Assalamualaikum dan salam
sejahtera….
Siapa dekat sini yang suka minum
Ribena? Wahhh….bestkan rasa Ribena ni…kanak-kanak memang sangat menggemari rasa
buah blackcurrant. Sejak ianya di bawa masuk ke Malaysia pada tahun 1955,
minuman Ribena masih hangat di pasaran dengan pelbagai pembaharuan dibuat. Tapi
Achik tetap gemarkan rasa Ribena Original dengan rasa blackcurrant.
Sesi Temubual
Dari Kiri: Rodney Tan (Ketua Pemasaran SFBM), Chef Anis Nabilah (Chef Selebriti) dan Lee Hon Tong (Pengurus Besar Serantau, Suntory Beverage and Food Malaysia, Singapore, Hong Kong)
Baru-baru ini, Suntory Beverage & Food Malaysia (SBFM) telah memperkenalkan kempen Ribena® Moments bertemakan Saat-Saat Ramadhan. Untuk kempen kali ini, Ribena telah bekerjasama dengan Chef Selebriti, Chef Anis Nabilah untuk membuat pembaharuan kepada hidangan kegemaran Malaysia dengan mencipta resepi baru yang unik. Sudah tentu menggunakan Ribena sebagai bahan utama…Jangan ingat Ribena untuk minum je tau…Boleh buat muffin, jem, kek dan macam-macam lagi..Nanti Achik kongsikan cara untuk dapatkan resepi yang telah diolah oleh Chef Anis Nabilah.
Chef Anis bersama hidangan yang dihasilkannya menggunakan Ribena sebagai bahan utama
“Sebagai jenama pilihan ramai, kami ingin memberikan sentuhan istimewa Ribena® kepada saat-saat istimewa dalam kehidupan rakyat Malaysia, menjadikan ia Saat-Saat Ribena® (Ribena® Moments). Sejajar dengan perubahan citarasa dalam pemilihan makanan dan minuman tahun demi tahun hingga kini, Ribena® juga menampilkan perubahan untuk memenuhi permintaan dan citarasa para pengguna di Malaysia. Pengguna hari ini mementingkan makanan dan minuman yang bukan sahaja sedap, malah berkhasiat dan menyihatkan, maka kami percaya bahawa Ribena® yang dihasilkan daripada buah blackcurrant New Zealand sahaja, bebas daripada pewarna dan pemanis tiruan, mampu menjadi pilihan sihat dan menyelerakan untuk menjadikan saat istimewa Saat-Saat Ribena®,” kata Lee Hon Tong, Pengurus Besar Serantau, Suntory Beverage and Food Malaysia, Singapore, Hong Kong.
Mr. Lee Hon Tong, Pengurus Besar Serantau, Suntory Beverage and Food Malaysia, Singapore, Hong Kong
Majlis pelancaran kempen Saat-Saat Ribena telah pun diadakan di Mydin Mall USJ pada 17 Jun 2016 yang lalu turut dihadiri oleh Encik Rodney Tan, Ketua Pemasaran SFBM serta Chef Anis Nabilah. Istimewanya, Chef Anis Nabilah turut berkongsi cara-cara membuat lempeng kelapa, jem Ribena dan minuman jus delima Ribena. Chef Anis juga tidak lokek untuk berkongsi tips untuk menghasilkan lempeng yang lembut, gebu dan tidak keras.
Mr. Rodney Tan, Ketua Pemasaran SFBM
Chef Anis memberikan tips memasak
Kalau korang nak tahu, Chef Anis
Nabilah telah menghasilkan sendiri lapan (8) resepi eksklusif menggunakan
Ribena untuk dipromosikan sepanjang kempen Saat-Saat
Ramadan & Raya Ribena. Selain lempeng, jem Ribena, minuman delima
Ribena, Chef Anis turut mencipta resepi apam kukus, tat nenas Ribena, kef Jaffa,
minuman campuran Ribena dengan mangga dan nenas, minuman ros dan serai Ribena
dan minuman asam boi + limau kasturi Ribena. Macam mana nak dapatkan resepi
tersebut? Senang je…semua resepi dan cara-cara membuatnya turut dikongsikan
dalam Facebook Ribena di www.facebook.com/RibenaMalaysia.
Jadi,
jangan lupa Like FB Ribena Malaysia cepat-cepat..Siapa tahu raya nanti korang
boleh sediakan hidangan baru menggunakan Ribena.
Atas: Kek Jaffa (sedap!)
Bawah: Tart Nenas (sedap juga!)
Atas kiri: Lempeng Kelapa (lembut!)
Atas Kanan: Minuman campuran Ribena
Bawah kiri: Apam kukus Ribena (sedap sangat !)
Bawah kanan: Jem Ribena yang boleh dimakan bersama lempeng kelapa
Turut hadir bersama
semasa sesi pelancaran tersebut adalah kanak-kanak dari Pertubuhan Rahoma Darul
Fakir. Hidangan berbuka puasa turut disediakan buat para jemputan dan
kanak-kanak dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir. Pihak SFBM turut berbesar hati
menyampai sumbangan duit raya dan minuman Ribena buat kanak-kanak tersebut.
kanak-kanak dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir
Buat yang terlepas untuk
sertai Majlis pelancaran di Mydin Mall USJ, siri jelajah Saat-Saat Ramadan & Raya Ribena akan diteruskan ditempat-tempat
berikut:
• Giant Stadium Shah Alam dari 24 – 26 Jun
2016
• Aeon Big Wangsa Maju dari 1 – 3 Julai
2016
Jangan lupa datang..Sebab minuman
Ribena juga dijual pada harga promosi.
Untuk maklumat lanjut mengenai
Ribena serta aktiviti promosi akan datang, Like FB Ribena Malaysia di www.facebook.com/RibenaMalaysia atau hubungi Careline di
1-800-38-1231 (Isnin ke Jumaat: 9 pagi hingga 5 petang).
~ Achik ~
Suka dengan air rebina
ReplyDeletekat rumah ada stok 2 botol lagi tak bukak..hari tu nampak dekat econsave ada promosi juga...
Delete