Assalaimualaikum dan salam sejahtera...
Wah...beruntung kaum hawa sekarang...Shopee, platform membeli-belah mudah alih pertama yang tidak asing lagi..Kini menawarkan peluang eksklusif untuk kaum wanita belajar tentang m-dagang sewaktu masa lapang mereka.
Pada 16 Mei 2016 yang lalu, ramai ibu sama ada usahawan berpengalaman atau usahawan baru telah berhimpun di sebuah bengkel "Mighty Moms" yang dikendalikan oleh Shopee untuk mendalami ilmu dan berkongsi pengalaman mereka mengenai cara untuk menjalankan perniagaan online dengan jayanya.
(Middle)
Christopher Choy, Senior Business Development of Shopee and (second from right)
Premaloshini, PR and Partnerships Lead of Shopee with the speakers at the
Shopee Uni Mom Edition celebration from (L-R): Alecia Heng, founder of Gorgeous
Geeks, Amalia Essya Utami, a Shopee mom entrepreneur and Carol Fung, Manager of
eCommerce Enablement Division for MDEC
"Kami
ingin membuka peluang untuk lebih ramai kaum wanita, terutamanya ibu-ibu, untuk
menjalankan perniagaan online sendiri. Shopee menawarkan platform yang mudah,
selamat dan bebas kekalutanuntuk penjual, menjadikannya mudah untuk memulakan
perniagaan online," kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
Christopher Choy semasa sesi perkongsian ilmu
"Apa yang baik ialah Shopee
University aktif memberi petunjuk kepada para penjual kami dalam menjalankan
perniagaan online, dan juga memberikan akses ekslusif mengenai trend m-dagang
terkini serta untuk ciri-ciri terbaru Shopee, pengemaskinian produk dan
promosi. Kami berharap inisiatif-inisiatif ini akan memberi galakan kepada lebih
banyak 'Mighty Moms' untuk menjadi seorang ahli perniaga online," tambahnya.
Seorang Ibu dan juga usahawan Shopee turut berkongsi pengalaman dan tips bagaimana beliau uruskan perniagaan menggunakan aplikasi
Selain
daripada mendidik para ibu bagaimana
mereka boleh menyertai app Shopee yang semakin berkembang, sesi itu juga dihadiri usahawan Alecia Heng dari Gorgeous
Geek dan usahawan ibu dari Shopee yang berkongsi tentang pengalaman mereka.
“Perniagaan online adalah cara yang baik untuk
wanita, terutamanya ibu-ibu yang ada jadual yang sibuk dan pada masa yang sama
ingin meluangkan masa di rumah dengan kanak-kanak mereka, untuk mendapatkan
pendapatan atau menambah pendapatan mereka. Saya amat berbesar hati diberi
peluang mengambil bahagian dalam inisiatif Shopee University ini, untuk
menggalakkan dan memperkasakan kaum ibu untuk menjadi sebahagian daripada
landskap perniagaan online yang berkembang pesat," komen Alecia di majlis
Shopee University Mom Edition.
Ibu yang juga usahawan sedang dimanjakan dengan servis manicure
Bersempena
dengan Hari Ibu, para ibu dijamu dengan hidangan makan tengahari termasuk
rawatan kuku ekspres, manakala anak-anak
mereka dijaga oleh pengasuh di kawasan permainan sepanjang acara tersebut.
Sebagai pasaran sosial
mudah alih di Malaysia dengan lebih dari 10 juta muat turun di rantau ini,
Shopee pantas menjadi pemain utama dalam sektor m-dagang tempatan. Dalam hanya
beberapa langkah mudah, pengguna boleh menjual seperti pro diShopee tanpa caj,
komisen dan juga mendapat insentif yuran penghantaran.
Anak-anak yang hadir turut serta dalam pertandingan mewarna
Fungsi ‘Follow’ dan ‘Like’ dalam
Shopee membolehkan pembeli untuk mengikuti penjual kegemaran dan menyukai produk
kegemaranmereka, serta dikemaskinikan produk terbaru dan penawaran terkini.
Melindungi kepentingan pembeli dan penjual, Shopee menghilangkan risiko penipuan
dalam transaksi melalui sistem pembayaran, Shopee Guarantee. Pembeli diyakinkan
menerima pesanan mereka dalam keadaan yang dijanjikan atau yang diiklankan,
jika tidak, mereka akan menerima bayaran balik.
Usahawan Shopee sedang meluangkan masa bersama anak-anak mereka di ruang permainan
Muat turun Shopee secara
percuma disemua platform bimbit melalui Apple App Store dan Google Play Store,
dan menjadi sebahagian daripada revolusi bisnis online terbaru.
~ Achik ~
No comments:
Post a Comment