Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Hai korang..! dah beli baju raya ke? Tema apa tahun ni? Hehehe...Untung la buat mereka yang dah siap buat persiapan raya. Achik juga yang masih belum beli baju raya lagi.
Hari tu usha-usha dekat FB dan IG, terjumpa satu koleksi baju / jubah yang cantik untuk di gayakan pada Aidilfitri nanti. Diberi nama SweetHeart, ianya mempunyai warna yang ceria dan sesuai di pagi raya. Koleksi SweetHeart ini dikeluarkan hasil ilham 5 orang rakan kongsi yang berkongsi pengalaman mereka dalam fesyen Muslim dan Muslimah.
Pemilihan nama SweetHeart dibuat kerana perkataan itu sendiri membawa maksud yang istimewa iaitu begitu dekat di hati. Sudah tentu pengasas koleksi SweetHeart ini ingin menjadikan koleksi pakaian Muslim dan Muslimah mereka menjadi pilihan dan berjaya menambat hati para pelanggan.
Jom tengok koleksi di bawah label SweetHeart:
'SweetHeart' - Shawl dan tudung 2 muka
'Mirabella' - Baju Kurung Moden
'Salsabella' - Jubah Wanita
'Andalusia' - Jubah Lelaki
Shawl koleksi SweetHeart
Harga instant shawl : RM49.00
Harga instant Shawl 2 muka : RM59.00
Achik pasti peminat jubah di luar sana mesti menitikberatkan kualiti fabrik yang digunakan agar korang sentiasa selesa ketika berjubah. Begitu juga dengan koleksi SweetHeart, pemiliknya amat menitikberatkan fabrik yang digunakan agar ianya sangat selesa buat si pemakai.
Fabrik yang digunakan:
Tudung / Shawl : kain jenis Jameela Crepe @ Bubble Crepe; Chiffon Crepe; Chiffon Sakura dan Chiffon Georgette
Jubah wanita Salsabella : Heavy Duty Satin Ombre; Como Crepe dan Italian Monaco
Jubah lelaki Andalusia : Italian Paloma; Italian Heavy Valentro; Cotton Hand Woven; Italian Monaco dan Italian Valentro Uomo. Sudah tentu fabriknya ringan, sejuk dan warna yang terang ikut trend terkini.
Mengikuti perkembangan fesyen pada masa kini, fesyen Jubah Lelaki Andalusia mempunyai sedikit kelainan seperti 'piping' pada hujung tangan, butang jubah dan kolar jubah 'high neck' yang membuat jejaka yang memakainya tampak kacak, tampan dan bergaya.
Sudah tentu fabriknya daripada kain kapas, tahan lasak, serta sejuk bila memakainya. Sesuai sangatlah untuk digayakan di Malaysia kan..Saiz bermula dari S hingga XXL.
Harga Jubah ANDALUSIA
RM149.00
Achik suka tengok koleksi jubah Wanita Salsabella ini. Ianya simple dan tidak sarat dengan labuci atau lace yang boleh mengehadkan pergerakan si pemakai. Walaupun simple, tapi warna-warnya menarik dan ceria.
Harga jubah wanita Plain = RM149.00
Harga jubah wanita Two Tone = RM169.00
Kalau korang bukan peminat jubah, jangan risau..SweetHeart juga ada keluarkan koleksi Baju kurung Moden Mirabella yang mempunyai 5 warna pilihan.
Sedikit kelainan pada warna baju kurung moden Mirabella ini. Warna-warna pastel yang digunakan membuatkan personaliti si pemakai kelihatan lembut dan lebih ayu. Saiz pula bermula dari saiz S hingga L.
Harga MIRABELLA = RM239.00
Oh ye..untuk makluman korang, semua koleksi SweetHeart dijual secara atas talian. Tapi jangan risau, korang pun boleh dapatkan baju koleksi SweetHeart menerusi butik Vendor 'Nanano' yang terdapat di Lembah Klang.
Kalau nak dapatkan lebih maklumat berkaitan SweetHeart, korang boleh Like FB rasmi SweetHeart di https://www.facebook.com/sweetheartbySH/ atau Follow IG https://www.instagram.com/sh.sweetheart/
~ Achik ~
Cantik baju dia
ReplyDelete