Thursday, May 10, 2012

:: R.A.S.U.A.H ::

Assalamualaikum.....

mengantuk nyerrrrrrrrrr.....................minggu ni cheq bertugas duty floor..so dh name pun duty floor kena la kan dtg awal sebelum orang yg masuk kul 7.30pagi sampai...tapi depa ni dtg awai betul...kul 7 pagi lagi dh sampai...sedangkan pintu masuk untuk amik kunci tu pun polis bantuan belum bukak lagi..so...kalo cheq bukak pintu lambat tu jgn la marah ye....bukan salah cheq tapi salah polis bantuan tu...ops....polis bantuan yang dipersalahkan...


Pagi ni lepas bukak pintu cheq duk la godek2 portal kat sini...so terjumpela macam2 gambar yg berkaitan dengan integriti...Entry kali ni cheq nak kongsi beberapa gambar yg cheq jumpe...tapi gambar yg ni berkaitan dengan rasuah.....bukan niat untuk perli sape2 pun tapi untuk berkongsi ilmu sesama kita....



Walaupun sekadar gambar tapi mempunyai mesej yang sangat berguna...renung-renungkan dan selamat beramal.......



*kakitangan kerajaan jangan amik mudah ye.....

Saturday, May 05, 2012

Dari Nya kita datang & kepada Nya kita kembali..

Assalamualaikum...

Apa khabar semua..? Hope semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera dibawah lindungan Yang Maha Esa....

Sebenarnya...cheq masih terkejut & tak sedap hati dengan pengkhabaran yang cheq terima malam tadik...Suami kepada rakan sekerja cheq dulu di LUAS telah kembali mengadap Pencipta nya..cheq pasti ramai yang mengenali arwah & isterinya pasti tidak menyangka dengan perkara yang telah ditentukan oleh Dia Yang Lebih Mengetahui....

Bila Allah nak cabut nyawa kita, sekelip mata je kan....Kepala cheq terus teringatkan kedua-dua orang tua cheq....Terus cheq call mak malam tadik...Syukur Alhamdulillah...mak kata mak & abah sihat...semoga Allah panjangkan usia kedua-dua orang tua cheq yang dh banyak berjasa sepanjang kehidupan cheq di dunia ni...Amin...

Erm....Cheq harap dia tabah hadapi semua yang telah ditentukan oleh Allah swt....Salam Takziah dari Cheq untuk dia, keluarganya & keluarga arwah.....
Sekadar berkongsi ilmu....

Tanda tanda kematian

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT
kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka yang
dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda
ini cuma samada mereka sedar
atau tidak sahaja. Tanda ini akan
berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
 
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan
mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana
jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging
tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka
yang sedar dan berdetik di
hati bahawa mungkin ini adalah tanda
mati maka getaran ini akan
berhenti dan hilang setelah kita sedar
akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran
atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda
ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memunafaatkan masa yang
ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan
dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.
 


 TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah
waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini
daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di
atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya
ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi
Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan
jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma
seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.


TANDA 7 HARI

 Adapun tanda ini akan diberikan hanya
kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit
yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
 



TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika
tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya
perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan
urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak
akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.
 



TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di
kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan
harinya.


TANDA AKHIR
 Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun
ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak.
Saling berpesan2lah sesama kita.....

Thursday, May 03, 2012

Bila ada yang memerhati.......

Assalamualaikum....

Lama betui tak update blog..nak kate busy, takde la pulak kan...asal lepas waktu lunch jerk entah ape la yg cheq buat kat opis ni...time pepagi masuk keje punya la khusyuk buat laporan, semak dokumen...balik makan tengahari mula la lemau kan..masa plak laju jer jalan...nak kata bawak balik keje kat umah pun mana ada...pasainyer mana la boleh bawak balik umah dokumen2 tax payer...benda PnC tu...cari nahas jer....so kesimpulannyer bila balik umah dpt ler rehat & takde la duk sibuk mengadap keje yang tak penah nak siap tu (walaupun dalam otak ni duk ligat berfikir bila nak siap, bila nak siap..huhuhu).

Ok....kita berbalik pada tajuk asal post ni...sebenarnyer tajuk post ni bukan la nk bagitahu konon2 ada orang minat kat cheq duk perhatikan cheq...bukan itu yang cuba dimaksudkan.....hehehe..so jgn ler cakap cheq perasan syok sendiri pulak kan....

Erm....Apa perasaan korang kan bila ape yang korang pakai ader je yg tegur..?? hehehe..kalo tanye geng2 cheq yg vavavoom tu for sure la depa dh ade list jawapan utk pertanyaan cheq ni..pasai nyer dulu kat opis lama cheq ada gak la yg berperangai macam ni...perangai suke perhatikan orang & tegur apa saja yg orang pakai...uhhh...JAKUN...!

so nak dijadikan cite kat tempat cheq keje ni ade la yg berperangai macam tu...huhuhu....kejadian pertama jadi masa kat dlm bas USM nak pi jumpe TPM...org tu duk sebelah cheq...rupa2 nyer die duk perhatikan spec mata yg cheq duk pakai ni...so perbualan pasal spec pun bermula...& org tu pun mintak nk try cheq punye spec...bile dh try die pun bawak la kuar compact powder nak tengok cantik ker idak...bleh die kata macam makcik2...adoiyaiii..memang la...awak tu umur dh brape..anak pun 5..memang la supe makcik2...ishhhh.....blasah kang...

kejadian ke-2, baru jerk berlaku hari isnin hari tu....org yg sama tegur jam yg cheq pakai....cheq ni pi masuk bilik die pasai nk ckp hal keje. baru jerk masuk benda pertama dia tegur "ai..pakai jam baru..?"....uhhh....benda yg kecik kat tangan tu pun die bleh nampak kan...mata kau mak cikkkkk oiiiii.....haaaaa.....lupa cheq nk bagitahu...masa dlm kete otw pegi USM aritu pun, die ni ade gak tegur jam cheq...soalan dia "skang ni mmg trend ye orang duk pakai jam besaq..?"..jawapan cheq senang jer "tak tahu la...sy mmg suke pakai jam besar"..boleh dia jawab "nanti bleh la pakai jam dinding"...amboi org tua ni....bergurau kasar betuiii....layan kan jela...

Sebelum lunch tadik makcik ni ada tanye cheq, sat gi lunch pi mane..ingatkan nk ajak lunch skali ke ape....rupa2nyer nk bagitahu cheq yg lunch break nnti die nk pi kedai emas...huhuhu..HAMPEH...!! habis jer waktu lunch die ternmpak cheq kat depan pantry, beriya2 dia panggil...ingatkan kenapala kan, rupa2 nyer nk tayang benda yg duk lip lap lip lap kat pergelangan tangan die....uhhh....DUNIAWI sungguh...!!!!

ermmm.......esok cheq ingat nk pakai jam lain pulak....saje nk tengok kot2 ader yg nk tegur kan....


*moral of the story : "sorok2 skit bile pakai barang baru"