Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hujung minggu baru ni Achik telah ke
Kg. Baru untuk makan malam yang agak lewat. Biasa kalau ke Kg. Baru, Achik
kerap memilih untuk makan di Johan Seafood sebab nak makan bubur berlauk. Tapi
untuk kali ini Achik berhajat nak tukar selera di restoran yang lain.
Achik sampai di Kg. Baru dalam jam
12.30 tengah malam. Masuk sahaja Jalan Raja Abdullah, mula-mula Achik berhenti
di Restoran Ayam Penyet Nyet Nyet di sebelah kiri Achik. Malangnya kedai yang
masih bercahaya lampu telah pun tutup. Huhuhu..
Tak jauh dari Restoran Ayam Penyet
Nyet Nyet, Achik nampak satu restoran di sebelah kanan jalan iaitu D’Lala
Seafood. Berbekalkan cash money yang ada dalam wallet hanya RM150.00, Achik dan
Anis decide nak makan lewat malam di D’Lala Seafood.
pemandangan dari luar
Masuk je pintu D’Lala Seafood ni mata
Achik terpandang pada rumah melayu traditional yang telah diubah suai menjadi
ruang makan.
Ruang makan di D’Lala Seafood agak
luas termasuk dalam rumah ( berhawa dingin ) dan juga di luar rumah. Terasa
macam sedang menjamu selera di desa.
Apa yang menarik di D’Lala Seafood
adalah menunya sangat banyak. Kalau kata udang tu, ada dalam 10 jenis masakan
udang. Sampaikan Achik pun tak tahu nak pilih masakan apa. Selepas 10 minit
Achik study menu, kitorang berdua buat keputusan nak mencuba makanan-makanan di
bawah:
Hawaian Prawn – tak
pedas. Kuahnya ala-ala kuah telur bungkus ditepi tu ada margerin
Lala masak pedas – size M
Memang
pedas dan sedap. Kuantiti lala dalam 1 pinggan tu pun memuaskan.
Kerabu Sotong – Size M
Yang
ni pun sedap sangat. Cumanya agak pedas dan mungkin tak sesuai untuk
kanak-kanak. Tapi buat mereka yang suka makan pedas, Kerabu Sotong ni memang
Achik recommend sangat.
Ketam Masak Cili
Kami
hanya order seekor ketam sahaja. Achik & Anis lebih suka order macam-macam
lauk tapi dalam kuantiti yang kecil supaya kami berpeluang rasa lauk yang
menjadi pilihan kami.
Ketam
Masak Cili ni pun sedap dan pedas. Pendek kata kalau korang order makanan yang
berunsurkan cili mahupun pedas, memang confirm lauk yang korang order tu Pedas
!
Antara
menu yang terdapat di D’Lala Seafood:
So,
kalau korang ke Kg. Baru, jangan lupa singgah makan di D’Lala Seafood. Masakan
di sini sememangnya sedap bersesuaian dengan temanya iaitu Authentic Thai
Cuisine. D’Lala Seafood beroperasi setiap hari sehingga jam 1.30am.
Alamat:
D’LALA
SEAFOOD
No.
154
Jalan
Raja Abdullah
50300
Kampung Baru
Kuala
Lumpur
selfie dulu sementara menunggu makanan yang dipesan sampai.
Secara keseluruhannya Achik bagi 10 bintang buat D’lala Seafood merangkumi kesedapan makanan dan juga harga yang mampu makan. Hehehe...Next time Achik pasti akan datang lagi.
~
Achik ~
No comments:
Post a Comment