Tuesday, July 24, 2018

Blueberry Cheesecake Lava Cake Pemanis Mulut Terbaru di Domino’s Pizza

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Domino’s semakin dikenali ramai dengan pizanya yang panas dan lazat. Kalau diperhatikan pembukaan cawangan baru Domino’s seperti cendawan…Setiap kawasan pasti ade sekurang-kurangnya 2 cawangan Domino’s yang jaraknya tidak jauh antara satu sama lain. Ini membuktikan Domino’s berjaya memenuhi kehendak pelanggannya dengan pizza yang lazat serta hidangan sampingan yang menyelerakan.


Terbaru, Domino’s telah memperkenalkan Blueberry Cheesecake Lava Cake dalam menu pencuci mulutnya. Kek lava ini sebenarnya telah pun dilancarkan bagi menghidupkan semangat perayaan Hari Raya tempoh hari. Walau bagaimanapun, baru seminggu dilancarkan, kek lava ini habis terjual di pasaran. Kini, stok Blueberry Cheesecake Lava Cake dah pun ada di semua cawangan Domino’s…Yang mana belum pernah rasa kena lah lekas-lekas ke cawangan Domino’s yang berdekatan atau pun tempah sahaja melalui telefon atas talian dan minta penghantaran dibuat ke lokasi anda..

Berbalik kepada kek lava istimewa ini, ianya dibakar dengan sempuna dan dihidangkan panas dan segar dari ketuhar. Jadi korang kena makan kek ni masa ianya masih rasa panas..sebab kalau dah sejuk, dah tak nampak la lava cheese bercampur buah blueberry segar yang mengalir dari potongan kek lava tersebut. Achik pasti korang akan sukakan rasa keenakan ini leburan keju pekat dan perisa beri biru yang masam manis dalam kek tersebut.


Dalam majlis pelancarannya yang telah berlangsung sebelum ini, Encik Shamsul Amree selaku Pengurus Besar Kanan, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura berkata, “Rakyat Malaysia sememangnya menggemari manisan pencuci mulut. Hasil kajian yang dibuat oleh Domino’s, lebih 10% daripada jumlah jualan adalah termasuk manisan.” Terbukti para pelanggan bukan sahaja membuat tempahan pizza di Domino’s Pizza malah turut menempah manisan yang dijual di Domino’s Pizza. Jadi, dengan tawaran manisan terbaru ini, pihak Domino’s menjangkakan angka tempahan manisan akan meningkat lebih tinggi dan secara tidak langsung akan meningkatkan daya saing Domino’s di pasaran yang lebih besar.

Oh ye… Blueberry Cheesecake Lava Cake hanya terdapat di Domino’s sahaja ye selaku Restoran Perkhidmatan Segera (QSR) pertama yang menawarkan manisan ini. Menurut kata Linda Hassan, Pengurus Besar, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, manisan pencuci mulut di Domino’s dicipta dengan penuh kasih sayang, ketelitian, kesungguhan dan keprihatinan. Domino’s komited dalam menawarkan makanan dan perkhidmatan berkualiti dengan menggunakan bahan-bahan terbaik dan bermutu tinggi. Contohnya, keju krim yang lazat datangnya dari New Zealand manakala buah beri biru yang segar datangnya dari Perancis.


Cabaran juga dihadapi oleh pihak Domino’s untuk menghasilkan Blueberry Cheesecake Lava Cake ini. Kawalan suhu hendaklah tepat bagi memastikan keseimbangan tekstur dan kek lava dibakar dengan sempurna dan menghasilkan leburan di tengah-tengah kek sekaligus menjadikan kek ini sebuah pencuci mulut yang tidak dapat dilupakan.

Sedap...sampai meleleh cheese dari mulut

Bermula 01 Julai 2018, pelanggan boleh menikmati Blueberry Cheesecake Lava Cake dengan harga pengenalan RM7.10 (tanpa GST). Sempena pelancaran kek lava yang baru ini, Domino’s juga menawarkan promosi harga kepada 2 lagi kek lavanya iaitu Chocolate Lava Cake dan Peanut Butter Chocolate Lava Cake pada harga RM7.10. Inilah masanya untuk korang menikmati hidangan pencuci mulut kegemaran korang dari Domino’s Pizza.

Domino’s juga menawarkan Buddy Combo yang menawarkan 1 Regular Pizza, 1 Garlic Twisty Bread, 1 Blueberry Cheesecake Lava Cake, 1 Stuffed Cheddar Bites dan 2 tin minuman ringan pada harga RM42.90 sahaja (tanpa GST). Selain itu, terdapat juga Super Combo yang merangkumi 2 Regular Pizza, 1 Garlic Twisty Bread, 1 Blueberry Cheesecake Lava Cake, 1 Chocolate / Peanut Butter Chocolate Lava Cake dan 1 botol minuman ringan pada harga RM59.50 sahaja (tanpa GST).


Antara pizza dan hidangan sampingan yang boleh dinikmati dari Domino's Pizza

Untuk maklumat lanjut dan tempahan dalam talian boleh layari www.dominos.com.my atau menghubungi 1300-888-333


Jangan lupa kongsikan gambar-gambar korang menikmati Blueberry Cheesecake Lava Cake dengan hashtag #BlueberryLove #LoveIsSweet #DominosMY

~ Achik Huda ~

Wednesday, July 18, 2018

Shopee Meraikan Lebih 200 Peminat Bola Sepak Dengan Penganjuran Majlis Tontonan Perlawanan Akhir Piala Dunia | France VS Croatia

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Wahhh..hebat betul penangan Piala Dunia 2018. Rata-rata tempat di Malaysia kebanyakannya memaparkan acara perlawanan akhir Piala Dunia 2018 di skrin layar besar.

Seperti kita sedia maklum, Shopee merupakan penaja utama untuk Piala FA Malaysia. Selepas berakhirnya kempen Shopee Piala FA Malaysia, tumpuan rakyat Malaysia kini telah beralih kepada Pelawanan Akhir Piala Dunia 2018.

Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan juga turut mengambil peluang ini untuk meraikan penutup Kempen Demam Bola bersama peminat bola sepak. Shopee berbesar hati menjemput beberapa orang pemain bola sepak negara, media, blogger dan pelanggan Shopee yang bertuah ke Majlis Tontonan Perlawanan Akhir Piala Dunia di Golden Screen Cinemas, 1 Utama di Selangor untuk sama-sama menonton perlawanan akhir Piala Dunia 2018.


Lebih 200 penyokong bertuah yang mengundi dalam pencarian Pasukan Bola Sepak Kegemaran Malaysia menerusi Kempen Demam Bola Shopee telah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut. Sepanjang kempen tersebut, peminat bola turut menyertai pelbagai permainan dalam talian termasuklah fakta menarik dan meneka keputusan bola sepak.


“Kempen Demam Bola ini telah dilancarkan khas untuk meraikan rasa cinta rakyat Malaysia terhadap permainan bola sepak dan sebagai sokongan terhadap usahasama kami dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk meningkatkan pendapatan kelab bola sepak Malaysia. Terbaharu, Shopee telah berjaya menjual lebih 20,000 tiket Shopee Piala FA Malaysia dan Liga Super Malaysia menerusi kedai rasmi MFL, melangkaui sasaran asal iaitu 5,000 unit tiket. Ini membuktikan sektor e-dagang di Malaysia bukan sahaja terhad untuk produk peruncitan malah produk tertentu seperti tiket bola sepak dan cenderamata. Malam ini, kami meraikan pasukan Selangor sebagai juara Pasukan Bola Sepak Kegemaran Rakyat Malaysia dengan menganjurkan majlis tontonan ini untuk peminat menyaksikan Perlawanan Akhir Piala Dunia 2018,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my.

Like Facebook Rasmi Shopee di https://www.facebook.com/ShopeeMY untuk mendapatkan maklumat terbaharu dan menyertai pertandingan media sosial. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play. 

~ Achik ~


Jaminan Harga Rendah di Kempen Ekspo Elektronik SHOPEE | Rebut Potongan Harga Sehingga 90%

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Yeayyyy…jualan Shopee kembali lagi..macam tahu-tahu je Shopee ni kita dah gaji awal bulan ni..Hehehe…Untuk pengetahuan korang, Shopee yang merupakan platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Ekspo Elektronik Shopee – Jaminan Harga Rendah (LPG) bermula 23 Julai 2018 hingga 26 Julai 2018.

Buat peminat gadget di luar sana atau yang sedang mencari produk elektronik, memang sesuai la untuk korang membeli-belah di Shopee sepanjang tempoh promosi ini. Dengar cerita lebih daripada 20 jenama elektronik yang turut serta dalam promosi kali ini. Antaranya termasuklah jenama Armaggeddon, Alcatroz, honor, Mono Digital, Philips, Russell Taylors, Tefal, Vivo, Xiaomi dan banyak lagi. Kalau dah banyak jenama terkemuka yang turut serta, sudah tentu lebih 1000 produk ditawarkan dengan harga rendah termasuklah telefon pintar, kelengkapan rumah, komputer dan aksesori. Potongan harga yang ditawarkan mencecah 90% uols..!!!!


Sempena kempen jaminan harga rendah ini, pihak Shopee menjaminkan harga barangan elektronik yang ditawarkan di Shopee adalah lebih rendah daripada platform lain bagi produk-produk yang dilabelkan dengan ‘Lower Price Guaranteed’. Jika korang terjumpa produk yang sama yang ditawarkan oleh platform lain lebih rendah dari harga yang ditawarkan di Shopee, Shopee berbesar hati untuk menebus semula 120% daripada perbezaan harga tersebut dalam bentuk syiling Shopee. Untung kan…


Menurut kata Pengarah Urusan Serantau Shopee, Mr. Ian Ho, Shopee telah bertumbuh pesat sepanjang tahun 2018 dan telah menjalinkan usahasama dengan pelbagai jenama terkemuka untuk mengembangkan lagi kategori produk berkaitan elektronik seperti Mobil & Gajet, Komputer & Komputer Riba dan Kelengkapan Rumah. Usaha ini untuk memastikan Shopee mampu menawarkan produk berkualiti kepada lebih 10 juta pengguna. Sebagai contoh, jualan murah eksklusif honor 9 Lite sebelum ini telah berjaya menjual 1000 unit hanya dalam tempoh lima minit. Ianya membuktikan kecenderungan rakyat Malaysia hanya memilih produk elektronik bertaraf premium.


Pada hari pertama kempen ini iaitu pada 23 Julai 2018, Shopee akan mengadakan Jualan Kilat Shocking Sale sepanjang tempoh 24 Jam yang membariskan potongan harga ke atas pelbagai produk elektronik berjenama. Pada hari tersebut, pengguna berpeluang merebut jualan murah produk elektronik untuk keperluan profesional dan peribadi seperti papan kekunci dan tetikus wireless dari jemana Logitech. Selain itu, Shopee juga menawarkan potongan harga untuk penggemar mzik mendapatkan alat bantuan audio jenama Marshall. Korang juga boleh dapatkan external hardisk daripada jenama Seagate dan rangkaian jam pintar pada hari tersebut.


Itu cerita tentang Shocking Sale pada 23 Julai 2018. Macam mana pula dengan kempen Lower Price Guaranteed sepanjang tempoh 23 Julai 2018 hingga 26 Julai 2018? Sepanjang kempen 4 hari ini, pengguna boleh mendapatkan ratusan produk di LPG Tech Zone. Setiap hari Shopee akan menampilkan 2 jenama elektronik terkemuka dengan barisan produk pada harga menarik. Di “LPG Tech Zone”, lebih 500 produk termasuk telefon pintar bertaraf premium, kamera dan komputer riba daripada Xiaomi, Huawei, honor, ASUS dan pelbagai lagi jenama besar turut menyertai kempen jaminan harga terendah. Pengguna yang mencari kelengkapan rumah yang moden boleh meninjau kempen jualan murah “Everything for Your Home” sepanjang ekspo ini untuk menikmati promosi hebat ke atas produk daripada jenama Philips, Senheng, Tefal, Midea dan banyak lagi. Untuk penjimatan berganda, tebus baucar bernilai sehingga RM100,000 sepanjang kempen untuk pembelian mereka.

Sepanjang tempoh kempen 4 hari ini juga, Shopee menawarkan ganjaran kepada peminat setia mereka di Facebook. Shopee turut melancarkan pertandingan “Tag a Bro, Win Like a Pro” bermula 23 Julai 2016 hingga 26 Jula 2018. Bagaimana cara untuk menyertai pertandingan ini ? Peminat media sosial hanya perlu mencari satu produk elektronik dengan label LPG di Shopee, ambil gambar produk tersebut dalam troli membeli-belah, kemudian tag seorang kawan lelaki dan tinggalkan komen mengapa mereka ingin memenangi produk tersebut. Pemenang bertuah akan menerima produk elektronik kegemaran mereka bernilai hingga RM1,000 setiap satu untuk dikongsi bersama rakan baik mereka. Mudah kan..?

Untuk maklumat lanjut, layari https://shopee.com.my/m/electronics-expo bermula 16 Julai 2018. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA di App Store atau Google Play. 

Selamat Membeli-belah !

~ Achik Huda ~