum dan hari pertama Tahun Baru Cina yang dijangka akan dirai oleh semua penganut Buddha pada 07 Februari 2016 & 08 Februari 2016.  Harga yang ditawarkan adalah RM2,080net untuk meja sepuluh orang berbanding harga asal RM3,088 net satu meja.

Set menu ini juga termasuk satu baucar percuma bernilai RM100.00 untuk digunakan pada kunjungan akan datang, teh kekwa "free flow", snek dan hadiah istimewa. Setiap set menu ini merupakan hidangan yang dipercayai mendatangkan kebahagiaan, panjang umur, kemakmuran, tuah, kejayaan dan cinta iaitu ciri-ciri yang biasanya dikaitkan dengan tanda Monyet.

Berikut adalah set menu untuk makan malam istimewa:

Abundance & Prosperity Throughout the Year
(Fresh Salmon Fish & Refreshing Chinese Pear "Yee Sang")

Usher The Fire Monkey Jump Over The Great Wall
(Double Boiled Nutritious Ginseng Soup with Dried Sea Treasures)

Top : 
Embracing The Beauty of The Golden Phoenix 
(Roasted Free Range Chicken "Yin Yang" Style)

Bottom:
Enjoying Wholeness & Surplus of Wealth
(Steamed Live Tiger Grouper in Soy Sauce & Drizzled in Truffle Oil)

Precious Treasures of Neptune In Your Home
(Braised Whole Abalone "5 head" & Sea Cucumber with Black Mushroom in Oyster Sauce)

Monkey King Triumph Against The Sea Dragon
(China Treasures Lobster Deluxe Combination Platter)

God of Longevity Sitting By Your Side
(Longevity Strands of Noodle with Seafood Treasures)

May Sweetness Flows In Your Daily Life
(Sweetened Refreshing Kiwi Fruit With Sago)

Monkeying Around With Bananas
(Chinese New Year Banana Pancake & Golden Glutinous Nuggets)

Picture credit to Kolin

Chek Lim Wai Keong merupakan Chef yang bertanggungjawab menyediakan hidangan makanan untuk sesi Food Review tersebut dan beliau juga akan terlibat dalam penyediakan makanan sepanjang bagi set makanan sempena sambutan Tahun Baru Cina nanti. Chef Chek telah mempunyai 20 tahun pengalaman dalam bidang Chinese & Local Seafood Cuisine.

Buat peminat 'Yee Sang', anda boleh menikmati pakej "Yee Sang" yang popular yang boleh dinikmati di restoran mahu pun di bawa pulang dengan harga serendah RM98nett. Penghantaran "Yee Sang" juga disediakan bermula dari harga RM108nett.

Bagi yang berminat untuk dapatkan baucar "early bird" dan ingin membuat tempahan, bolehlah hubungi Restoran China Treasures di nombor telefon 03-2089 3788 atau pun hantarkan emel kepada chinatreasures.sdcc@simedarby.com atau sebarang pertanyaan sila hubungi 03-2089 3688 atau emel pertanyaan anda ke enquiries.sdcc@simedarby.com


Jom raikan Sambutan Tahun Baru Cina anda bersama keluarga tercinta di Restoran China Treasures, Sime Darby Convention Centre.

Semoga Tahun Baru Cina 2016 memberi makna buat anda yang meraikannya.

~ Achik ~

No comments:

Post a Comment