Assalamualaikum
dan salam sejahtera...
Bahang
sambutan Hari Raya Aidilfitri makin terasa. Begitu juga dengan suasana
persiapan Hari Raya yang kini sedang berlangsung di Jakel Mall dan semua
cawangan Jakel di seluruh Malaysia. Pada 11 Jun 2016 yang lalu, Jakel sekali
lagi meneruskan kempen Oh! Meriahnya
Raya buat kali yang kedua bagi tahun 2016. Sesi kali kedua ini yang telah
pun berlangsung di Jakel Shah Alam dengan jayanya turut menampilkan selebriti
duta raya Jakel seperti Datuk AC Mizal, Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari,
Scha Al-Yahya dan karektor kartun Upin Ipin.
Seawal
pagi lagi para pengunjung telah pun beratur di hadapan pintu masuk Jakel Shah
Alam bagi tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan Baju Melayu percuma.! Sebanyak
300 pasang baju melayu disediakan buat 300 pengunjung terawal yang tiba di Jakel
Shah Alam pada hari tersebut tanpa perlu membuat sebarang pembelian di gedung
Jakel. Manakala sebanyak 200 baju Melayu percuma disediakan buat pengunjung
bertuah yang membuat pembelian baju raya di Jakel Shah Alam..Ini bermakna,
tahun ini Jakel Shah Alam menawarkan 500 baju Melayu percuma buat
pelanggannya...Wahhh meriah sangat raya tahun ini..!!!
Kempen
Oh! Meriahnya Raya di Jakel Shah
Alam telah diketuai oleh Encik Mohamed Izani Mohamed Jakel selaku Pengarah
Urusan JAKEL Trading Shah Alam. Manakala penampilan selebriti sebagai duta
Jakel adalah platform untuk mempromosikan koleksi pakaian siap raya yang
melibatkan para selebriti untuk membuat jualan lelongan pada sesi “happy hour”.
Melalui kempen Oh! Meriahnya Raya
ini, pihak JAKEL menjangkakan koleksi pakaian raya ini akan mendapat sambutan
menggalakkan daripada pelangan memandangkan ianya adalah koleksi yang terkini
dan terbaru dikeluarkan oleh JAKEL. Melalui sesi temubual yang diadakan, Encik
Izani telah memaklumkan bahawa pihak JAKEL telah menambah sebanyak 200 warna
baru ke atas koleksi pakaian raya JAKEL 2016..Bestnya...sudah tentu banyak
pilihan warna baju melayu yang ada di JAKEL.
Untuk
tahun 2016, JAKEL mempromosikan koleksi baju raya 2016 dengan kategori yang
berbeza-beza iaitu Baju Melayu Moden,
Koleksi Jubah Tarawih, Baju Kurung & Pakaian Kanak-Kanak dan Koleksi Schawalara X Jakel. Jadi, apa beza dan istimewanya koleksi baju raya di
JAKEL tahun 2016 ini? Dah tentu ramai akan bertanya, apa bezanya baju Melayu
Aaron Aziz, Nabil Ahmad, DAC serta Awal Ashaari ini kan..Jom baca di bawah untuk
ketahui lebih lanjut lagi...
Untuk
makluman korang, Koleksi Baju Melayu Aaron
Aziz direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher,
poket dan motif bercorak. Tahun ini merupakan tahun ke-4 Aaron Aziz sebagai
duta JAKEL. Untuk tahun ini, JAKEL menampilkan
keistimewaan ke atas koleksi Baju Melayu Aaron Aziz dengan fabrik yang berbeza. Antara warna yang bakal menjadi
rebutan termasuklah hijau zamrud, biru diraja, peach, jingga, hijau tiffany,
hijau mint dan merah cili. Aaron Aziz turut bersetuju dengan kualiti baju
Melayu di JAKEL. Selama 4 tahun, baju melayu Aaron Aziz dari JAKEL masih ok,
dan tidak lusuh.
Sesi Lelongan Baju di bawah label Aaron Aziz
Kalau
tengok baju melayu yang dipakai oleh Nabil
Ahmad ni memang nampak kemas dan segak kan. Ianya direka berkonsepkan moden kontemporari yang menekankan
kekemasan pada leher dan poket. Baju Melayu koleksi Nabil Ahmad ditawarkan pada
harga yang berbeza-beza bergantung pada rekaan dan fabrik yang digunakan. Ini
kerana JAKEL mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin memastikan baju
melayu koleksi Nabil Ahmad ini antara koleksi mampu milik. Achik memang jatuh
cinta dengan baju melayu warna ‘royal blue’ yang dipakai oleh Nabil Ahmad.
Segak sangat !
Sesi lelongan baju di bawah label Nabil Ahmad & Aaron Aziz
Cantikkan warna royal blue baju Nabil ni. Datuk AC Mizal pun tak kurang segaknya menggayakan baju Melayu di bawah label DAC
Pengunjung tak lepaskan peluang untuk grab Baju Melayu DAC pada harga runtuh
Sesi Lelongan oleh Datuk AC Mizal
Selain
itu, korang juga boleh dapatkan koleksi baju melayu Jep Sepahtu dan Datuk Ac
Mizal (DAC) di Jakel Mall dan semua cawangan JAKEL di Malaysia. Pendek
kata, baju melayu koleksi selebriti ini memang segak digayakan oleh kaum adam
diluar sana. Lensa kamera Achik memang suka sangat ‘capture’ gambar Aaron,
Nabil, DAC dan Awal yang berbaju melayu pada hari tersebut. Bukan sebab
selebritinya tampan-tampan, tapi sebab warna dan kekemasan baju melayu yang
dipakai oleh mereka.
One word to describe..SEGAK !
Jadi,
dapatkan baju Melayu di JAKEL untuk raya tahun ini dengan harga serendah RM89.00 serta dapatkan samping dan
butang baju melayu secara PERCUMA
dengan setiap pembelian baju melayu.
Selain
baju Melayu raya, JAKEL turut menampilkan koleksi jubah tarawih di bawah label Jep Sepahtu. Ianya merupakan keluaran
terbaru dan terkini mengikut trend semasa. Koleksi Jubah Tarawih Jep Sepahtu
ini menggunakan fabrik cotton yang bercorak serta mempunyai kekemasan di
potongan leher dan di belakang bahu serta dilengkap dengan poket. Turut dijual
di JAKEL adalah koleksi jubah di bawah label Aaron Aziz dan Nabil Ahmad. Setiap
koleksi jubah yang dihasilkan mempunyai lebih 100 warna bagi setiap rekaan.
Meriahkan !
Credit pic to Jakel
Lebih
istimewa tahun ini, JAKEL menampilkan koleksi terbaru baju raya di bawah label
Schawalara X Jakel yang menampilkan Baju Kurung dan Jubah Dress di bawah jenama Scha
Al-Yahya, Baju Melayu di bawah
label AA - Awal Ashaari dan baju
kurung kanak-kanak perempuan Lara Alana X Jakel.
Untuk
koleksi baju kurung dan jubah dress Scha
Al-Yahya, fabrik yang berkualiti dari jenis fabrik sulam kapas, chiffon,
lace dan sebagainya digunakan untuk menghasilkan koleksi ini. Baju-baju ini
ditawarkan pada harga yang berbeza-beza bergantung kepada rekaan dan kualiti
fabrik. Ianya diperkemaskan dengan beberapa jenis detailing seperti jahitan manik,
perincian lace, dan potongan yang menarik. Didatangkan dengan saiz dari S
hinggal XL, jadi kaum wanita diluar sana boleh dapatkan koleksi baju raya Scha
Al-Yahya dengan segera dari JAKEL memandangkan kuantitinya amat terhad!
Cantik baju Scha ni...dipadankan pula dengan baju Melayu AA-Awal Ashaari...Sedondon di pagi raya
Selain
baju kurung, jubah dress Scha Al-Yahya pun sesuai digayakan ke solat tarawih
serta hari raya.
Koleksi jubah Scha Al-Yahya. Credit pic to Jakel
Terdapat
sedikit kelainan Baju Melayu di
bawah label AA - Awal Ashaari berbanding
baju Melayu Aaron Aziz, Nabil Ahmad dan Datuk AC Mizal. Baju Melayu Awal
Ashaari ini mempunyai potongan ‘shirt’ tanpa pesak seperti kebiasaan baju
Melayu. Harga yang ditawarkan adalah RM199
sepasang dan PERCUMA samping serta
butang baju melayu.
Sesi lelongan baju Melayu di bawah label AA - Awal Ashaari
JAKEL
turut mengeluarkan jubah dengan kerjasama Awal Ashaari. Rekaan jubah ini
disertakan dengan poket di bahagian hadapan dan juga di sisi bahagian kiri.
Tampak lebih bergaya apabila jubah ini digayakan dengan ‘poket square’ dwi
bentuk untuk si pemakai tampil dengan dua style yang berbeza. Istimewanya
koleksi baju melayu dan jubah Awal Ashaari ini ada Logo AA di bahagian sisi ‘hidden
pocket’...nampak stylo..heheheh
Antara Koleksi Jubah AA-Awal Ashaari
Bagi
melengkapkan koleksi baju hari raya untuk seisi keluarga, JAKEL turut
menampilkan Lara Alana sebagai wajah baru bagi mempromosikan produk baju kurung
kanak-kanak perempuan Lara Alana X JAKEL. Ada lebih 10 koleksi baju
kurung Lara Alana. Yang bestnya, fabrik yang digunakan lembut dan bersesuaian
dengan kulit kanak-kanak.
Oh
ye....tidak lupa juga koleksi baju raya di bawah label Ayda Jebat yang berkonsepkan kurung moden dan bersesuaian dengan
citarasa terkini para wanita. Kaum hawa tampak lebih elegan dan segar dengan
design terbaru. Sayangnya Ayda Jebat tak dapat hadir semasa sesi kempen di JAKEL
Shah Alam..Tapi takpelah kan...korang tetap boleh dapatkan koleksi Ayda Jebat
di cawangan JAKEL yang berhampiran.
Pakaian
kanak-kanak masih dikekalkan dengan label Upin
Upin. Bezanya tahun ini ianya telah diolah kepada rekaan baju melayu
bercorak agar kanak-kanak tampil ceria di pagi hari raya. Ianya dijual dengan
harga serendah RM59.00 dan PERCUMA
samping serta butang baju melayu.
Comelkan baju Melayu Upin Ipin ni. Siap ada logo Upin Ipin pada poket baju Melayu.Credit pic to Jakel
Jangan
ketinggalan untuk nikmati promosi yang menarik di JAKEL sepanjang kempen Oh! Meriahnya Raya. Jangan lupa juga,
JAKEL akan meneruskan sesi kempen Oh!
Meriahnya Raya di lokasi dan tarikh berikut:
JAKEL Johor Bahru = 18 Jun 2016
JAKEL Sabah = 25 Jun 2016
JAKEL Sg. Petani = 01 Julai 2016
JAKEL Alor Setar = 02 Julai 2016
Pastikan
korang serbu cawangan JAKEL pada tarikh yang dinyatakan di atas. Pastikan
korang datang dan beratur pada awal pagi untuk dapatkan baju Melayu percuma.
Tak lupa juga, sesi lelongan baju Melayu dan Baju Kurung di bawah label selebriti
akan diteruskan pada tarikh tersebut.
Maklumat lanjut layari www.jakel.my dan jangan lupa kasi trending #OhMeriahnyaRaya
“Ingat Kain, Ingat Jakel”
Cantiknyaaa baju jubah scha tu.. okay rugi tak mai jakel ritu.. huaaaarrrgghhhh
ReplyDeletecantik sangattt...hari tu nk shopping tak sempat sbb ada food review..memang plan nk terjah jakel cari baju raya tahun ni.
Deletebestnya.. ramai tgk blogger update pasal JAKEL ini
ReplyDeleteblogger antara yg hadir masa kempen Oh! Meriahnya Raya di JAKEL..berpeluang tengok suasana lelong & koleksi bj raya label selebriti dgn lbih dekat..
Delete