Wednesday, June 15, 2016

Selera Desa Nostalgia 60an di Buffet Ramadhan Ancasa Residences Port Dickson

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Achik berbesar hati kerana telah diundang ke Program Amal AnCasa Residences Port Dickson yang telah diadakan pada 11 Jun 2016 yang lalu. Sudah menjadi tradisi pada setiap kali tiba bulan Ramadhan untuk AnCasa Residences Port Dickson meraikan anak-anak yatim.

YBhg. Datuk Mohd Shafei beramah mesra dengan anak-anak yatim

Seramai 40 orang anak-anak yatim daripada Yayasan Anak Yatim Daerah Port Dickson telah dijemput untuk berbuka puasa di Buffet Ramadhan AnCasa Residences Port Dickson yang berkonsepkan Selera Desa Nostalgia 60an. Para tetamu yang hadir telah dihiburkan dengan persembahan nasyid daripada anak-anak yatim yang hadir. Sudah pasti inisiatif yang diambil oleh pihak AnCasa Residences melalui Program Amal ini sedikit sebanyak dapat memberikan keceriaan dan semangat kepada anak-anak yatim ini untuk menunaikan Ibadat Bulan Puasa Ramadhan.

YBhg. Datuk Mohd Shafei bersama anak-anak Yatim Daerah Port Dickson

Persembahan Nasyid

Turut hadir semasa Program Amal tersebut ialah Chairman UDA, YBhg Datuk Mohd Shafei Abdullah yang telah menyampaikan sumbangan ikhlas duit raya kepada anak-anak yatim dari Yayasan Anak Yatim Daerah Port Dickson yang hadir. Tahniah diucapkan buat pihak Pengurusan UDA Holding dan pihak pengurusan AnCasa Hotels & Resorts atas usaha ini.

Sesi penyampaian sumbangan duit raya

Orite....jom kita tengok pula apa yang menarik dengan Buffet Ramadhan 2016 di AnCasa Residences Port Dickson. Berbeza dengan tahun sebelum ini, tahun ini AnCasa Residences Port Dickson telah memilih untuk mengetengahkan elemen 60an dengan alunan muzik dari era 60an sepanjang bulan Ramadhan. Malah, pekerja di Buffet Ramadhan AnCasa Residence Port Dickson juga tampil dengan berpakaian era 60an. Sungguh klasik. ! Bagi Achik, sememangnya waktu terbaik buat ibu bapa diluar sana untuk membawa anak-anak mereka berbuka puasa di Buffet Ramadhan AnCasa Residences Port Dickson sambil berkongsi perasaan semasa zaman 60an bersama anak-anak mereka.

Pekerja AnCasa Residences Port Dickson yang bertugas di Buffet Ramadhan


Tahun ini, lebih 120 hidangan termasuk gerai secara ‘live’ yang pasti membangkitkan selera pengunjung. Kesemua sajian dan juadah menarik di Buffet Ramadhan ini diilhamkan oleh Chef AnCasa Residences Port Dickson sendiri iaitu Chef Mouses. Sudah pasti hidangan yang disajikan sememangnya enak tambah lagi ianya menggunakan 1001 jenis rempah ratus rahsia bagi menghasilkan makanan yang lazat buat pengunjung.


Jom cuci mata korang dengan gambar-gambar hidangan di Buffet Ramadhan AnCasa Residences Port Dickson....

Ikan Asam Pedas, Kari Kambing, Tauhu & Tempe Goreng Belacan, Ayam Panggang Perchik

Udang Masak Lemak (sedap !) , Kepak ayam panggang, Daging Masak Rendang Minang (superb ! ), Roti john

Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak

Kesemua hidangan utama di atas merupakan makanan orang Negeri Sembilan. So, korang yang gemar masakan Negeri Sembila ni, memang disarankan berbuka puasa di sini. Harga pun murah berbanding tempat lain...Nanti kita cerita pasal harga kat bawah ye...Ok, ko sambung cuci mata lagi hidangan menarik di buffet ramadhan AnCasa Residences Port Dickson...Sudah tentu menu wajib ada adalah kambing panggang. Sebanyak 2 ekor kambing panggang disediakan buat santapan para pengunjung.


Kerabu antara hidangan yang Achik cari jika berbuka puasa di Buffet Ramadhan.

Murtabak dan roti jala pun ada

Bihun Sup dan steamboat. Sos steamboat juga disediakan.

Selesai menjamu selera dengan hidangan utama, sudah pasti para pengunjung akan tertumpu ke gerai-gerai pencuci mulut. Para pengunjung mempunyai pilihan untuk nikmati ABC yang penuh bahan-bahan, mini apam balik, kuih-muih melayu, bubur kacang durian serta aneka pilihan kek.





Sedapnya....hidangannya menarik..!

Hiasan klasik mengembalikan Nostalgia 60an

Buat korang yang berada sekitar Port Dickson, jemput-jemputla singgah ke Buffet Ramadhan di AnCasa Residences Port Dickson. Dari KL pun tak jauh tau...So, berapa harganya?

Harga:
RM38.00 nett seorang

Waktu Operasi:
bermula 10 Jun 2016 - 03 Julai 2016
jam 7.00 pm hingga 10.00 pm

Kemudahan surau disediakan bagi kemudahan pengunjung untuk menunaikan solat.

Berminat nak buat tempahan?

Hubungi talian berikut:
06-662 7288 (ext. #6) - Saffron Brasserie
1-300-88-0032

AnCasa Residence Port Dickson juga menerima tempahan berkumpulan lebih daripada 100 orang. Jadi mana-mana syarikat korporat yang nak meraikan staff mereka, Buffet Ramadhan di AnCasa Residences Port Dickson adalah pilihan terbaik !


~ Achik ~

No comments:

Post a Comment