Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada masa kini, sudah banyak spa
kecantikan diwujudkan di Malaysia yang tumbuh seperti cendawan. Namun, masih
ramai di antara kita masih tidak tahu untuk memilih spa kecantikan yang ada di
pasaran untuk terapi diri bagi tampil anggun dan menawan.
CitySkin MediSpa adalah pilihan paling
tepat untuk anda di luar sana yang ingin tampil sihat dan jelita kerana ianya
menggabungkan Klinik dan Spa yang menawarkan khidmat nasihat bagi golongan yang
mementingkan kecantikan dan kesihatan serta membimbing mereka yang mempunyai
masalah kesihatan.
Cityskin Medispa merupakan gabungan inspirasi
ibu dan anak, Dr. Wan Julia Sham Dato Ariffin, 53 tahun serta anak beliau, Siti Farah Azwin Abd
Khalid, 26 tahun. Kedua-duanya sering
mengimpikan untuk membuka sebuah Spa yang menggabungkan Klinik dan Spa yang patuh
syariah khas untuk wanita dan lelaki demi memenuhi permintaan yang tinggi akhir-akhir
ini. Ramai di luar sana yang masih tidak
faham tentang kepentingan gabungan MediSpa ini. Kecantikan dan kesihatan amat
berkait rapat dan seharusnya berjalan seiring. Jika kesihatan tidak diutamakan
pasti ia akan menggugat kecantikan luaran yang lain.
Dari kiri : Puan Siti Farah, Achik dan Dr. Wan Julia |
Pada Sabtu lepas ( 17 Oktober 2015 )
telah diadakan satu sesi pengenalan bersama pihak Blogger berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan di
CitySkin MediSpa dan Hair Rich yang telah diadakan di Hair Rich World
Integrated Technology Centre. Untuk makluman semua pembaca, Hair Rich ini
merupakan salah satu cawangan kepada CitySkin MediSpa yang telah dibuka pada
tahun 2015. Manakala CitySkin MediSpa telah pun ditubuhkan sejak tahun 2012
lagi.
Pada hari tersebut, Dr. Wan Julai Sham
Dato’ Ariffin yang merupakan Doktor Perubatan serta seorang Pakar Anti-Penuan
dan Estetik telah meluahkan pendapat beliau bahawa masyarakat harus diberi
pendedahan yang lebih terperinci mengenai kaitan hormon dalam mempengaruhi
kesihatan dan cara hidup seharian. Dr. Wan Julia juga merupakan doktor Melayu
pertama di Malaysia yang menerima Board Certified In Anti Aging &
Regenerative Medicine (ABAARM – A4M USA) Dr. Wan Julia dan Puan Siti Farah merupakan
2 orang antara 3 orang Trichologist di Malaysia yang merupakan International Certified
Trichologist.
Antara sijil yang dipamerkan sebagai bukti kepakaran yang dimiliki oleh dua beranak ini. |
Semasa sesi tersebut, Dr. Wan Julia dan
Pn Siti Farah banyak berkongsi ilmu tentang kecantikan yang semuanya bermula
dari dalam. Hormon yang seimbang memainkan peranan yang penting dalam
mezahirkan kecantikan dan kesihatan seseorang. Sebagai contoh adalah masalah
keguguran rambut yang dihadapi oleh kebanyakan manusia di dunia tanpa mengira
jantina. Ramai yang tidak tahu bahawa masalah keguguran rambut kebiasaannya
berpunca daripada ketidakseimbangan hormon yang berlaku disebabkan oleh
peningkatan usia, pemakanan tidak sihat, kurang senaman, pencemaran alam
sekitar dan banyak faktor lain. Sekiranya masalah ketidakseimbangan hormon ini
tidak dirawat dengan segera, ianya akan menyebabkan keguguran rambut sekaligus
seseorang bakal berdepan dengan masalah kemurungan yang mana akhirnya
menjejaskan prestasi kerja dan kehidupan seharian. Antara simptom yang dihadapi
akibat ketidakseimbangan hormon adalah keletihan, kemurungan, darah tinggi,
kegemukan, insomnia, obesiti, ketidaksuburan, kelesuan, keguguran rambut,
pusingan haid tidak teratur, migrain, senggugut dan sebagainya.
Family business. Dari kiri Dr. Khalid ( husband Dr. Wan Julia ), Puan Siti Farah ( anak kepada Dr. Khalid & Dr. Wan Julia ), Dr. Wan Julia |
See..hormon dalam badan sangat
memainkan peranan penting untuk mezahirkan kesihatan dan kecantikan pada diri
seseorang. Jangan kata korang, Achik rasa Achik pun mengalami masalah
ketidakseimbangan hormon dalam badan. Buktinya, Achik mengalami masalah
keguguran rambut dan Achik lebih selesa untuk berambut pendek bagi menampak
rambut Achik banyak walhal rambut tu jarang-jarang…heheheh…
Selain itu, CitySkin MediSpa dan Hair Rich adalah
Spa kecantikan yang jauh berbeza dengan spa dan pusat kecantikan yang terdapat
di luar sana. Produk yang digunakan oleh CitySkin MediSpa dan Hair Rich adalah
semuanya berasaskan semula jadi dan ianya diimport dari luar Negara. Dr. Wan
Julia dan Pn Siti Farah sangat menitik beratkan bahan-bahan yang digunakan
dalam produk mereka agar ianya tidak mempunyai bahan kimia yang memberi kesan
sampingan kepada manusia.
Antara produk yang digunakan dalam rawatan rambut di Hair Rich World Integrated Trichology Centre |
Pada sesi tersebut juga kami diberi
sedikit penerangan dan demontrasi berkaitan dengan perkhidmatan konsultan serta
rawatan yang diberikan di CitySkin MediSpa, khususnya di Hair Rich World
Integrated Trichology Centre. Setiap
pelanggan yang berhajat untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan di sini,
anda dinasihatkan untuk membuat panggilan telefon terlebih dahulu untuk membuat
temujanji sama ada di CitySkin MediSpa mahupun di Hair Rich.
Kesihatan rambut Blogger Wendy sedang diperiksa oleh Puan Siti Farah |
Puan Siti Farah akan mengenal pasti masalah rambut dan kulit kepada yang dihadapi oleh pelanggan di CitySkin MediSpa dan Hair Rich. Gambar ini menunjukkan pelanggan tersebut mempunyai masalah kegatalan pada kulit kepala yang telah kelihatan merah, |
Terdapat tiga helai rambut yang tumbuh pada satu ruang tanda kulit kepala anda sihat. |
Antara perkhidmatan dan rawatan yang ditawarkan di CitySkin MediSpa |
Body & Bridal Spa juga ditawarkan di CitySkin Medi Spa |
Dapatkan Hair Spa by Hair Rich sekiranya anda mempunyai masalah rambut. |
Promosi yang ditawarkan di Hair Rich |
Bagi yang berhajat untuk mendapatkan
rawatan di sini, anda boleh lah kunjungi atau hubungi mana-mana cawangan di
bawah.
Cawangan
Cityskin Medispa & Hair Rich:-
Cityskin Medispa
B7/1/1 Jalan Ampang Utama 1/2,
One Ampang Avenue Business Centre
Taman Ampang Utama
68000 Ampang Selangor
Untuk sebarang keterangan lanjut tentang layari FB CITYSKIN MEDISPA & Instagram cityskinmedispa :
atau hubungi : 03 – 4253 5257
Hair Rich World Integrated Trichology Center
2-09, Level 2, Wisma Life Care
5 Jalan Kerinchi
Bangsar South
59200 Kuala Lumpur
Tel : 03 2242 0880
Tunggu apa lagi. Tak salah mencuba untuk kecantikan dan kesihatan diri sendiri. Servis yang dijanjikan oleh CitySkin MediSpa dan Hair Rich ini memang memuaskan. Untuk dapatkan review berkaitan servis yang diberikan oleh Hair Rich, boleh berkunjung ke Blog Syafiqah Hashim. Perkhidmatan gabungan dua industri ( Klinik dan Spa ) ini di bawah
satu bumbung dapat menawarkan khidmat rawatan Kesihatan dan Kecantikan yang
lebih efektif, menyeluruh dan berkonsepkan “WELLNESS”.
~ Achik ~
No comments:
Post a Comment