Wednesday, January 13, 2016

BountiFU Spring Celebration with Po the Panda di Sunway Pyramid

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bersempena dengan Tahun Baru Cina pada bulan Februari ini, Sunway Pyramid telah membawakan BountiFu Spring Celebration bersama dengan Po the Panda di Po Village Sunway Pyramid. Po merupakan watak panda yang popular dalam Filem Kungfu Panda yang mencari kampungnya untuk meraikan Tahun baru Lunar. Pihak Sunway Pyramid telah mendekorasikan ruang di LG2 Orange Concourse Sunway Pyramid dengan perkampungan Po seperti dalam Filem Kungfu Panda 3 yang akan ditayangkan di semua pawagam di seluruh Malaysia pada 10 Mac 2016 ini yang mengisahkan Po dapat bersatu semula dengan keluarganya di Panda Village.


Sama seperti filem, Bountiful Spring Lunar Tahun Baru di Pusat Membeli Belah tersebut sama seperti dengan perkampungan Panda yang terletak di tengah-tengah gunung, di mana sebuah kuil Cina terletak, dikelilingi oleh pokok-pokok bunga sakura.


Sejak dua minggu lepas, Po telah pun berada di Kuala Lumpur City Centre, Petaling Jaya, Subang Jaya dan Shah Alam sejak minggu terakhir bulan Disember 2015. Po sempat singgah di KL Tower, Zoo Negara, KL Bird Park, SS2 night market dan Kota Kemuning Park.

Po di Putrajaya

Po di KL Tower

Po di Zoo Negara

Pada 12 Januari 2016, Po, panda yang besar ini telah meluangkan masa pada hujung minggu untuk beramah mesra di Sunway Pyramid. Parti untuk meraikan Po ini telah dimeriahkan dengan 38 orang kanak-kanak yang berpakaian costume panda menari dan membuat aksi-aksi seperti Po dalam filem Kungfu Panda.


38 orang kanak-kanak yang mengambil bahagian.

Acara pada hari tersebut turut dimeriahkan dengan sesi "lou sang dengan tetamu jemputan. Aktiviti-aktiviti lain termasuklah dough-doll making, fortune telling, calligraphy, cabut bertuah dan dah tentu ada lion dance.





Pemenang cabutan bertuah. Picture credit to Sumway Pyramid

Sepanjang BountiFu Spring Celebration berlangsung di Sunway Pyramid, pihak Sunway Pyramid turut menyediakan photo booth untuk pada pengunjung bagi merakamkan gambar dengan Po sekeluarga dan gambar tersebut dicetak serta untuk sebagai cenderamata. Bagi mereka yang menggemarkan makanan tradisi cina seperti Beard Candy dan Ting-Ting Candy, ianya turut dijual di Panda Village Sunway Pyramid.


Mr. Loo Hoey Theen, Senior Manager of Marketing di Sunway Pyramid dalam ucapannya berkata Sunway Pyramid merupakan tempat yang terkenal dan sedia maklum di kalangan pengunjung sebagai tempat untuk dikunjungi bagi memenuhi keperluan perayaan, tempat keluarga berkumpul serta tempat untuk habiskan masa kualiti bersama keluarga tercinta. Membeli belah pada musim perayaan sememangnya suasana lebih sibuk dan sesak dengan para pengunjung yang ramai. Ada yang datang untuk membuat survey, dan ada yang membeli secara pukal. Walau bagaimanapun, Mr. Loo Hoey Theen menasihatkan agar pengunjung Sunway Pyramid membeli belah dan membuat persiapan dengan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan / kesulitan semasa membeli belah pada saat-saat akhir.

Picture credit to Sumway Pyramid

Dengan kemudahaan lebih 900 kedai yang ada, Sunway Pyramid merupakan tempat pilihan terbaik untuk membuat persiapan bagi perayaan dan untuk makan. Tahun 2016 merupakan tahun Fire Monkey dan Sunway Pyramid akan menghadiahkan anak patung monyet yang comel seperti dalam gambar di atas untuk pengunjung yang berbelanja lebih daripada RM1,000 yang mana amaunnya boleh dikumpul maksimum 3 resit. Walau bagaimanapun, pemegang kad HSBC layak untuk menuntut hadiah patung monyet tersebut hanya dengan berbelanja sebanyak RM800. Tawaran ini hanya sah bermula dari 08 Januari 2016 hingga 21 Januari 2016 sahaja.

Manakala bermula dari 22 Januari 2016 hingga 09 Februari 2016, mereka yang berbelanja seperti amaun yang dinyatakan di atas akan menerima mini Panda Blankie untuk dibawa pulang. Walau bagaimana pun, sepanjang tempoh 08 Januari 2016 hingga 09 Februari 2016, mereka yang berbelanja lebih RM250 ( RM150 untuk pemegang kad HSBC ) akan dapat JoyFU peket angpow untuk digunakan semasa Sambutan Tahun Baru Cina nanti.

Picture credit to Sumway Pyramid

Pelbagai acara akan diadakan sepanjang tempoh BountiFu Spring Celebration ini. Boleh lah rujuk gambar di bawah untuk ketahui bila Po akan muncul lagi di Sunway Pyramid.

Picture credit to Sumway Pyramid

Muka happy Achik dapat peluk Po...hehehe

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Panda Village di Sunway Pyramid sepanjang tempoh BountiFu Spring Celebration ini. Tak rugi ...terasa seperti anda berada di perkampungan cina dalam Filem Kungfu Panda.

Untuk maklumat lanjut bolehlah layari www.sunwaypyramid.com atau FB , www.facebook.com/sunwaypyramid


~ Achik  ~

Thursday, January 07, 2016

Titian Budaya mempersembahkan Singapore Film Festival pertama kali di Malaysia


Titian Budaya akan membawakan Singapore Film Festival di Kuala Lumpur buat pertama kalinya. Menyampaikan 10 filem dari era lewat 90-an hingga kini yang mana Festival Filem ini akan dimulakan dengan tayangan perdana 7 Letters ( tahun 2015 ) di Malaysia. 7 Letters merupakan filem pendek yang menampilkan hasil idea daripada tujuh ( 7 ) orang pembikin filem yang paling terkenal di Singapura. 

"7 Letters tells each director’s heartfelt ‘love letter’ to home; many of which capture Singaporeans’ personal and poignant connections with Malaysia through the lens and language of cinemas"


7 Letters mengetengahkan tujuh cerita berikut:

“Cinema” directed by Eric Khoo
Eric Khoo pays tribute to the Golden Age of Malay cinema in Singapore.

“That Girl” directed by Jack Neo
A heartwarming story about first loves set in a kampung.

“The Flame”directed by K.Rajagopal
A very personal story about Rajagopal’s parents’ life-changing decision to stay in Singapore following the British’s withdrawal from the newly independent country.

“Bunga Sayang” directed by Royston Tan
A profusion of nostalgia and a mini-musical extravaganza draped around a boy (Ray Tan Liang Yu) and his upstairs kueh-making makcik neighbour (J. Rosmini).

“Pineapple Town” directed by Tan Pin Pin
Ning (Lydia Look) is adamant on meeting the birth mother of her adopted daughter, a search that takes her to a small town in Malaysia.

“Parting” directed by Boo Junfeng
A film that delves into themes of history, memory and aging. Ismail (J.A. Halim) travels back to Singapore by train from Malaysia in search of lost love.

“Grandma Positioning System (GPS)” directed by Kelvin Tong
A heartwarming story on historical consciousness, family traditions and shared memories, it depicts the story of a young boy who travels with his family to Johor each year during Qing Ming to pay respects to his late grandfather.


Selain 7 Letters, saksikan lain-lain filem mercu tanda Singapore antaranya filem arahan Eric Khoo, 12 Storeys ( tahun 1997 ) yang memaparkan Jack Neo dalam kisah kehidupan domestik yang berlaku sepanjang 24 jam. Filem Ilo Ilo ( 2013 ) arahan Anthony Chen yang telah memenangi anugerah Cannes Camera d'Or & Golden Horse Best Picture yang berprestij.


Antara filem wajib tonton sepanjang Singapore Film Festival ini adalah Sayang Disayang ( 2014 ) arahan Sanif Olek. Sayang Disayang merupakan sebuah filem muzikal dalam Bahasa Melayu yang meraikan keindahan dan rahmat Nusantara yang turut dibintangi oleh pelakon veteran Malaysia, Dato' Rahim Razali.




Lain-lain filem termasuklah Bring Back The Dead ( tahun 2015 ) arahan pengarah Lee Thean-Jeen dan Miss J Contemplates Her Choice ( tahun 2015 ) arahan Jason Lai yang dibintangi oleh penyanyi Kit Chan. Manakala filem Banting ( tahun 2014 ) arahan Raihan Halim, Faeryville ( tahun 2015 ) oleh Tzang Merwyn Tong dan Innocents ( tahun 2012 ) diarahkan oleh Chen-Hsi Wong yang meneroka kisah belia, aspirasi dan coming-of-age dengan sentuhan estetik mereka.


Dokumentari daripada Lei Yuan Bin bertajuk 03-Flats ( tahun 2014 ) bakal membawa kita ke dalam kehidupan tiga orang ibu tunggal yang tinggal di kawasan perumahan awam di Singapore.

Sebagai penutup, jangan lupa untuk turut serta dalam sesi soal jawab dengan Royston Tan dan Sanif Olek untuk mendekati dengan lebih dalam pengarah filem Singapore yang terkenal ini. Sesi Forum Awam bertemakan "Cross-Causeway Cinema: Opportunities & Challenges" di mana Royston dan Sanif akan bekerjasama dengan rakan-rakan mereka dari Malaysia, Dain Said dan Liew Seng Tat dalam perbincangan yang meriah untuk berkongsi pengalaman dalam industri dan anecdotes mereka.

Singapore Film Festival merupakan program kemuncak Titian Budaya bagi meraikan 50 tahun hubungan persahabatan Malaysia dan Singapore dan akan bermula pada 14 Januari 2016 hingga 17 Januari 2016 bertempat di GSC Pavilion KL dan 1 Utama.

Maklumat berkaitan tiket:
+ Tiket berharga RM8.00
+ Tiket mula dijual pada 11 Januari 2016
+ Tiket boleh dibeli secara online di www.gsc.com.my atau di semua kaunter box office Golden Screen Cinema

Untuk maklumat lanjut berkaitan Singapore Film Festival serta untuk mendapatkan waktu dan lokasi tayangan bolehlah layari laman web rasmi www.titianbudayasg.com. Sebarang pertanyaan bolehlah emel kepada contact@titianbudayasg.com.

~ Achik ~

Wednesday, January 06, 2016

A Golden Abundance memeriahkan Tahun Baru anda dengan Menu Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Baru-baru ini, Kenny Rogers ROASTERS ( KRR ) telah melancarkan resepi popularnya sempena Tahun Baru Cina iaitu Golden Abundance Meal

  Christina Thong ( tengah ), Pengurus Pemasaran, Berjaya Roasters (M) Sdn. Bhd. bersama-sama dengan pasukan Kenny Rogers ROASTERS memperkenalkan Golden Abundance Meal.

Golden Abundance Meal terdiri daripada baked chicken marinated in special teriyaki sauce with herbs and spices, sebagai menu utama dan dihidangkan dengan menu sampingan yang lain iaitu Country-Style Chicken Soup, Aromatic Rice dan Kenny's Home-made Muffin.

Pilihan Menu dalam Golden Abundance Meal

Kembali atas permintaan ramai, kesedapan dan kemanisan  sos teriyaki yang terbaik digunakan untuk memerap ayam dan gabungan yang sempurna tersebut menghasilkan Kenny Rogers ROASTERS's rotisserie-roasted chicken yang terkenal. Ayam dalam Golden Abundance Meal tersebut dimasak dengan bahan-bahan yang sihat dan rasa sedap. Ianya dibungkus bersekali dengan ayam dan dibakar dengan sempurna membuatkan hidangan Golden Abundance lebih sihat dan kaya dengan rasa yang menakjubkan. 

Untuk Tahun 2016, Kenny Rogers ROASTERS menyediakan tiga ( 3 ) pilihan menu dalam Golden Abundance Meal iaitu:

+ T-Wrap Soup Meal
+ T-Wrap Chicken Meal
+ T-Wrap Lite Meal

Harga menu Golden Abundance Meal bermula daripada RM19.50



T-Wrap Soup Meal. Dihidangkan dengan baked chicken marinated in special teriyaki sauce with herbs & spices, Country-Style Chicken Soup, Aromatic Rice dan Kenny's Home-made Muffin




T-Wrap Chicken Meal. Dihidangkan dengan baked chicken marinated in special teriyaki sauce with herbs & spices, Colselaw, Aromatic Rice dan Kenny's Home-made Muffin


T-Wrap Lite Meal. Dihidangkan dengan baked chicken marinated in special teriyaki sauce with herbs & spices, Aromatic Rice dan Kenny's Home-made Muffin

" Tahun Baru ini telah membolehkan KRR menyemai kaedah memasak yang lebih dekat dengan rakyat Malaysia. Dengan misi kami untuk menggalakkan gaya hidup sihat, Golden Abundance Meal disediakan menggunakan ramuan yang sihat merangkumi bahan-bahan yang membekalkan sumber protein, serat, karbohidrat yang disyorkan untuk orang ramai. Kembalinya Golden Abundance Meal sekali lagi tahun ini adalah disebabkan oleh permintaan ramai dan ianya kembali dengan rasa yang lebih baik. Merupakan menu istimewa sempena Tahun Baru Cina, pelanggan KRR akan dapat menikmati pelbagai makanan enak di KRR " ~ kata Christina Thong, Pengurus Pemasaran Berjaya Roasters ( M ) Sdn Bhd.



KRR turut menawarkan hadiah percuma buat pelanggan KRR yang membeli mana-mana dua hidangan Golden Abundance Meal di KRR bermula daripada 11 Januari 2016 hingga Tahun Baru Cina iaitu i.Care Box ( bernilai RM9.90 ) *selagi stok masih ada.


*Harga adalah berbeza bagi KRR di Genting Highlands, KLIA 2, Little Red Cube dab Langkawi Jetty Point.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Kenny Rogers ROASTERS, bolehlah hubungi 03 - 2119 9888 atau layari laman web rasmi KRR di www.krr.com.my atau LIKE FB KRR di www.facebook.com/krrmalaysia .

~ Achik ~