Monday, February 20, 2017

Menu Baru “Spicy Gilerrr” Kenny Rogers Roasters Malaysia

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Berita baik buat semua peminat Kenny Rogers Roasters (KRR). KRR telah memperkenalkan menu baru yang diberi nama “Spicy Gilerrr”. Haaa….macam pelik je nama menunya. Pemilihan menu ini dibuat selari dengan selera masyarakat Malaysia yang gemar makan makanan pedas sepanjang masa. Achik sendiri kalau tiada “spicy” dalam menu yang Achik makan, rasa “kick” tu takde.


Apa yang istimewanya menu “Spicy Gilerrr” di KRR ni?

Kalau nak tahu, korang kena datang sendiri ke mana-mana restoran KRR yang berdekatan untuk rasai sendiri rasa pedas yang sensasi dan gabungan rasa yang eksotik. Sudah pasti para pelanggan dapat merasai gabungan rasa pedas dan masam dalam hidangan terbaru KRR ini.

Dari Kanan: Kennie Thong, Sales and Event Manger of Berjaya Roasters (M) Sdn. Bhd. mempersembahkan hidangan terbaru Spicy Gilerrr bersama-sama dengan pasukan promosi KRR

Selain itu, KRR turut memperkenalkan perasa terbaru “Kenny’s Home-made Muffin” iaitu “Peanut Butter Chocolate Muffin”. Achik dah rasa perasa baru muffin dari KRR. Rasa yang sedap dan sedikit manis disebabkan gabungan rasa coklat dan juga mentega kacang. Apa2 pun, gabungan perasa coklat dan mentega kacang memang mampu memikat selera para pelanggan.

KRR Home-made muffin dengan gabungan rasa coklat dan mentega kacang

Untuk hidangan “Spicy Gilerrr” ini, para pelanggan diberi pilihan sama ada ingin memilih Favourite Meal atau pun Soup Meal yang dihidangkan dengan Spicy Chicken. Harga bermula daripada RM19.90**.

1)   Spicy Chicken Favourite Meal: ¼ Spicy Chicken + 2 side dish + 1 Peanut Butter Chocolate Muffin

2)  Spicy Chicken & Soup Meal: ¼ Spicy Chicken + 1 side dish + 1 Country-style Chicken Soup + 1 Peanut Butter Chocolate Muffin

Spicy Chicken Favourite Meal

Spicy Chicken & Soup Meal
Tambahan kepada pelbagai perisa dalam satu hidangan, para pelanggan juga berpeluang menikmati kesejukan minuman Blue Chillax, iaitu ice-cold blue lemonade with lemon yang dapat melahirkan rasa yang lebih menyegarkan dan memenuhi citarasa anda.

refreshing ice-cold blue lemonade with lemon, the Blue Chillax drink
Sekiranya korang datang ke Restoran KRR dengan keluarga dan merasakan hidangan 1/4 ayam tidak cukup untuk dikongsi bersama keluarga tercinta, KRR juga turut menawarkan menu A la Carte Spicy Whole Chicken pada harga RM51.50. Manakala, untuk muffin perasa coklat dan mentega kacang ini, pembelian 1/2 dozen (6 biji) juga ditawarkan buat para pelanggan KRR dengan harga RM20.50


Sempena pelancaran hidangan terbaru ini, KRR mengadakan promosi Spicy Chicken Lite Meal dengan harga serendah RM10. Para pelanggan yang hadir ke Restoran KRR hendaklah menunjukkan Wow RM10 e-voucher bagi menikmati hidangan tersebut pada harga promosi. E-voucher boleh diperoleh daripada Facebook page KRR. Promosi ini sedang berlangsung dan akan berakhir pada 24 Februari 2017. Jom serang Restoran KRR yang berdekatan sekarang juga !!!


Untuk maklumat lanjut berkaitan Kenny Rogers Roasters, boleh hubungi talian 03 - 2119 9888 atau layari laman web rasmi di www.krr.com.my 

Like Facebook rasmi: www.facebook.com/krrmalaysia

~ Achik ~

Wednesday, February 15, 2017

Wangian Lelaki ROMANO Menyerlahkan Kelakian Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Wahhh...lately ni banyak betul terima produk untuk kaum lelaki..Yang peliknya, Achik pun menggemari bau minyak wangi dan deodarant lelaki...Hehehee..

Terbaru yang Achik dah cuba adalah Semburan Wangian Lelaki Jenama ROMANO. Untuk pengetahuan korang, wangian jenama Romano ni telah lama ada di pasaran. Untuk kali ini, Romano memperkenalkan haruman terbaru bagi Semburan Wangian Lelaki iaitu ROMANO Unique dan ROMANO Force.

ROMANO Unique dan ROMANO Force
Jejaka moden masa kini sememangnya menjali kehidupan yang penuh cabaran. Aktiviti harian yang aktif dan seriang bergaul dengan teman-teman dan client membuatkan mereka perlu sentiasa tampil segak dan berkeyakinan. Bau badan seseorang lelaki itu memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan rasa yakin dalam diri. Ala...toksah cakap lelaki, kaum perempuan pun boleh rasa tidak selesa apabile menyedari badan sendiri ada bau yang tidak menyenangkan.

Terbaru, ROMANO tampil dengan wangian yang lebih maskulin untuk membantu memberikan keyakinan kepada kaum Adam diluar sana dalam menjalani aktiviti harian mereka.


Jejaka ROMANO semestinya cemerlang dalam pekerjaannya. Mereka berkeyakinan tinggi, dan menguasai setiap perkara yang dilakukan dengan tenang dan berkarisma. Mereka menjadi tumpuan ke mana sahaja mereka pergi. Dihormati, bersemangat waja dan sentiasa di puncak, jejaka ROMANO adalah epitome sebenar kejayaan.

ROMANO Eau De Toilette baharu untuk jejaka moden menyerlahkan nilai tersebut dengan haruman maskulin sebenar yang tersendiri.  Wanita disekelilingnya pasti tertarik  dan menyedari kehadiran mereka. Peranan utama haruman maskulin ini adalah bagi mengaktifkan tarikan serta menciptakan keserasian sesama lelaki untuk saling berkomunikasi.

ROMANO Eau De Toilette didatangkan dalam dua pilihan; UNIQUE dan FORCE untuk disesuaikan dengan sifat jejaka kontemporari.


ROMANO Eau De Toilette - UNIQUE

Untuk jejak berkeyakinan tinggi dan penuh potensi. Sentiasa berada di hadapan dalam apa jua keadaan.  Kejayaan dan kebolehannya membuatkan orang sekeliling tertarik kepadanya. UNIQUE menyerlahkan kesegaran adunan Lavender dan Bergamot. Wangian disempurnakan dengan ekstrak Woody serta  kombinasi Sandalwood dan Patchouli. Wangian moden ini memancarkan magnetisme, keyakinan dan memberikan aura tersendiri kepada sang jejaka.

ROMANO Unique

ROMANO Eau De Toilette – FORCE

Ia mewakili jejaka unggul dengan tenaga hebat yang tersendiri bagi memimpin dan menyelesaikan segala perkara. Kejayaannya disanjungi ramai, kekal tenang serta berpengaruh. FORCE menggabungkan ekstrak wangian segar tumbuhan yang menyerupai bauan semula jadi. Kesegarannya terserlah menerusi ekstrak sitrus bersama aroma Lavender, yang diadunkan dengan nuansa lautan dan ekstrak maskulin Woody. Haruman maskulin ini khas untuk jejaka urban aktif yang gemarkan cabaran dan berjiwa bebas.

ROMANO Force

Wangian ROMANO EDT ternyata adalah sentuhan terakhir bagi menyempurnakan keunggulan personaliti anda.


ROMANO Eau De Toilette dijual pada harga RM40.60 dan boleh didapati di semua farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara. 


~ Achik ~

Wednesday, February 01, 2017

Cooking Hustle : Filem Pendek TNB Sempena Chinese New Year

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Meriah pula rasa kali ini apabila muncul Perayaan Utama di Malaysia. Dah menjadi satu 'trend' pula oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menghasilkan video-video pendek yang berkaitan dengan perayaan utama di Malaysia. Bukan TNB sahaja, malah banyak lagi syarikat korporat yang lain berlumba-lumba untuk menghasilkan video pendek yang banyak memberi mesej yang positif dan menerapkan elemen kekeluarga dalam setiap video pendek mereka.

Jom ramai-ramai kita tonton video pendek sempena sambutan Chinese New Year 2017 yang telah dihasilkan oleh TNB.

Hehehehe...dah tengok ??? Apa mesej yang korang faham daripada video pendek ini?

Meh Achik story sikit...Seperti yang korang semua sedia maklum, Tahun Baru Cina adalah masa untuk keluarga mengenepikan segala perbezaan dan merapatkan semula ikatan kekeluargaan. Sebagai contoh yang dapt korang lihat daripada filem pendek ini, ketiga-tiga menantu tidak mempunyai hubungan yang rapat. Tetapi sempena Tahun Baru Cina, mereka ketepikan semua itu dan cuba masak sesuatu untuk dihidangkan untuk makan bersama. 

Sudah menjadi tradisi Masyarakat Cina untuk makan bersama-sama pada malam sambutan Tahun Baru Cina. Lebih sinonim dengan nama 'Makan Besar', ahli keluarga yang berkumpul bersama-sama untuk makan besar adalah jauh lebih penting daripada apa jua hidangan di meja. Pada masa inilah macam-macam cerita dapat dikongsikan bersama-sama dengan ahli keluarga tercinta yang jarang-jarang bersua.

Sikap masing-masing mungkin menjadi punca pertelagahan pada musim perayaan, lebih-lebih lagi dalam keluarga yang ramai. Lebih besar saiz sesebuah keluarga tersebut, lebih banyak ragam dan perangai ahli keluarga yang perlu difahami. Jadi, sempena Tahun Baru Cina, segala perbezaan ini diraikan dan bukan diketepikan..Baru lah perjumpaan keluarga itu bertambah meriah di meja makan...Setuju tak? Korang yang mempunyai saiz keluarga yang besar mungkin faham dengan situasi ini...Suasana di meja makan sangat meriah apabila masing-masing berebut untuk bercakap, berkongsi cerita dan membuat jenaka. 

Seperti hidangan Tahun Baru yang beraneka jenis, saiz, rasa dan rupa begitulah juga ahli keluarga kita namun bila dikongsi bersama kan sedap rasa nya. Kalau sesama keluarga sendiri pun tiada muafakat malah lebih suka bertikam lidah dan iri hati sesama sendiri, sudah pasti mana-mana keluarga yang bahagia pun boleh berpecah-belah...Jadi, berdasarkan filem pendek tersebut, eloklah disimpulkan bahawa Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh. Kebahagian tercipta apabila semua dalam ahli keluarga bersatu hati dan mesra antara satu sama lain.


Table of Harmony

Sempena Tahun Baru Cina 2017 ni juga, TNB turut menyediakan laman web yang mana korang boleh tahu jenis 'mystery dish' apa yang bersesuaian dengan korang...Nak tahu apa yang Achik dapat untuk 'mystery dish' ni? ...Taraaaaaa..


Chicken Swims in Rice River....hehehe..comel jer....
'You never flinch when faced with new and challenging situations but rather jump in and tackle it bravely'... Yeeehaaa...secara jujurnya, inilah perwatakan Achik...kebetulan sama pula...


Nak tahu apa Mystery Dishes untuk korang ? Jom follow step di bawah: 

Follow step dibawah untuk 'mystery dish"

1) Buka website 
https://betterbrighter.my/tableofharmony

2) Klik unveil mystery dishes


 3) Klik discover what mystery dish you are & join the table


4) Pilih antara A, B, C, D dan sistem akan auto calculate mystery dish yang bersesuaian dengan sambutan Chinese New Year 2017 korang...



~ Achik ~