Wednesday, May 04, 2016

Timba Ilmu dan Pengalaman di Aquaria KLCC

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pertama kali menjejakkan kaki di dalam Aquaria KLCC sangatlah menyeronokkan bila Achik diberi peluang untuk menyaksikan sendiri hidupan laut termasuklah pelbagai jenis ikan, udang, penyu, tapak sulaiman dan macam-macam lagi.

Untuk makluman semua, Aquaria KLCC yang dimiliki oleh Aquawalk Sdn Bhd merupakan akuarium bertaraf dunia yang mempamerkan hidupan laut dan haiwan yang terdapat di Malaysia serta di seluruh dunia. Ianya merupakan satu akuarium yang mempamerkan lebih daripada 5,000 hidupan laut dan darat yang melibatkan keluasan lebih 60,000 ruang kaki persegi terletak ditengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.


 Sebaik sahaja melangkah masuk dalam Aquaria KLCC ni, para pengunjung akan menerima layanan istimewa daripada petugas Aquaria KLCC. Sudah pasti beg korang akan diperiksa dahulu sebabnya makanan dan minuman tak boleh dibawa masuk ye. Pelbagai servis disediakan oleh Aquaria KLCC buat pengunjungnya antaranya adalah Guided Tour. Dengan adanya 'guided tour', lawatan korang di Aquaria KLCC lebih bermakna kerana penerangan akan diberikan oleh pekerja Aquaria KLCC berkaitan hidupan laut dan haiwan yang terdapat di situ. Untuk khidmat 'guided tour' ini, minima peserta adalah 2 orang dan maksima adalah 50 orang dengan kadar RM191.

Ikan phiranna

Apa yang menarik adalah, struktur binaan serta susun atur akuarium di Aquaria KLCC ini sangatlah menarik. Ianya dibina dengan meniru habitat semula jadi ikan-ikan tersebut. Kalau korang yang tak pernah pergi diving tu memang patut datang ke Aquaria KLCC ni. Sebabnya segala ikan-ikan dan hidupan laut yang dipamerkan di Aquaria KLCC ini adalah sama dengan hidupan laut yang dapat dilihat di dasar laut. Memang sesuailah buat Achik yang penakut nak menyelam ke dasar laut..

Black Ghost Knifefish (electric catfish)

Purple Lobster. Habitatnya di terumbu karang dan sejenis haiwan omnivor.

Terdapat terowong sepanjang 90 meter yang dilengkapi dengan akuarium. Terowong tersebut dibina dengan laluan yang bergerak. Para pengunjung boleh menikmati pemandangan di dasar laut semasa berada di dalam terowong tersebut. Ikan jerung, pari dan pelbagai jenis ikan akan melintasi di atas kepada korang..!!!

Ikan jerung yang melintasi di atas kepala Achik. Menarik bila dapat tengok gigi jerung dengan lebih dekat.

Video dirakam semasa berada di dalam terowong sepanjang 90 meter 

Keluar sahaja daripada terowong tersebut, para pengunjung berpeluang untuk menyaksikan sesi memberi ikan makan secara live ! 'fish feeding show' ini akan diadakan pada setiap hari dan para pengunjung dapat melihat pasukan profesional Aquaria KLCC memberi makan kepada ikan-ikan yang terdapat dalam akuarium tersebut. Semasa sesi 'fish feeding', para pengunjung yang ingin merakamkan gambar atau video hendaklah mematikan 'flash' bagi mengelakkan ikan-ikan di dalam akuarium tersebut terkejut terutamanya ikan jerung. Ianya akan membahaya pasukan profesional yang sedang memberi makanan di dalam akuarium tersebut. Ingat ye. !

Sesi 'fish feeding'. Tiba-tiba Shark lalu kat sebelah. Mereka yang pakar sahaja tahu bagaimana nak alihkan perhatian ikan jerung itu.

I love this view...seperti sedang berasa di dasar laut..

Buat mereka yang teringin menyelam tetapi tiada lesen menyelam, Achik rasa Aquaria KLCC adalah tempat terbaik untuk korang timba pengalaman menyelam di dasar laut. Program yang diberi nama 'cage rage', di mana sangkar yang ditempah khas akan diletakkan dalam air iaitu satu-satunya "Living Ocean" di tengah-tengah Kuala Lumpur. Melalui sangkar tersebut, korang boleh menikmati pemandangan di dasar laut serta berada lebih dekat dengan jerung dan hidupan laut yang lain...Best kan..! Pakej 'cage rage' ini berharga RM211 seorang (termasuk GST) dan harga pakej ini termasuklah tiket ke Aquaria KLCC, sewa peralatan, t-shirt eksklusif Cage Rage dan sijil Cage Rage.


Hehehe...kalau 'cage rage' korang cuma stay dalam sangkar sahaja, tapi buat yang ada sijil menyelam, korang boleh ambil peluang untuk menyelam dalam Akuarium di Aquaria KLCC dengan lima (5) spesis jerung yang terdapat dalam tu. 'Dive With Sharks' dengan kos RM424 seorang (termasuk GST), korang boleh menyelam sama ada pada hari Selasa, Khamis, Jumaat dan Ahad pada jam 1.00pm. Dengan pakej ini, korang akan dapat tiket masuk ke Aquaria KLCC, sewa peralatan, T-shirt eksklusif Dive With Sharks dan sijil Dive With Sharks.


Selain itu aktiviti dan pakej yang dinyatakan di atas, banyak lagi pakej ditawarkan oleh Aquaria KLCC buat para pengunjung. Antaranya termasuklah:

* 'sleep with sharks'
* 'birthday party'
* 'marriage proposal'
* 'discovery hunt'
* 'event rate grouper hall'
* 'event rate aquatheatre'
* 'MOON Lab's Holodeck in Station Aquarius'

Kuda laut menanti para pengunjung di laluan keluar dari Aquaria KLCC. Fakta yang perlu korang tahu adalah kuda laut jantan yang mengandung, bukan kuda laut betina!

Spotted Garden Eel

Long Horn Cowfish

Satu pengalaman yang menarik dapat menghabiskan masa hujung minggu Achik di Aquaria KLCC. Sudah tentu pulang dari Aquaria KLCC bukanlah dengan tangan dan minda yang kosong. Banyak yang boleh dipelajari. Terutamanya kempen menghentikan pembunuhan ikan yu yang telah dilancarkan sejak tahun 2011 lagi. Kempen ini untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum berkaitan pembunuhan ikan yu hanya untuk mengambil siripnya bagi dibuat sup. Kempen ini berhasrat dapat menghentikan permintaan sup ikan yu di kalangan masyarakat kita agar pembunuhan ikan yu dapat dihentikan serta-merta. Selagi ada permintaan di pasaran, selagi itu ikan yu akan dibunuh untuk siripnya.

Bagi yang berminat mendapatkan maklumat berkaitan Aquaria KLCC bolehlah layari laman web rasmi aquariaklcc.com

Like FB Aquaria KLCC
Follow IG @aquariaklcc

Waktu Operasi:
Dibuka setiap hari dari jam 10.30am hingga 8.00pm
(waktu terakhir untuk masuk pada jam 7.00pm)

Tiket MasukHarga NormalHarga (dengan MyKad)
DewasaRM64RM46
Kanak-Kanak*RM53RM35
Warga Emas**RM43RM35
*Masuk percuma untuk kanak-kanak bawah 3 tahun
*Kanak-kanak (3 hingga 12 tahun)
**Warga Emas: 60 tahun ke atas
~ Achik ~

No comments:

Post a Comment