Saturday, June 04, 2016

Shopping RAYA di 'The Mines Celebrity Fest' Pada 25 dan 26 Jun 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai korang...Salam Ramadhan Achik ucapakan buat pembaca yang beragama Islam. Selamat menunaikan Ibadat Puasa Ramadhan tahun ini..Semoga Ibadat Puasa kita diterima oleh Allah swt.

Masuk je 1 Ramadhan, sudah pasti korang di luar sana sudah bersiap sedia nak buat persiapan untuk Hari Raya. Tak kiralah langsir, baju raya, kasut raya, tudung raya dan macam-macam lagi aksesori untuk hari raya. Tahun ni mungkin sesetengah daripada korang agak membeli belah persiapan raya pada saat-saat akhir. Buat kakitangan kerajaan, tarikh pembayaran gaji tidak akan diawalkan memandangkan Hari Raya Aidilfitri bakal jatuh pada 06 Julai 2016. Jadi kakitangan Kerajaan akan terima pembayaran gaji bulan Jun pada 23 Jun 2016.

Sidang Media yang telah diadakan pada 02 Jun 2016 bertempat di Teh Tarik Place, The Mines Shopping Mall

Tak mengapa. Walau pun persiapan hari raya dibuat pada saat-saat akhir, korang semua tak perlu khuatir sebab banyak jualan murah hari raya akan diadakan dimerata tempat di seluruh Malaysia. Selagi belum tiba Hari Raya, selagi tu lah jualan murah tak akan berakhir. Untuk tahun ini, buat julung kalinya bersempena sambutan Ramadhan Al-Mubarak dan Hari Raya Aidilfitri, The Mines Shopping Mall atau lebih sinonim dengan nama jolokkan The Mines dengan kerjasama OMGFest akan menganjurkan ‘The Mines Celebrity Fest’ pada 25 dan 26 Jun 2016. Pilihan tarikh yang tepat memandangkan ramai antara korang semua yang dah gaji...yeaaaaa!!! boleh shopping raya..!!!

Kalau korang nak tahu, ‘The Mines Celebrity Fest’ ini bakal melibatkan seramai 10 orang artis terdiri daripada penyanyi dan pelakon bersama-sama di bawah satu bumbung untuk mempromosikan dan menjual produk-produk hasil tangan mereka sendiri. Sudah pasti harga yang ditawarkan sepanjang berlangsungnya ‘The Mines Celebrity Fest’ ini lebih murah pada musim perayaan berbanding harga biasa. Sudah tentu persiapan hari raya korang lebih meriah dengan membeli-belah di ‘The Mines Celebrity Fest’ ini. Antara artis ternama yang turut terlibat termasuklah Erry Putra, Arja Lee, Nas Adilla dan suaminya iaitu Aliff AF 6, Khai serta Rosma dan ramai lagi..!!!

Erry Putra di Sidang Media 'The Mines Celebrity Fest'

Nas Adilla akan turut terlibat dengan 'The Mines Celebrity Fest'

Suami Nas Adilla, Aliff AF 6

Keena Mentor pun akan memeriahkan 'The Mines Celebrity Fest'

Sudah tentu pelbagai jenis produk dengan jenama yang tersendiri akan dijual seperti tudung, jubah wanita & lelaki serta lain-lain kelengkapan menyambut hari raya. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik telah diatur oleh pihak The Mines sepanjang 2 hari tersebut seperti pertunjukan pentas oleh artis, pertunjukkan fesyen, tutorial dan juga demo eksklusif untuk para pengunjung.


Dapatkan kasut LED yang dijual oleh Erry Putra di 'The Mines Celebrity Fest' nanti

Semasa sidang media pada 02 Jun 2016 yang lalu, Pengurus Bahagian Pemasaran The Mines, Cik Paulin Lim menyatakan tujuan penganjuran ‘The Mines Celebrity Fest’ ini adalah untuk membantu mempromosikan produk-produk hasil tangan / ilham artis-artis yang terlibat yang telah lama berkecimpung dalam dunia seni. Penganjuran acara ini juga secara tidak langsung dapat mempromosikan The Mines, sebuah pusat membeli-belah yang amat sesuai bagi setiap peringkat umur untuk datang membeli-belah sambil beriadah.

Cik Paulin Lim, Pengurus Bahagian Pemasaran The Mines



Para artis, wakil seniman dan Cik Paulin menurunkan tandatangan tanda kerjasama untuk 'The Mines Celebrity Fest'

Selain itu, bermula dari 13 Jun 2016 hingga 10 Julai 2016, para pengunjung dengan pembelian sebanyak RM200 ke atas (gabungan maksimum 2 resit pada hari yang sama) berpeluang untuk menebus kusyen eksklusif dari SPOTLIGHT serta set sampul Raya. Tak kisah korang shopping di kedai apa pun dalam The Mines tu, korang boleh gabungkan maksimum 2 resit pada hari yang sama untuk jadikan nilainya RM200 ke atas.


Manakala, jika korang membuat pembelian bernilai RM300 ke atas (gabungan maksimum 3 resit pada hari yang sama), korang berpeluang untuk menebus kotak perhiasan eksklusif serta set sampul Raya. Untuk yang ni, penebusan hanya menerima resit dari kedai fesyen sahaja !

Penebusan boleh dibuat di Kaunter Informasi, Tingkat 3 dengan satu penebusan sehari untuk setiap pembeli. Sementara stok masih ada !



'The Mines Celebrity Fest'
Tarikh: 25 & 26 Jun 2016
Masa: 10.00 am hingga 10.00 pm
Tempat: Ruang Legar Utama (Centre Court), Tingkat 3, The Mines Shopping Mall

Sambil membeli-belah, pengunjung juga dapat menyaksikan persembahan tarian oleh artis berbakat sempena sambutan Ramadhan yang diaturkan khas oleh The Mines. Rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut berkaitan persembahan tersebut: 
                
  Acara
   Tarikh & Masa
 Tempat
Persembahan Angklung
22 Jun 2016 (Rabu)
Jam: 3 petang
West Court,
Tingkat 3
Pertunjukan Sekitar Arabian
3 & 9 Julai 2016 (Ahad & Sabtu
Jam : 3 petang
Sekitar Pusat Membeli-belah
Tarian Arabian
6 & 7 Julai 2016 (Rabu & Khamis)
Jam: 3 petang
Centre Court,
Tingkat 3

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Kaunter Informasi di talian 03-8949 6333 atau layari laman web The Mines di www.the-mines.com.my

~ Achik ~

No comments:

Post a Comment