Sunday, June 12, 2016

Berbuka Puasa di Buffet Ramadhan 9Kedondong

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah...selesai umat Islam menunaikan Ibadat Puasa Ramadhan buat hari yang ke-7. Insha Allah, masih berbaki 23 hari untuk kita umat Islam menunaikan Ibadat Puasa Ramadhan.

Seperti biasa, setiap kali tibanya bulan Ramadhan, banyak pilihan Buffet Ramadhan ditawarkan di sekitar Klang Valley dan Kuala Lumpur. Apa yang paling penting, pemilihan Buffet Ramadhan hendaklah berdasarkan kemampuan bajet kita dan sentiasa menitikberatkan sikap tidak membazir sepanjang bulan Ramadhan ini.


Bercakap tentang Buffet Ramadhan dan Bajet, baru-baru ini Achik berpeluang berbuka puasa di Buffet Ramadhan 9Kedondong yang terletak di Jalan Kedondong Off Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur. Sebenarnya nama 9Kedondong ini adalah merujuk kepada Lot bernombor 9, Jalan Kedondong. Sebaik sahaja kaki Achik melangkah masuk ke kawasan Buffet Ramadhan, mata Achik tertarik dengan hiasannya seolah-olah Achik sedang menghadiri Majlis Kenduri Kahwin berkonsepkan 'Garden Wedding'.

Laluan masuk ke Buffet Ramadhan 9Kedondong. Hijau sahaja, dengan disinari cahaya lampu kekuningan yang membuatkan Achik seperti berada di 'The Garden Wedding Ceremony'...cheewaaahh..


Bukan itu sahaja..susun atur meja dan hiasan khemah di ruang makan juga seperti berada di kenduri kahwin. Mana taknya, 9kedondong ini merupakan lokasi yang selalu digunakan untuk kenduri kahwin serta apa-apa 'function' mahupun 'ceremony'.

Pada 10 Jun 2016 yang lalu, 9Kedondong telah mengadakan pelancaran Buffet Ramadhan 2016 yang telah mula dijual untuk semua pelanggan bermula 14 Jun 2016. Untuk tahun ini, sudah pasti pelbagai jenis Masakan Melayu yang pastinya membuka selera para pengunjung yang berbuka puasa di sini. Di satu sudut, semua lauk-pauk masakan melayu dihidangkan buat para tetamu. Antara menu yang bakal memikat selera para pengunjung adalah Ayam Opor, Ikan Asam Pedas + Lobak Asin, Daging Masak Lemak Minang, Siput Masak Lemak + Keladi, Sambal Telor Puyuh, Ikan Kembung Bercili, Sayur Kobis Goreng Puteri, Sup Sayur, Aneka Ulam Kampung, Aneka Sambal serta Kerabu.

Jom cuci mata korang dengan gambar-gambar hidangan berbuka puasa di 9Kedondong:

Ikan Asam Pedas + Lobak Asin

Daging Masak Lemak Minang. Dagingnya dimasak lembut dan sedap rasa masak lemak minang ini.

Ayam Opor

Ikan Kembung Bercili

Sambal Telur Puyuh. Sedap !!!! Penggemar telur puyuh memang sesuai sangatlah berbuka di sini.

Hidangan yang paling menyelerakan adalah Siput Sedut Masak Lemak + Keladi. Sedap sangat !!! Achik siap tambah lagi untuk sedut makan gitu tanpa nasi..Masak Lemak kalau dimasak menggunakan daun kunyit memang sedap. Tak berapa pedas dan sesuai dimakan oleh kanak-kanak juga.

Sup sayur dan Sayur Kobis Goreng Puteri

Selain itu, Buffet Ramadhan 9Kedondong menyediakan 9 jenis stall yang terdiri daripada pelbagai jenis menu dihidangan. 9 jenis stall tersebut termasuklah masakan melayu yang Achik dah beritahu kat atas tadi. So, jom tengok apa lagi menu yang disajikan di 8 jenis stall lagi.


Stall 2 (Nasi Pilihan)
Nasi Kerabu
Ulam Ulam
Telur Masin
Ikan Goreng Tepung

Nasi Kerabu. Satu perkataan sahaja, SEDAP ! Cuma lagi sedap kalau ada solok lada. Hehehe...

Stall 3 (Sup)
Sup Daging
Bihun Sup
Mee Sup
Soto

Stall 4 (Live Cook)
Mee goreng mamak
Kway teow goreng

Mee goreng mamak

Kway Teow Goreng

Stall 5 (BBQ)
Kambing golek
Sos Black pepper
Sos cendawan
Salad

Kambing Golek antara menu wajib ada di setiap Buffet Ramadhan. gambar ihsan daripada 9Kedondong.

Stall 6 (Cucur)
Pisang Goreng
Cucur Udang
Cucur Bawang
Cekodong Pisang

Stall 7
Aneka Rojak Buah

Rojak Buah

Stall 8 (Minuman)
Sirap oren
Sirap Bandung
Minuman Panas
ABC

Stall 9 (Desserts)
Kurma
Buah-buahan potong
Karipap kentang
Seri Muka
Agar-Agar
Bubur Kacang
Bubur Durian
Ice cream



Oh ye..kemudahan surau juga disediakan buat para pengunjung yang ingin menunaikan solat Maghrib. Ruang solat yang selesa dan luas dan solat Maghrib, Isyak serta Tarawikh akan diketuai oleh Imam Jemputan setiap hari. Jadi, korang semua boleh menikmati makanan berbuka puasa dengan selesa di samping dapat menunaikan kewajipan sebagi Muslim dalam masa yang sama.

Ruang parkir yang mencukupi serta tempat makan yang selesa, luas dan berhawa dingin yang pasti dapat memberikan keselesaan buat semua pengunjung yang berbuka di 9Kedondong.

Jadi, berapakah harga yang ditawarkan untuk Buffet Ramadhan di 9Kedondong

Dewasa: RM55.00 nett
Kanak-kanak (berumur 7 -12 tahun): RM28.00 nett 

Buffet Ramadhan di 9Kedondong antara buffet ramadhan di Lembah Klang yang menawarkan harga yang berpatutan. Jadi, tunggu apa lagi, tempah sekarang dengan menghubungi Encik Haziq Zulkifly di talian 017 - 225 0705.

Berita baik buat korang semua. Untuk 10 tempahan yang dibuat, korang bakal dapat 1 lagi seat secara PERCUMA. Bermakna korang just bayar untuk 10 orang, tetapi dapat makan untuk 11 orang. Berbaloi kan.

Untuk info lanjut,

Lokasi:
9, Jalan Kedondong,
Off Jalan Ampang
55000 Kuala Lumpur


~ Achik ~

No comments:

Post a Comment