Thursday, January 17, 2019

Food Review | Pelbagai Konsep Makanan Yang Sedap dan Menyelerakan di Premium CHAK'Z 1964


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dah lama rasa nya tak duduk melepak & bersembang dengan kolin. Kebetulan baru-baru ni kolin free, so Achik ajak Kolin lepak dekat kedai makan berdekatan dengan Shah Alam. Restoran yang menjadi pilihan Achik adalah Chak’z 1964 yang terletak di Bukit Jelutong Shah Alam.

Sampai saja di restoran, Achik berasa kagum dengan interior restoran tersebut. Agak luas jugak restoran yang terletak di Bukit Jelutong Shah Alam ini. Malah terdapat sudut ruang makan untuk korang perbincangan atau pun mengadakan majlis sambutan hari lahir, farewell dan sebagainya. Hiasan dan warna yang dipilih pun menarik dan menaikkan keceriaan di dalam restoran tersebut.

Kebetulan pula masa kami tiba di Chak’z 1964 disambut oleh Mr. Anil yang merupakan Marketing & Business Development Manager Premium Chak’z 1964 dan Encik Jasperi yang merupakan Ketua Chef di Premium Chak’z 1964. Beruntung rasanya sebab kami berpeluang bersembang dengan Mr. Anil dan Encik Jasperi untuk ketahui sejarah Chak’z 1964 dan hidangan kami pada hari tersebut semua disyorkan oleh Encik Jasperi.

Disebabkan Achik & Kolin hanya berdua saja, jadi kami pilih hanya 1 hidangan sahaja untuk setiap menu yang di suggest oleh Chef Jasperi..Takut membazir kalau tak habis makan sebab portion makanannya besar…so boleh lah kami simpan perut untuk cuba pelbagai hidangan yang ada di Chak’z 1964.

Jom tengok hidangan pertama yang disajikan untuk kami berdua.

Chak'z Bruschetta

Hidangan pertama yang kami cuba adalah Chak'z Bruschetta. Nampak simple kan? Chak'z Bruschetta ini merupakan french toast yang di tabur dengan chopped onion, cherry tomato, Italian basil, parmesan cheese dan toasted baguette. Sungguh pun nampak simple tapi rasa sedapnya tak dapat disangkal lagi. Hidangan ini sesuai dijadikan pilihan snacking. Harga hanya RM8.90 dan ianya merupakan hidangan kegemaran Mr. Anil tau. Achik pun sukakannya !

Grilled Salmon Salad With Lemon-Caper Aioli Sauce

Memang sudah menjadi kebiasaan Achik kalau makan di mana-mana mesti cari sayur. So, hidangan seterusnya yang menjadi pilihan Achik adalah Grilled Salmon Salad with Lemon-Caper Aioli Sauce yang berharga RM23.90. Kerlas tau nama hidangannya...Yang menjadikan hidangan salad ini sedap adalah Aioli Sauce yang digunakan. Mula-mula Achik pun ingatkan warna putih tu mayonnaise tapi bukan. Itu adalah Aioli Sauce yang disediakan dengan campuran lemon. Kalau nak tahu lanjut berkaitan Aioli Sauce ni korang kena la datang makan dekat sini & bersembang sendiri dengan Chef Jasperi.

Pineapple Seafood Fried Rice

Satu lagi hidangan yang bakal membuka selera korang adalah Pineapple Seafood Fried Rice yang berharga RM16.00. Ianya juga didatangkan dengan pilihan ayam. So apa bezanya pineapple fried rice dekat sini dengan restoran thai yang lain? Sudah tentu rasa dan bahan-bahan yang digunakan. Kalau korang makan di restoran thai, mesti korang mengharapkan rasa nasi goreng nenas tu rasa pedas-pedas thai kan. Tapi berbeza dengan di Chak'z 1964. Pineapple fried rice kat sini ada macam rasa briyani or nasi arab sikit dan yang penting sedap sangat ! so ini adalah hidangan korang wajib order tau bila makan dekat sini.

Double Decker Portobello Beef Burger

Belek-belek menu, teringin pula nak rasa burger double decker. Selalu kalau Achik makan burger Achik memang akan pilih burger ayam. Tapi selepas diberitahu oleh Chef Jasperi yang beef burger di sini menggunakan beef patty yang dibuat sendiri, so Achik pilih untuk try Double Decker Portobello Beef Burger yang berharga RM21.90..Yang ni memang Achik tak dapat sangkalkan lagi kesedapannya. Beef patty kat sini memang sedap, lembut dan ianya purely rasa daging..Achik pernah juga try beef patty di tempat lain tapi kualitinya agak mengecewakan..boleh rasa patty tu terlebih campuran tepung & rasa tulang daging yang keras..so Achik akan rasa cepat muak...Berbeza dengan beef patty di Chak'z 1964, sumpah tak puas makan..! hehehe...Kentang yang dihidang bersama-sama dengan burger tersebut juga istimewa. Tidak digoreng dan dimasak dengan cara yang sihat..

Signature Platter - Platter D

Selain itu, Premium Chak'z 1964 turut menawarkan hidangan platter yang korang boleh kongsi sehingga 4 orang makan. Portion nya memang banyak..Jadi, cara nak jimat poket & jimat ruang dalam perut, apa kata korang cuba hidangan Signature Platter yang berharga RM57.90. Dalam gambar di atas merupakan Platter D. Apa yang ada dalam Platter D ni termasuklah Lamb Shoulder, Chicken Jumbo Sausages, Spaghetti Pasta, Chicken Wings, Deep Fried Crushed Potatoes, Mixed Salad dan Toasted Garlic Bread...memang kenyang perut.


Antara hidangan dan minuman yang menjadi pilihan Achik and Kolin

Berkenan tak nak try makanan yang ada di Chak'z 1964 ini..? Untuk pengetahuan korang Chak'z 1964 ni ada 3 cawangan iaitu di Bukit Jelutong Shah Alam, Cyberjaya dan Langkawi. Tapi cawangan di Bukit Jelutong Shah Alam ini merupakan cawangan Premium. Apa yang membezakannya ialah terdapat hidangan premium yang ditawarkan di cawangan Bukit Jelutong Shah Alam tetapi tiada di Cyberjaya dan Langkawi.

hidangan premium yang ada di Chak'z 1964 Bukit Jelutong Shah Alam yang boleh dipesan pada bila-bila masa sahaja

Kalau ikutkan nafsu makan Achik, banyak lagi hidangan yang ada dalam menu Achik nak cuba. Tapi nanti order tak habis makan pula dan membazir. Bermakna lepas ni Achik kena datang lagi ke sini untuk cuba hidangan lain pula..Kalau 1st visit pun dah memuaskan hati, jadi wajib la repeat untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya. Korang pun kena try tau makan di sini..Kat bawah ni Achik sertakan alamat cawangan Chak'z 1964 di Shah Alam, Cyberjaya dan Langkawi.

CHAK’Z PREMIUM
1-G-02, Floor G, Blok 1 D’Vida Shop Office, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi : Isnin - Ahad (12.00 pm - 10.30pm )
Untuk tempahan : +603-8322 5885

CHAK’Z CYBERJAYA
No. D-G-10, D-1-10, Jalan Vita 1, Plaza Crystalville, Lingkaran Cyber Point Timur, Cyber 12, 63000 Cyberjaya

Waktu Operasi : Isnin - Ahad (7.30 am - 11.00pm ).
Untuk tempahan : +6013-6561206

CHAK’Z LANGKAWI
Jalan Pantai Chenang, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi : Isnin - Ahad (12.00 pm - 12.00am ).
Untuk tempahan : +60112-426 4208


ruang makan yang luas di cawangan Bukit Jelutong Shah Alam

Sebelum balik Achik sempat bergambar dengan Mr. Anil & Chef Jasperi sebagai kenang-kenangan. Next time kalau Achik datang sini nak minta Chef Jasperi suggest lagi hidangan untuk Achik makan.


Untuk info lanjut boleh follow link di bawah:


Dari 5 bintang, Achik bagi 4.5 bintang pada Chak'z 1964 termasuklah kepuasan dari segi makanan yang dihidangkan serta keselesaan apabila berada dalam restoran tersebut.

~ Achik ~