Assalamualaikum dan
salam sejahtera..
Guardian telah
memperkenalkan rangkaian produk kecantikan berasaskan alam semulajadi iaitu
Botaneco Garden Trio Oil Hair & Body dengan rumusan ultra-lembap yang
diperkaya dengan khasiat Babassu, Baobab dan Chufa. Botaneco Garden Trio Oil
yang lebih mesra ala mini dapat memenuhi kehendak pengguna yang bukan sahaja
berkesan, malah selamat serta dirumus daripada khazanah alam semula jadi
terpilih.
Rangkaian Botaneco Garden Trio Oil untuk rambut
dan badan ini dirumus daripada gabungan tiga jenis minyak tumbuhan eksotik yang
diiktiraf 100% mesra alam dan merupakan bahan yang popular untuk menjaga dan
melembapkan kulit serta rambut. Rumusan ini terdiri daripada Minyak Babassu
dari Amerika Latin, Minyak Baobab dari Afrika dan Minyak Chufa dari Perancis.
Koleksi ini diyakini
sebagai antara rangkain produk penjagaan badan dan rambut yang pertama
menggunakan kuasa pelembap daripada minyak tumbuh-tumbuhan eksotik ini. Berada
di negara beriklim tropika menjadikan kulit terdedah kepada persekitaran kering
dan lembap untuk tempoh yang lama. Oleh itu, kita memerlukan produk penjagaan
kulit dengan rumusan khasiat bahan pelembap tertinggi yang mana ianya terdapat
dalam produk Botaneco Garden Trio Oil yang telah diperkaya dengan dua rumusan
pelembap ekstrak yang menawarkan lima kali kuasa pelembap tambahan.
(Dari Kiri): Encik Peter Dove, CEO, Ketua Pegawai Eksekutif ,Guardian Health & Beauty Sdn Bhd, Cik Elyse Lee, Pengurus Kanan Serantau Bahagian Kesihatan & Kecantikan, The Dairy Farm Group dan Cik Cheryl Young, Pengurus Pemasaran Jenama Korporat Bahagian Kesihatan dan Kecantikan, The Dairy Farm Group di majlis pelancaran Koleksi Trio Minyak Rambut & Badan Botaneco Garden
Untuk pengetahuan semua
pembaca, ketiga-tiga variasi rangkaian produk mandian badan dan penjagaan
rambut ini seperti Syampu, Perapi Rambut dan Eliksir Rambut yang istimewa telah
dirumus dengan ekstrak tumbuhan serta diperkaya dengan khasiat Minyak Trio.
Botaneco Garen Trio Oil Hail Elixir is a water-based spray for
better absorbency and easy application.
Rumusan khas berasaskan
khazanah alam semula jadi yang diiktiraf mesra ala mini juga telah diuji secara
ddematologi dan terbukti berkesan. Malah, koleksi Botaneco Garden Trio Oil ini
sangat efektif serta lembut pada kulit dan rambut. Kenyataan ini memang tak
dapat disangkal lagi kerana Achik telah pun mencuba Shampoo – Hair Fail dan
Body Wash – Moisturising. Setelah beberapa hari menggunakan dua produk ini,
Achik dapat rasakan kulit badan dan rambut Achik lebih lembut. Yang paling
menarik, bau-bauan dari produk ini sangatlah wangi. Kalau digunakan pada waktu
malam, Achik pasti anda akan tidur dalam suasana yang nyaman dengan bau
semulajadi. Bertambah menarik lagi apabila kesemua rangkaian ini bebas daripada
bahan kimi yang berbahaya seperti Parabens, Silikon, Sabun, Pewarna Tiruan,
Lanolina dan DEA.
Achik sedang menggunakan Body Wash – Moisturising dan baru lepas
cuci rambut dengan Shampoo – Hair Fail. Secara peribadi, Achik dah jatuh cinta
dengan Botaneco Garden Trio Oil.
Pengarah Jenama
Korporat, Bahagian Kesihatan & Kecantikan The Dairy Farm Company Limited,
Segolene Defline berkata, “Pasukan penyelidik kami telah mengkaji kepentingan
penggunaan produk penjagaan kulit di kawasan beriklim tropika. Ini dilakukan
untuk mendapatkan adunan bahan pelembap terbaik demi memenuhi keperluan
tertentu bagi pengguna di rantau ini. Kami mendapati bahawa penggunaan bahan
tropika seperti Minyak Babassu dan Baobab adalah paling berkesan untuk
mencantikkan kulit dan telah dipraktikkan di rantau ini sejak berkurun lamanya.
Manakala Minyak Chufa yang telah lama digunakan oleh masyarakat kuno di Mesir
juga dianggap sebagai salah satu tumbuhan tertua pernah ditanam”.
Cik Elyse Lee, Pengurus Kanan Serantau Bahagian Kesihatan & Kecantikan, The Dairy Farm Group sedang menunjukkan langkah-langkah penyelesaian efektif oleh Koleksi Trio Minyak Rambut & Badan Botaneco Garden
Selain itu, rumusan
Botaneco Garden Trio Oil ini juga diperkaya dengan kebaikan Omega 3, 6 dan 9
agar kulit serta rambut lebih sihat dan berseri. Terbukti produk mesra alam dan
tanpa bahan kimia ini selamat digunakan dan menepati kehendak pengguna yang
mementingkan kesihatan serta alam sekitar.
Kelebihan yang ada pada
3 minyak utama yang digunakan dalam penghasilan Botaneco Garden Trio Oil:
1) Minyak Babassu : Dengan kandungan lima jenis asid lemak untuk merapi
serta melembutkan rambut, juga diperkaya dengan Vitamin E dan fitosterol yang
bertindak sebagai antioksida.
2) Minyak Baobab : Khasiat asid lemak semulajadi seperti Omega 3, 6 da
9 yang membantu menyuburkan kulit dan rambut agar lebih sihat dan berseri.
Minyak Baobab juga mampu melindungi rambut daripada kerosakan akibat terdedah
kepada sinar UV berbahaya dan ancaman radikal bebas dan ianya mudah meresap ke
dalam lapisan kulit. Patutlah kulit kepala rasa selesa dan tidak gatal selepas
menggunakan shampoo nya.
3) Minyak Chufa : Bahan utama dan rejim kecantikan masyarat
Mediterraean. Diperkaya dengan antioksidan seperti Omega 6 dan 9 serta Vitamin
E yang mampu menghalang ancaman radikal bebas agar wajah lebih awet muda dan
tidak berkedut.
Rangkaian ini
dinamakan Trio Minyak Rambut & Badan Botaneco kerana ia dirumus daripada gabungan tiga jenis minyak
tumbuhan eksotik yang diiktiraf 100% mesra alam dan merupakan bahan yang
popular untuk menjaga dan melembapkan kulit serta rambut –
Minyak Babassu dari Amerika Latin, Minyak Baobab dari Afrika dan Minyak Chufa
dari Perancis.
Koleksi Mandian Botaneco Garden Trio Oil terdiri daripada 3 variasi iaitu
Whitening, Moisturising dan Gentle Cleansing.
Manakala Shampoo dan Perapi Rambut dari Botaneco Garden Trio Oil juga
terdiri daripada 3 variasi iaitu Smooth & Silky, Hair Fall dan Repair &
Strengthen.
Harga ..???
Tak mahal dan sangat berpatutan.
Koleksi Botaneco Garden Trio Oil boleh didapati di semua kedai Guardian di
seluruh negara atau di e-store https://online.guardian.com.my.
Harga produk bermula dari RM3.80 hingga RM19.90 termasuk 6% GST.
Cik Cheryl Young, Pengurus Pemasaran Jenama Korporat Bahagian Kesihatan dan Kecantikan memperkenalkan varian yang terdapat didalam koleksi Trio Minyak Rambut & Badan Botaneco semasa pameran dan lawatan galeri.
Sempena hujung tahun 2015, sebarkan keceriaan musim perayaan dengan beg Gift of Love dengan sebarang pembelia Botaneco Garden Organic Argan & Virgin Olive Oil and Trio Oil bernilai RM20.00 dan ke atas. Sementara stok masih ada.
Achik di Botaneco Garden Trio Oil Media Launch
~ Achik ~
mcm mana nak pakai conditioner tu erk? sy ad beli y trial pack..nk cuba...cme ny xtau cara penggunaan yg betul utk hair conditioner
ReplyDeleteelixir tu guna waktu bila?
ReplyDelete