Sunday, July 03, 2016

Syoknya Menginap di AnCasa Residences Port Dickson

Assalamualaikum dan salam sejahtera..!!!

Sebelum ni Achik pernah berkongsi dengan korang pengalaman berbuka puasa di Buffet Ramadhan AnCasa Residences Port Dickson..Kalau tak jumpa linknya, nah Achik attach kan sekali lagi kat sini http://achikhuda.blogspot.my/2016/06/selera-desa-nostalgia-60an-di-buffet.html ...Selesai berbuka di sini, Achik tak terus pulang ke Kajang tapi malam tu terus bermalam di AnCasa Residences Port Dickson. Bulan-bulan puasa pun sempat juga Achik luangkan masa untuk bercuti di Port Dickson. Walau percutian yang singkat, tapi berbaloi untuk dikongsi bersama dengan korang pengalaman menginap di AnCasa Residences Port Dickson.

Pemandangan dari Apartment Achik di Blok A, Tingkat 8.

Malam tu, Achik menginap di Apartment 3 bilik yang terletak di Blok A, Tingkat 8. Sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dalam apartment tersebut, reaksi pertama Achik, "mak aiiii....luasnya apartment ni..!!!"


Gambar ni di ambil dari pintu masuk utama ke unit aparment tersebut. Ruang antara meja makan dan ruang tamu memang luas. Kalau datang dengan family ramai-ramai tak cukup katil nak tidur, bentang sahaja toto ditengah-tengah tu...Selesa..! tambah lagi ada penghawa dingin disediakan di ruang tamu...Jadi tak perlu risau panas. Silap-silap matahari dah terpacak baru korang bangun tidur...heheheh...

Master bedroom. Toilet pun ada dalam ni...Bilik pun luas...boleh bentang toto juga tidur kat bawah tu...

Bilik kedua...kombinasi cat dan lampunya membuatkan bilik tersebut tampil lebih romantik...Nyenyak tidur tau.

Bilik ketiga, kecil sedikit dari bilik kedua..tapi tetap selesa untuk mimpi indah...

Selain itu, apartment 3 bilik ini juga ada dapur yang dilengkapi dengan peti sejuk dan juga kettle...Untuk tujuan keselamatan, tiada dapur untuk memasak disediakan...Ruang sidai baju turut disediakan..Lepas balik mandi laut atau swimming pool, bolehlah jemur baju korang di situ. Tak cukup dengan itu, apartment 3 bilik ini juga turut dilengkapi dengan balkoni...Sambil lepak di ruang tamu pada waktu malam, korang boleh rasa tiupan angin laut yang masuk diruang balkoni...nyaman gitu...

Oh ye...kebetulan Achik menginap di AnCasa Residences Port Dickson sewaktu bulan Ramadhan, pihak AnCasa tak lupa untuk menyediakan hidangan sahur buat pengunjung yang menginap di situ. Maknanya instead of korang bangun pagi pergi sarapan, pada bulan Ramadhan tersebut korang bangun lebih awal untuk bersahur di coffee house yang terletak bersebelahan dengan Receptionist Counter iaitu di Blok B.




Ni antara hidangan yang disediakan untuk sahur oleh pihak AnCasa..mudahkan..tak perlu pening kepala mana nak cari tempat bersahur. Jadi untuk bulan Ramadhan tahun depan dan tahun-tahun seterusnya, korang dah boleh rancang untuk berbuka puasa di Buffet Ramadhan AnCasa Residences Port Dickson, menginap dan juga bersahur di sini.

Ok...jom tengok apa lagi kemudahan yang ada di AnCasa Residences Port Dickson ini...

Kolam dewasa di tengah-tengah, manakala 2 kolam kanak-kanak beserta gelongsor disediakan.

Kolam kanak-kanak...ada gelongsor...best !

Kemudahan tempat rehat berbumbung disediakan di sekeliling kolam renang.

Kerusi untuk bersantai di tepi kolam renang juga disediakan...Macam biasa, first come, first serve...hehehe

Sempat Achik bersantai di tepi kolam renang sebelum check out..

Selain kolam renang, AnCasa Residences Port Dickson juga menyediakan kemudahan Spa. Achik cukup tertarik dengan lalu penjalan kaki untuk ke Ancasa Spa. Sambil berjalan sambil menikmati keindahan dan kehijauan taman yang ada di situ...

Tropical Garden..memang dijaga dengan elok untuk para tetamu menikmati keindahan alam di AnCasa Residences Port Dickson...


Padang yang luas. Sesuai untuk anak-anak dan ibu bapa beriadah...

Laluan penjalan kaki untuk ke Ancasa Spa...Indah...


Persekitaran Ancasa Spa seperti konsep Bali...cantik...

Seronok juga duduk bersantai di sekitar Ancasa Spa ni...


Kalau korang inginkan kelainan, ada pondok urut disediakan di kawasan taman di Ancasa Spa...badan diurut sambil menikmati keindahan taman di situ...Malam-malam sudah tentu akan rasa tiupan angin laut...


Cantik sangat pemandangan di sekitar Ancasa Spa ni...Romantik...sesuai sangat untuk mereka yang sedang berbulan madu atau pun inginkan ketenangan..

Tajul, anak kepada Qaseh Su yang happy sebab dapat pergi pantai...

Kemudahan gelanggang tenis juga disediakan untuk mereka yang gemar bersukan.

Oh ye...ni salah satu tarikan yang ada di AnCasa Residences Port Dickson. Sudah tentu lah pantainya...Dari tempat menginap, korang just jalan kaki untuk ke pantai...Dari laluan taman Ancasa Spa tadi, ada pintu untuk tembus ke pantai. Dekat je...tak jauh pun...Dah puas mandi, tak perlu salin baju, on the way balik ke bilik, boleh singgah mandi swimming pool plak kan...

Pantai berhadapan dengan AnCasa Residences Port Dickson.

Happy dapat pergi pantai walaupun dalam bulan Ramadhan....hahahaa..

Gambar kapal terbang AirAsia yang sempat dirakam dari kolam renang.

Dengan segala kemudahan yang ada di AnCasa Residences Port Dickson ini, Achik memang rekemen sangat tempat ni dekat korang. Jom tengok harga Apartment yang ditawarkan:

Apartment 1 Bilik:
Hari Biasa = RM288.00
Hujung Minggu = RM388.00
Peak Season = RM408.00

Apartment 2 Bilik:
Hari Biasa = RM408.00
Hujung Minggu = RM588.00
Peak Season = RM608.00

Apartment 3 Bilik:
Hari Biasa = RM488.00
Hujung Minggu = RM688.00
Peak Season = RM708.00

*harga termasuk sarapan pagi


Untuk maklumat lanjut berkaitan AnCasa Residences Port Dickson atau ingin membuat tempahan bilik bolehlah layari www.ancasahotels.com atau hantarkan emel kepada reservation@ancasapd.com

 Alamat:
Batu 8/12, Jalan Pantai Teluk Kemang
71050 Port Dickson

Tel:
06-662 7288

Fax:
06-662 7900

Reservation Toll Free Line:
1300 880 032

Like FB Ancasa Hotels & Resorts untuk maklumat lanjut berkaitan promosi terkini.


~ Achik ~






4 comments:

  1. Salam.
    Alhamdullillah akhirnya sy dpt feedbck yg postve dri pngunjunh ancasa.next week sy nk bwa kluarga sy semua brknjung di pd dn mnginap di ancasa.hrap kluarga sy brpuas hti mcm awk.tq..puas sy cri2 komen yg mnyakinkn..

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Alhamdullillah akhirnya sy dpt feedbck yg postve dri pngunjunh ancasa.next week sy nk bwa kluarga sy semua brknjung di pd dn mnginap di ancasa.hrap kluarga sy brpuas hti mcm awk.tq..puas sy cri2 komen yg mnyakinkn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam..terima kasih sudi singgah..
      Saya suka dgn enviroment di AnCasa residences PD...selamat bercuti..

      Delete
  3. Wahh, cantiknya tempat niey. Best ni kalu gi vacation kat sini. blogwalking dan klik iklan kat sini & follow blog akak yg cantik. :)

    ReplyDelete