Wednesday, December 16, 2015

Ceriakan Musim Perayaan dengan Jem Buah Beri Campuran Organik Alce Nero

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Wah...Alce Nero telah memperkenalkan rangkaian Jem Buah Beri Campuran yang baru. Sempena kedatangan musim perayaan tidak lama lagi, apa kata tambah kemanisan organik yang lebih sihat ke atas hidangan pencuci mulut, pastri dan kek dengan Jem Buah Beri Campuran Organik Alce Nero yang baru sahaja diperkenalkan.
Rangkaian Jem Buah Beri Campuran Organik dari Alce Nero

Peneraju jenama produk organik di Itali, Alce Nero menawarkan rangkaian pasta, sos pasta, madu serta jem yang menarik, khusus buat mereka yang peka terhadap aspek kesihatan, alam sekitar dan gemarkan makanan yang asli. 

Jem buah-buahan Alce Nero diperbuat daripada buah-buahan organik berkualiti tinggi; 270g buah-buahan menghasilkan 270g jem. Ia tidak mengandungi gula tambahan, pektin, bahan pengawet mahupun aditif demi memberikan rasa serta aroma buah-buahan yang semula jadi. Jem buah-buahan Alce Nero terdiri daripada perisa strawberi, plum, pic dan buah beri campuran yang baru diperkenalkan.
Perisa Strawberi
Perisa Plum


Apabila dimakan dengan roti, pastri dan diletakkan di dalam muffin atau kek, jem Alce Nero sememangnya boleh menjadi sarapan yang  sempurna. Ia juga sedap dimakan bersama ayam panggang, yogurt, aiskrim atau pilihan-pilihan lain untuk menikmati kemanisan semula jadi yang menyihatkan ini.
Jem Organik Alce Nero digunakan dalam kek

Juga boleh digunakan dalam Muffin

Jem buah beri campuran Alce Nero mengandungi gabungan strawberi, raspberi, beri hitam dan beri biru organik yang seimbang. Ia menggabungkan rasa manis dan masam yang merangsang tunas rasa anda, selain menambah rasa istimewa kepada apa jua snek atau hidangan.

Pada musim perayaan ini, hasilkan pencuci mulut yang sedap dengan resipi-resipi jem Alce Nero. Ia pasti dapat mengagumkan ahli keluarga, rakan-rakan dan tetamu dengan rasa, konsistensi dan aromanya yang segar. Tidak terkecuali, manfaat dari segi kesihatan kerana ia mempunyai kandungan serat yang tinggi dan bebas daripada gula tambahan.

Pencuci mulut yang menyelerakan dengan Jem Buah Beri Campuran Organik Alce Nero 

Antara resipi itu termasuklah kek span klasik, muffin campuran jem beri dan pic dan pencuci mulut Mousse buah pic.

Cuba resipi Alce Nero serta ceriakan rakan-rakan dan ahli keluarga dengan hidangan enak yang anda hidangkan pada musim perayaan ini.
Perisa Mix Berries

Maklumat lanjut mengenai Alce Nero dan resepi yang sihat, bolehlah layarilaman web www.alcenero.asia.

Jem buah-buahan Alce Nero boleh didapati di semua Hypermarket dan supermarket utama. Jem buah beri campuran dan jem strawberi dijual pada harga RM 20.03 sebotol. Manakala jem buah plum pula berharga RM15.79.

~ Achik ~

No comments:

Post a Comment