Saturday, June 30, 2018

CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER | Syampu Khusus Untuk Kanak-Kanak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bukan orang dewasa sahaja yang perlu menjaga kesihatan kulit kepala. Malah penjagaan kulit kepala anak-anak kita juga perlu dititikberatkan. Kelalaian para ibu bapa dalam mengutamakan kebersihan kulit kepala akan menyebabkan berlakunya jangkitan pada kulit kepala anak-anak seperti ruam, kudis dan sebagainya. Akibat jangkitan tersebut, ianya mengeluarkan bau kepala yang kurang menyenangkan.

Bau yang kurang menyenangkan ini bukannya disebabkan jangkitan kulit kepala saja. Kebiasaannya anak-anak kecil yang berpeluh selepas bermain di luar atau pun pulang dari sekolah pasti mempunyai bau masam yang meloyakan. Sebenarnya bau yang kuat ini berpunca daripada kulit kepala dan rambut anak-anak yang berpeluh. Baunya akan menjadi lebih teruk apabila kulit kepala anak anda berminyak. Jadi, macam mana cara untuk menghadapai masalah ini…???

Kita yang dewasa ni pun setiap hari akan cuci rambut dengan shampoo yang bersesuaian. Jadi, ianya juga perlu diamalkan oleh anak-anak kita apabila pulang dari sekolah atau pun bermain di luar. Pemilihan shampoo untuk anak-anak juga jangan dipandang remeh. Sebabnya shampoo orang dewasa memang tidak sesuai dengan kulit kepala kanak-kanak tau.!

Carrie Junior Odour Buster Kids Shampoo dalam pek promosi..siap ada backpack lagi

Penggunaan shampoo dewasa pada kanak-kanak akan menyebabkan masalah kulit kepada dan rambut terutama bagi kanak-kanak berumur antara 6 hingga 12 tahun. Nampak tak..? Kita ingatkan anak-anak yang dah mula sekolah rendah ni dah besar..Jadi boleh guna shampoo orang dewasa…tak perlu beli shampoo banyak2..Sebenarnya silap..mereka masih lagi kanak-kanak dan perlukan shampoo yang khusus untuk kanak-kanak. Kulit kepala dan rambut kanak-kanak memang halus dan sensitif. Jadi belanja la sedikit wang untuk anak anda bagi beli shampoo yang sesuai..Nanti dah besar, rambut anak korang jugak yang cantik kan..


Faham dengan keperluan seharian kanak-kanak, Carrie Junior memperkenalkan Carrie Junior Kids Shampo Odour Buster, iaitu shampoo yang selamat digunakan setiap hari oleh kanak-kanak. Ianya memberikan haruman yang menyegarkan pada rambut sepanjang hari. Shampoo baru yang dirumus khas ini dapat membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan pada kulit kepala kanak-kanal secara berkesan. Sudah pasti ianya tidak mendatangkan kesan yang buruk pada rambut dan kulit kepala mereka.

Aroma buah-buahan yang terkandung dalam shampoo ini dapat bertahan selama 24 jam. Sudah pasti anak korang sentiasa bau segar dan wangi walaupun seharian bermain dan berseronok di luar rumah. Carrie Junior Kids Shampo Odour Buster diperkaya dengan minyak zaitun ini dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar mudah diurus dan disikat.

 
Ada hadiah mainan kat belakang botol shampoo ni...Ada 6 koleksi semuanya...Dapatkan 6 koleksi mainan ini dengan pembelian shampoo dan mandian Carrie Junior

CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER

·         Hadir dalam aroma Perky Peach Fruity Burst
·         Mempunyai pH seimbang, lembut dan tidak menghakis kulit kepala
·         Dijual dalam 2 saiz
·         Pek 280g = RM10.10* (SM) / RM10.60* (SS)
·         Pek 700g – RM20.70* (SM) / RM21.70* (SS)
·         Boleh didapati di kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar & farmasi utama

*harga tertakluk kepada perubahan berdasarkan penguatkuasaan cukai yang diumumkan oleh Kerajaan.

ni mainan yang Achik dapat

Kini, ibu bapa boleh memeluk anak-anak selepas bermain walaupun berpeluh namun masih kekal segar dan berbau aroma buah buahan sepanjang hari!

~ Achik ~

Monday, June 25, 2018

Wefie Raya dan Menangi Hadiah Bernilai RM10,000 Bersama Jus Hidayah Gold

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Masih lagi dalam mood Raya dan Achik pasti storage dalam telefon bimbit korang penuh dengan gambar selfie mahupun wefie beramai-ramai dengan ahli keluarga, sanak-saudara mahupun sahabat handai. Haaa...dari korang wefie saja-saja tu buat penuh phone memory, apa kata korang cuba sertai Peraduan Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold.

Mudah saja untuk sertai peraduan wefie raya ini. Apa yang lebih menarik adalah hadiah yang ditawarkan untuk para pemenang. Siapa tahu kalau korang dipilih sebagai pemenang hadiah utama yang berpeluang membawa pulang Gold Bar seberat 20g...rezeki tu...



KENALI JUS HIDAYAH GOLD

Sebelum korang nak turut serta dalam peraduan wefie raya ini, Achik rasa lebih manis kalau korang mengenali serba sedikit tentang Jus Hidayah Gold keluaran Seraimas Herbs. Yelah...kalau korang takde apa-apa info tentang Jus Hidayah Gold ni, macam mana korang nk buat pembelian kan. Betul tak?

Jus Hidayah Gold merupakan sejenis minuman kesihatan yang bermutu tinggi kerana penghasilannya menggunakan 23 jenis herba yang mampu memberi kebaikan dan kesan berganda kepada kesihatan dan kecantikan kita. Madu, Buah Tiin, Kurma Merah, Apricot, Delima, Lada Pintal, Cengkih, Kunyit, Buah Pala, Senduduk Putih, Mahkota Dewa, Habbatus Sauda, Mengkudu dan Teja Lawang merupakan antara kombinasi raja segala herba yang digunakan dalam menghasilkan Jus Hidayah Gold. Herba-herba ini dipercayai mempunyai banyak kebaikan dan khasiat luar biasa untuk kesihatan tubuh badan dan mengatasi segala macam penyakit.

Kalau sudah menggunakan gabungan 23 jenis herba, sudah tentu dengan keizinan Allah swt, Jus Hidayah Gold ini dapat mengatasi penyakit ringan dan juga penyakit serius mahu pun kronik termasuklah penyakit kanser, diabetes, darah tinggi, gout, SLE (systemic lupus erythematous), angin ahmar, migraine, buasir, denggi, masalah usus (gastik atau sembelit) dan sebagainya. Lebih menjadikan Jus Hidayah Gold ini menjadi pilihan ramai adalah gabungan 23 jenis herba yang terpilih ini juga terdiri daripada makanan sunnah yang berkualiti tinggi yang sememangnya bermanfaat untuk kesihatan tubuah badan seperti Buah Tiin, Habbatus Sauda dan Kurma.

Sejak zaman nenek moyang kita lagi, herba-herba tradisional ini digunakan dalam perubatan bagi merawat penyakit luaran mahupun dalaman. Oleh itu, produk berasaskan herba alam semulajadi seperti Jus Hidayah Gold ini boleh dijadikan sebagai alternatif untuk mengekalkan kesihatan atau pun mengubati penyakit serta mengeratkan lagi jalinan kebahagian bersama seisi keluarga...



Imam Muda Asyraf sebagai Duta Jus Hidayah Gold

Dah kenali produk Jus Hidayah Gold, mestilah kena kenal juga siapa Duta nya. Juara musim pertama Program Imam Muda yang disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen berbayar Astro Oasis, iaitu Imam Muda Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan telah dipilih sebagai Duta Jus Hidayah Gold keluaran Seraimas Herbs dengan tagline ‘Lebih Kuat, Lebih Cergas, Lebih Beramal’.

Terkini, Imam Muda Asyraf cukup dikenali dengan program bual bicara iaitu Hidayah Talk. Program ini membincangkan pelbagai isu melalui Facebook rasmi Seraimas HQ. Program bual bicara yang disiarkan sebanyak 3x dalam sebulan ini mengupas topik-topik semasa tentang kekeluargaan dan kesihatan.


PERADUAN WEFIE RAYA BERSAMA JUS HIDAYAH GOLD

Haaa...dah kenal dan faham kan tentang khasiat Jus Hidayah Gold ini.? Dah tahu kan siapa Dutanya? Jadi, tunggu apa lagi....guna peluang Hari Raya ini untuk korang sertai Peraduan Wefie Raya bersama Jus Hidayah Gold. 

Maklumat lanjut berkaitan peraduan:

·         Dianjurkan oleh Seraimas
·         Tempoh peraduan bermula 17 Mei 2018 hingga 01 Julai 2018
·         Penyertaan terakhir akan diterima sehingga jam 10 malam, 01 Julai 2018.
·         Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang dikehendaki dengan syarat setiap penyertaan mesti mempunyai gamabr kotak produk Jus Hidayah Gold sebagai bukti pembelian.
·         Pemenang yang paling kreatif akan dipilih oleh juri yang dilantik
·         Pemenang akan diumumkan pada 01 Julai 2018 melalui FBSeraimas HQ




Cara Penyertaan:

1.   Beli Jus Hidayah Gold

2. Peserta perlu bergambar beramai-ramai (“wefie”) bersama-sama dengan kotak Jus Hidayah Gold sebagai bukti.

3. Muat turun aplikasi QR reader di App Store atau Play Store dan scan QR code yang tertera di kotak Jus Hidayah Gold.

4. Isi butiran lanjut dan masukkan “original code”. Ikut langkah seperti yang tertera di laman sesawang www.seraimas.my

5. Masukkan slogan “Saya sertai peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold kerana.......” Ayat tidak boleh melebihi 50 patah perkataan.

6. Muat naik gambar wefie raya anda di platform yang disediakan. Dengan memuat naik gambar di platform ini, anda telah mengakui bahawa:

a)   Gambar adalah milik anda
b)   Tiada sebarang pelanggaran hak cipta atau seumpamanya
c)   Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gambar dan maklumat yang dimuatnaik.
d)   Membenarkan pihak penganjur menggunakan atau menyiarkan gambar anda di sebarang media bagi tujuan pengiklanan dan promosi produk Seraimas.

7. Untuk anda berpeluang memenangi hadiah, penyertaan anda mestilah diterima pada hari akhir tempoh peraduan. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan tidak akan dilayan.

8. Dengan menyertai peraduan ini, anda adalah dengan ini dianggap telah menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat Peraduan #WefieRayaJusHidayahGold. Sila klik link ini.

Hadiah Peraduan:

Seramai 5 orang pemenang akan dipilih. Berikut adalah hadiah-hadiah yang bakal dimenangi.
Tempat Pertama:
Gold Bar (20g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas

Tempat Ke-2:
Gold bar (10g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas

Tempat Ke-3 sehingga ke 5:
1 dinar emas + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas

Menarik kan hadiah yang ditawarkan oleh Seraimas. Bukan susah pun...Korang pergi beli Jus Hidayah Gold dan ikuti langkah-langkah yang Achik nyatakan diatas. Dengan pembelian Jus Hidayah Gold pun korang dapat nikmati khasiat yang ada dalam jus tersebut.



MENGENAI SERAIMAS HERBS

Seraimas Herbs adalah label yang telah didaftarkan di bawah syarikat Serai Mas Herbs Sdn Bhd yang telah lama wujud sejak tahun 2005 lagi oleh pengasasnya dan juga merangkap Pengarah Urusan Syarikat iaitu Datin Hajjah Sunita Bibi Ali Akbar. Syarikat Serai Mas memulakan operasi dengan menyediakan pelbagai rangkaian produk kosmetik dan juga produk makanan tambahan untuk tujuan kesihatan.

SeraiMas memulakan perjalanannya dengan penghasilan produk kesihatan dan kecantikan berasaskan herba dan bahan semulajadi iaitu produk Losyen Terapi Anggun, Dara Mas Cucian Wanita, Serai Mas Herb dan juga produk kulit Astanita Collagen Skinz dan C'Bidadari Juice Khas untuk kaum wanita. SeraiMas terus melebarkan sayap perniagaannya dengan memperkenalkan produk lain seperti Jus Hidayah, Kismis Hidayah, Raudah Energy Drinks, Rest Slimm Mango Drink dan Bengkung Puteri Mas yang menjadi pilihan ibu selepas bersalin.

Bermula dari kedai jamu, pengasasnya nekad untuk mengembangkan syarikatnya dan akhirnya beliau memiliki Syarikat Serai Mas Herbs Sdn Bhd yang kini beroperasi sepenuhnya di Labis, Johor 


Untuk makluman lanjut boleh hubungi talian 012-7848364 atau pun layari laman web rasmi www.seraimas.my

FB : Seraimas HQ
Youtube : Seraimas Herbs

~ Achik ~

Thursday, June 14, 2018

Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan | Memudahkan Penjagaan Kulit Muka dan Badan Jejaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Laju betul Dashing keluarkan produk baru…Beberapa bulan yang lepas Dashing lancarkan 2 variasi terbaru Dashing Sport. Kali ni pula Dashing keluarkan buih mandian Dashing yang boleh guna untuk cuci muka dan badan. Lebih istimewa lagi, mandian terbaru Dashing ni ada campuran wangian Eau De Toilette (EDT) tau…

Kaum lelaki sememangnya tak dapat dinafikan ada perangai malas dalam penjagaan muka..kebiasaannya dorang tak pernah kisah pun nk cuci muka dengan pencuci muka…Cukup hanya gosok-gosok dengan air paip sahaja sewaktu mandi. Korang rasa cukup ke? Tanggal ke kotoran pada wajah tu lebih-lebih lagi untuk mereka yang rutin hariannya naik motor…Euwwwww…memang banyak minyak dan kotoran yang datang dari asap kenderaan akan melekat pada wajah.


Faham dengan perangai malas (hehehehe) kaum lelaki ni, Dashing telah melancarkan mandian Dashing 2 in 1 Muka & Badan untuk si jejaka dengan formulasi yang direka khas untuk membersihkan wajah dan muka sekali gus hanya dengan satu pencuci sahaja.

Produk mandian yang unggul dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Buih mandian Dashing 2 in 1 Muka & Badan dapat memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi. Membersih muka dan badan pada permulaan hari dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran muka yang berlebihan. Manakala mencuci muka dan badan pada waktu malam dapat membantu menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat pencemaran, kelembapan dan habuk.

Mandian Dashing 2 in 1 Muka & Badan ini dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Ianya padat dengan ramuan untuk membantu menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan fungsi pembersihan muka yang mendalam.


Ada 4 Variasi Dashing 2 in 1 Muka & Badan:

COOLuntuk lelaki yang kontemporari. Mempunyai personality yang tenang, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan. Harumannya melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Variasi Cool dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum, Powdery Amber dan Musk.

ACTIVE – untuk jejaka lasak dan menikmati kehidupan aktif. Gabungan nuansa Fougere, Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.

ULTIMATE KICK – Wangian sebenar untuk sang JUARA ! Ianya menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan yang moden. Mempunyai hariman yang menggabungkan ramuan Lemon, kesegaran Cardamom dan aroma vanilla dan Musk.

HATTRICK – Simbol kemenangan unggul buat lelaki. Ianya memberi aroma yang membara semangat dan keghairahan untuk mencapai impian. Wangian Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus serta Amber.


Buih mandian Dashing 2 in 1 Muka & Badan bagi variasi Cool dan Hattrick mempunyai formulasi dwi-aksi dengan 3 kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan tona kulit yang rata untul tampil lebih cerah. Kesannya pada tubuh pula adalah formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro sudah pasti untuk mempertingkatkan kadar kelembapan kulit serta menguatkan system ketahanan kulit agar lebih sihat dan segar.

Bagi variasi Active dan Ultimate Kick pula, ianya mempunyai ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam. Variasi inti dapat menanggalkan kotoran dan minyak berlebihan pada wajah agar kelihatan lebih bersih dan tidak berkilat.

HARGA ???

Pek bersaiz 700 lm ini dijual pada harga RM17.90. Dapatkan segera di mana-mana pasaraya atau pun kedai kecantikan / farmasi seperti Watsons, Guardian dan lain-lain.

~ Achik ~