Saturday, May 14, 2016

Pretz n' Beanz Kini di Bangsar

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hi. korang...lama betul blog ni bersarang..Al-maklum la baru pulang dari Bandung..balik dari Bandung, demam pula menyerang...nanti Achik share story di Bandung ye..

Untuk entry kali ni, Achik nak share pasal makanan lagi..hehehe..Kali ni, nak story mory pasal Pretzel di Pretz n' Beanz yang terletak di Bangsar. Untuk pengetahuan korang, cawangan Bangsar ni sebelumnya terletak di Ikano Power Centre tetapi telah dipindahkan ke Bangsar kerana peratusan jualan yang merudum akibat pembukaan cawangan Ikea di Cheras. Jadi tuan empunya Pretz n' Beanz ni buat keputusan untuk berpindah ke Bangsar yang terletak di Jalan Telawi 2. Walau bagaimanapun, Achik mendapati keputusan untuk berpindah ke Bangsar Baru ini adalah keputusan yang agak berisiko tinggi memandangkan banyak restoran yang telah lama bertapak di Bangsar Baru. Selang beberapa shop lot dari Pretz n' Beanz ni pun terdapat kedai pizza. Malah berhadapan dengan Pretz n' Beanz pun ada restoran yang menawarkan hidangan pizza. Orang kata, dalam perniagaan ni kena berani membuat keputusan. Siapa sangka rugi di awal perpindahan tetapi bakal mengaut untung pada masa akan datang.



Interior Pretz n Beanz Bangsar

Orite...jom kita sama-sam tengok apa yang menarik di Pretz n' Beanz ni. Kalau tengok pada nama restoran, sudah tentulah kepakaran dan keistimewaan menunya ada pada Pretzel yang dihidangkan. Achik pasti jika sebut sahaja Pretzel, dah tentu ramai yang akan kata Aunty Anne. Yup...Achik pun memang biasa makan Pretzel di Aunty Anne. Tetapi apa yang istimewanya dengan Pretzel di Pretz n' Beanz ni?


Sudah tentulah doh nya. Untuk makluman korang, doh Pretzel di Pretz n' Beanz ni bukan disediakan di restoran. Ianya disediakan di HQ untuk diagihkan kepada cawangan di Solaris dan Bangsar Baru. Pemiliknya sangat menitikberatkan kualiti serta kelembutan doh yang digunakan untuk menghasilkan Pretzel.

Pretzel Sour Cream Onion Flakes. Ianya dihidangkan dengan sour cream dalam bekas yang berasingan.

Parmesan Cheese Pretzel

Seaweed Pretzel..yang ni memang sedap...rasa Pretzel tu dah blend dengan Seaweed..Seaweed Pretzel ni antara menu pilihan pelanggan di Pretz n' Beanz

Nampak kan...bentuk dan saiz Pretzel yang disediakan oleh Pretz n' Beanz ni sama sahaja...bentuk pun cantik..takde kemek sana sini..

Selain menu pretzel, antara yang menjadi tarikan di Pretz n' Beanz adalah Pretzel Pizza. Pretzel Pizza ni lain ye dengan pizza di dominos & pizza hut. doh yang digunakan sama dengan doh Pretzel..Achik turut dimaklumkan oleh restaurant manager di Pretz n' Beanz Bangsar bahawa Pretzel Pizza ni kalau dipanaskan sekali lagi dalam microwave, ianya tak akan keras malah tekstur dan kelembutannya masih seperti Pretzel Pizza yang baru dimasak. So, tak perlu risau la andai kata ada yang nak 'take away' tapi takut pizzanya keras bila dah sejuk. Pretzel Pizza adalah pilihan pizza terbaik untuk dibawa pulang dan makan bersama keluarga di rumah.

Hot Pepper Chili Chicken. Sedap yang ni...tak puas makan kalau order saiz 7 Inci. Wajib order 10 inci ye...

Ini adalah antara flavor pizza terbaru di Pretz n' Beanz iaitu Flammkuchen. topped with sour cream, yellow onion slices, beef brisket dan mozzarella cheese. Yang ni pun sedap !

Untuk makluman korang, Pretzel Pizza di sini didatangkan dengan saiz 7 inci dan 10 inci. Harga pula antara lingkungan RM17 hingga RM26.50 (termasuk GST).


Selain Pretzel dan Pretzel Pizza, banyak lagi menu lain yang menarik dan sedap ditawarkan oleh Pretz n' Beanz. Antara yang sedap dan menepati selera Achik adalah Aglio Olio nya. Aglio Olio Prawn Spaghetti yang berharga RM28.50 ini sangatlah sedap dan pedas !...hehehe..


Royale Salmon Egg Benedict berharga RM28.50 (termasuk GST). Antara hidangan sarapan yang boleh dinikmati di Pretz n' Beanz. Yang penting salmon nya tak hanyir & fresh !!!!.

Cheesy Mushroom Chicken Baked Rice berharga RM16.10 (termasuk GST) yang boleh dinikmati sepanjang masa di Pretz n' Beanz

Champignon Baked Egg berharga RM18 (termasuk GST). Dihidangkan dengan Plain Pretzel antara hidangan sarapan pagi yang boleh dinikmati di Pretz n' Beanz

Tadi Achik dah kongsi serba sedikit makanan apa yang menarik di Pretz n' Beanz. Macam mana pula dengan minuman di sini?

Yang suka hazelnut, Achik memang recommend dekat korang untuk cuba Hazelnutt Latte (hot) yang berharga RM13. Rase hazelnutt latte nya memang cukup rasa. Antara yang menjadi pilihan pelanggan di sini adalah Green Tea Latte (hot).

Hazelnutt Latte & Green Tea Latte


Selain latte, pelbagai rasa Ice Blended ditawarkan buat pelanggan yang berkunjung di Pretz n' Beanz. yang menjadi pilihan kami adalah Green Tea With Topping Cream dan Florentine Cookies With Topping Cream. Harga Ice Blended di sini adalah RM13.80.


Untuk pencuci mulut pula, Achik recommend kat korang Black Sesame Mille Crepe seperti dalam gambar ni. Harga untuk 1 slice = RM13. Rasa? sudah tentu lah sedap. Black Sesame Mille Crepe ni memang antara pencuci mulut yang top di Pretz n' Beanz. Buat peminat Lava Cake, boleh juga cuba Volcano Chocolate Cake with Ice Cream yang berharga RM14.00.


Kalau korang berada di Bangsar, jangan lupa singgah makan di Pretz n' Beanz ni.

Alamat:
No. 9, Jalan Telawi 2,
Bangsar Baru,
59100 Kuala Lumpur

No. Telefon : 03-2201 9026
Emel : pretznbeanz@pretznbeanz.com

Untuk maklumat lanjut, jom like & follow FB & IG rasmi Pretz n' Beanz:


Klik untuk Gambar dan Menu Makanan di Pretz n' Beanz.

~ Achik ~




1 comment:

  1. pizza dengan pretzel dia mmg sedap...tapi Sally prefer yang kat Solaris lagi...hmmm

    ReplyDelete