Assalamualaikum
dan salam sejahtera ...
Hai
korang..!!! Semakin hari semakin terasa kemeriahan Bulan Ramadhan Al-Mubarak
yang bakal tiba tak lama lagi. Sembang pasal ramadhan ni, korang semua dah
habis ganti puasa ke? If belum, cepat-cepatlah selesaikan ganti puasa
tu...Nanti tak happy pula nak sambut ramadhan bila ada yang masih belum
diganti...
Ok,
cerita kali ni masih lagi tentang Buffet Ramadhan...bosan ke asyik cerita makan
je? Hehehe...Achik suka tau....suka nak jamu mata korang semua dengan gambar
makanan yang menyelerakan...
Untuk
kali ini, Achik telah diundang ke prebiu Buffet Ramadhan 2016 di Hotel Pearl
International yang terletak di Jalan Klang Lama. Bertemakan ‘Sentuhan Ramadhan Berbuka Puasa’, Hotel
Pearl International telah cuba yang terbaik untuk menghidangkan pelbagai jenis
menu makanan pada setiap hari sepanjang bulan Ramadhan nanti.
Hidangan
pembuka selera yang menanti para pengunjung sudah pastinya buah kurma, rojak
buah-buahan dan minuman segar soya bean, cincau manis, air tebu, sirap selasih,
sirap banding, bali, kembang semangkuk, kelapa laut dan air jagung. Untuk tahun
ini, Hotel Pearl International menyediakan lebih daripada 120 hidangan yang
sememangnya popular ketika waktu berbuka puasa. Lebih menarik lagi buffet
ramadhan di sini akan di tukar menunya pada setiap hari secara giliran selama 8
hari. So, kalau korang datang berbuka puasa di sini lebih dari sekali, takde la
makan menu yang sama je kan...
Buah-buahan yang menarik perhatian
Rojak buah-buahan, ulam-ulaman
Kerabu
Sambal tempoyak, sambal belacan, budu
Tempe goreng
Jom
usha menu-menu yang menarik di Buffet Ramadhan 2016, Hotel Pearl
International...
Gerai dan kaunter masakan panas:
Kambing
golek adalah menu wajib yang ada di setiap Buffet Ramadhan. Berbeza dengan
kambing golek yang lain, di Hotel Pearl International, Kambing Golek nya
diperap dengan pelbagai rempah dan di panggang secara ‘live’ di hadapan para pengunjung yang berbuka puasa di situ. Ianya
boleh dinikmati dengan sos lada hitam, sos rosemary, sos pudina, sayur-sayuran
dan kentang bakar.
Di
kaunter kawah panas, hidangan Daging
kambing Rogan Josh, Gulai Daging dengan Kentang dan Gulai Daging Kawah akan
dihidangkan secara ‘rotation’. Ini
bermakna 3 minum ini akan dihidangkan pada hari berlainan secara giliran.
Mutton RoganJush
Lemang raya juga dihidangkan buat para
pengunjung. Mungkin terlalu awal untuk menikmati lemang pada bulan Ramadhan.
Tetapi lain orang lain seleranya. Lemang raya ini boleh dinikmati dengan
rendang ayam, rendang daging dan serunding ayam. Rendang yang disediakan di
Buffet Ramadhan Hotel Pearl International ini memang SEDAP ! Achik sempat rasa
masam prebiu baru-baru ini. Jangan kata lemang raya je, lontong pun ada...nasi
impit dan kuah lodeh juga dihidangkan buat para pengunjung...sambil meriahkan
bulan Ramadhan sambil terasa bahang untuk sambut hari raya...
Lemang serunding ayam
rendang ayam
Gerai
Sup ‘Homemade’ juga menawarkan
pelbagai jenis sup yang dihidangkan kepada pengunjung secara ‘rotation’. So, kalau korang nak rasa
kesemua sup ni, kena la datang setiap hari....hehehehe...Antara sup yang ada:
·
Sup
tulang
·
Sup
gearbox
·
Sup
tulang rusuk
·
Sup
perut lembu
·
Sup
ayam
·
Sup
Ekor
·
Sup
tom yam campur
Sup tulang lada hitam
Buat peminat nasi kandar, Nasi Kandar Istimewa dengan lauk pauk
yang beraneka juga disediakan iaitu ayam goreng berempah, telur ikan kunyit dan
bawang, ikan goreng, sotong goreng dengan biji mustard, telur goreng, sayur
kobis dan nasi putih. Lauk pauk untuk nasi kandar ini juga dihidangkan secara
giliran. Jadi takde la tetamu yang hadir makan lauk yang sama hari-hari kan.
Turut istimewa dan sedap juga adalah
hidangan Nasi Briyani yang
dihidangkan dengan kuah dalcha sayur. Nasi Briyani juga akan dihidangkan secara
bergilir antara Nasi Briyani Kambing dan Nasi Briyani Ayam. Dia punya rasa
memang umphhh la !!! Masa prebiu hari tu, Hotel Pearl International hidangkan
Nasi Briyani Ayam...memang sedap!
Nasi Briyani Ayam
Selesai menu-menu di gerai /
kaunter. Jom tengok pula menu utama yang wajib ada ketika berbuka puasa:
·
(Main
Dish yang dihidang secara giliran selama 8 hari) – Nasi putih, Gulai Kambing, Nasi
Dagang, Ayam Panggang Masak Lemak Chili, Daging Masak Kicap, Ikan Tongkol Masak
Kari, Taugeh Goreng, Sambal Terung, Roti Murtabak dengan Kari Ayam dan dhal,
Ayam Masak Kurma dengan kentang, Nasi Aroma Pandan, Ayam Penyet, Kerang
Rendang, Ikan Kembong Asam Pedas, Pajeri Nenas, Nasi Tomato, Gulai Lemak Labu,
Ayam Kelio, Ikan Pari Asam Pedas, Kailan Ikan Masin dengan cendawan, Kacang
Panjang Goreng Belacan, Sambal Telur, Kari Ayam, Sambal Udang, Ikan Tongkol
Masak Tauchu, Sauteed Siew Pak Choy, Tauhu Sambal, Ikan Masin Lemak Nenas
(nyonya style), Ayam Masak merah, Pajeri Tering, Ikan Dory Masak Masam Manis, Sotong
Masak Kicap, Kari Kambing, Sayur Lemak Putih Pucuk Manis dengan Kentang, Sayur
Jawa, Ikan Tenggiri Bakar ala Pearl, Sambal Petai Ikan Bilis, Sotong Bali Sweet
Sour.
Chinese Omelette Fried Fish With Tumeric
Fried Squid With Mustard Seed Telur Ikan
Mutton Masala Spicy Fried Chicken
·
Taste
of Arab (dihidang pada setiap hari) – Roti Pita dan Shawarma Ayam yang
dihidangkan dengan yogurt dan mediterranean salad.
Chicken Sharwarma
·
Goreng
Corner (dihidang pada setiap hari) – keropok lekor, otak-otak, pulut panggang
·
Taste
of ‘kampung’ (dihidangkan pada setiap hari) – bubur lambuk
Bubur Lambuk
·
Noodle
Stall (menu dihidang secara bergilir) – wantan, laksa, mee rebus, laksa johor,
nyonya curry laksa, mee bandung
·
Satay
! (dihidang pada setia hari) – satay daging dan ayam dihidangkan dengan
ketupat, bawang, timun dan kuah kacang. Oh ye, satay ni Satay Kajang tau..!!!
·
Hot
Porridge (menu dihidang secara bergilir) – bubur kacang merah, bubur pulut
hitam, pengat ubi, bubur kacang hijau durian dan bubur kurma.
·
Sweet
dan dessert corner, Kuih Melayu dan Buah Segar (dihidang pada setiap hari) –
yang ni paling best.!! Dessert di dekat buffet ramadhan Hotel Pearl
International ni ada banyak dan Achik diberitahu oleh salah seorang chef nya,
adala lebih 32 hidangan pencuci mulut untuk dinikmati oleh para pengunjung.
Antara hidangan pencuci mulutnya chocolate eclairs, cream caramel, durian
mousse, cheese cake, tapai ubi dan tapai pulut, tepung talam, tepung pelita,
seri muka dan banyak lagi...Kena datang sendiri baru tahu la...!!!
Puas
tak tengok gambar-gambar makanan yang ada di Buffet Ramadhan 2016 Hotel Pearl
International untuk tahun ini? Kalau tak puas, Achik rasa korang wajib spend
untuk berbuka puasa di sini. Hidangan menu-menu yang berbeza pada setiap hari
dan pelbagai pilihan makanan untuk korang nikmati.
Masa
Prebiu hari tu, makanan yang dihidangkan oleh pihak hotel lebih kepada hidangan
hotel style...tapi bila tengok balik senarai menu yang disediakan oleh pihak
hotel, rupa-rupanya banyak juga street food yang ditawarkan..Menu yang biasa
dimasak di rumah juga ada dihidangkan di buffet ramadhan Hotel Pearl
International.
Jadi,
berapa harga untuk berbuka puasa di Hotel Pearl International?
Bermula 06 Jun 2016 hingga 04 Julai
2016
Jam 7.00 petang hingga 10.30 malam
RM98.00++ untuk Dewasa
RM45.00++ untuk Kanak-kanak / warga
emas (umur 55 tahun ke atas)
Sudah
pasti untuk yang buat tempahan awal bakal menikmati harga istimewa. Hotel Pearl
International menawarkan harga promosi untuk Voucher Berbuka Puasa di sini
iaitu pada harga RM650.00 Nett untuk 1
buku yang mempunyai 10 vouchers!!! RM650.00 nett tu untuk 10 orang makan,
jatuh pada harga RM65.00 seorang..Ini bermakna korang boleh jimat lebih 35% daripada
harga biasa. Harga promosi ini hanya sah untuk pembelian sebelum 05 Jun 2016. Lagi best apabila setiap pembelian 1 buku
voucher tersebut, pihak hotel akan beri lagi 1 extra complimentary ramadhan
dining voucher. Maknanya beli untuk 10 orang tapi dapat untuk 11 orang...Best
best best!!!!
Untuk
dapatkan maklumat lanjut berkaitan Buffet Ramadhan di Hotel Pearl
International, bolehlah call Lawrence
Khoh di talian 016-331 8420 atau
03-7983 1111 ext. 3309 pada waktu
pejabat.
Untuk
tempahan, boleh hubungi Cafe 5 di talian 03-7983
1111 ext. 3203, 3205 (Alan Wong / Mohd Izwan)
Alamat:
Pearl International Hotel,
Batu 5, Jalan Klang Lama
58000 Kuala Lumpur
~
Achik ~
jimat banyak ini ... bagus jika ada plan nak berbuka bersama keluarga atau rakan-rakan pejabat kan.
ReplyDeletebetul tu...sangat jimat kalau beli dengan harga promosi...
DeleteMana-mana yang memang setiap tahun ada perancangan berbuka puasa ramai2, dh boleh start grab..