Monday, May 30, 2016

Menu Istimewa Sempena Ramadhan 2016 di D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai korang....kali ni kita cerita pasal makan lagi...Bulan ramadhan tinggal beberapa hari je sayang-sayang semua...Pastikan bukan Syaaban yang masih berbaki beberapa hari ini digunakan untuk ganti puasa yang mana masih belum ganti...hehehe..


Konsep 3 + 1 di D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat sememangnya tidak asing lagi. Sempena Ramadhan yang akan tiba tak lama lagi, D'Kayangan telah membawa kelainan pada steamboat, grill dan bbq nya. Pengunjung yang berbuka di D'Kayangan pada bulan Ramadhan nanti berpeluang untuk menikmati menu tambahan yang menarik.

Pada 25 Mei 2016 yang lalu, D'Kayangan telah mengadakan Majlis Media Preview Buffet Ramadhan 2016 untuk memperkenalkan menu-menu istimewa yang akan dihidangkan sepanjang bulan Ramadhan nanti. Jom checkidout apa menu-menu istimewa yang menanti korang semua:

Menu Istimewa Bulan Ramadhan 2016


Nasi Briyani Gam. Ianya dimasak menggunakan beras basmathi bersama rempah briyani. Achik dah rasa kesedapan Nasi Briyani ni...sedap tau..Kalau tak percaya, korang kena lah datang berbuka puasa di sini nanti.


Ayam Kampung Goreng Berempah. Ayam yang digunakan adalah ayam kampung yang diperap bersama bahan-bahan rempah asli yang dikisar dan diadun menjadi bahan perapan.


Gulai Kawah Daging Cincang. Daging yang dimasak empuk di dalam kawah bersama dengan rempah ratus yang terpilih. Lembut daging nya. 


Gulai Kawah Ayam pun ada masa bulan Ramadhan nanti


Sup Tulang juga merupakan menu istimewa yang akan dihidangkan sepanjang bulan Ramadhan nanti. Tulang lembu dan daging direbus sehingga empuk bersama dengan rempah ratus yang terpilih dan dihidang bersama daun sup dan bawang goreng. Cukup lengkap rasa supnya.


Yeszzaaaaa.....Cukup istimewa apabila Ikan Patin Masak Tempoyak turut dihidangkan buat pengunjung yang berbuka di sini. Ikan Patin yang digunakan memang segar dan dimasak bersama tempoyak asli. Tak rasa hanyir tau ! Sedap sangat..!


Menu wajib ada dan paling istimewa yang bakal menjadi rebutan pelanggan yang hadir adalah Kambing Panggang. Dan banyak kali Achik rasa kambing panggang dan sos black pepper di D'Kayangan. Rasanya masih sama malah sos black pepper di D'Kayangan antara yang sedap yang Achik pernah makan.

 


Selain menu istimewa tadi, seperti biasa korang boleh nikmati hidangan skewer dan bbq istimewa di D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat. Antara menu skewer dan bbq istimewa tersebut termasuklah:

* ayam skewer berempah
* ayam skewer kunyit
* ayam skewer cilantro
* daging skewer hitam manis
* sotong skewer pedas cilantro
* sotong skewer berempah
* ikan dory skewer berempah
* Udang skewer cilantro pepper
* kambing skewer hitam manis
* otak-otak
* pari asam nyonya




Bagi steamboat pula, pengunjung diberi pilihan antara sup ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan untuk mereka nikmati bersama-sama aneka makanan laut yang segar-segar. Pilihan yang tersedia tentunya udang besarm jetam, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi.



Pelbagai jenis bebola, sayur-sayuran, aneka mee dan juga fucuk turut disediakan untuk pilihan pelanggan. Terdapat pelbagai pilihan sos yang dibuat sendiri oleh Chef Shahnizam seperti Sos Cili Pedas, Sos Cilii Thai, Sos Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi.



Selepas menikmati hidangan steamboat, grill dan bbq, pengunjung juga dihidangkan dengan pelbagai jenis pencuci mulut termasuklah 'breads & butter pudding dengan sos vanilla', aneka kek, krim puff mini, kek, brownie coklat, agar-agar dan juga aneka buah-buahan. Aiskrim, ABC, Icy Moonster, air panas dan sejuk juga disediakan. Achik suka Icy Moonster di sini. Teh tarik pun sedap !




Ok....berapa harga untuk satu kepala sepanjang bulan Ramadhan nanti?

Dengan kesemua menu yang terdapat di atas, pelanggan hanya perlu membayar serendah RM49.90++ untuk dewasa dan RM24.00++ untuk kanak-kanak (5 - 11 tahun). Restoran D'Kayangan ini mampu menampung sehingga 500 orang dalam satu masa iaitu seramai 180 orang di bahagian penghawa dingin dan 320 orang di bahagian luar restoran. Surau turut disediakan untuk kemudahan pelanggan menunaikan solat Maghrib. Ruang tempat letak kereta juga luas di sepanjang jalan tersebut.



Buffet Ramadhan 2016 D'Kayangan:
Bermula 06 Jun 2016 - 05 Julai 2016
5.00 pm hingga 1.00 am


Alamat:
No. 1, Apartment Servis Sri Acapella,
Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13
Shah Alam

Untuk tempahan hubungi talian berikut:
012-297 1091
017-507 6274
03-5523 4979


~ Achik ~

2 comments:

  1. Pengsan tgk makanan banyak sungguh. Kalau mcm nilah
    Bulan ramadan.. habislah tengah solat x tahan nak terkentut.. kekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..solat dulu kak..baru sambung makan..hehe..

      Delete