Monday, November 02, 2015

Petsmore Grooming Workshop di Furfurry Academy Petsmore SS2

Assalamualaikum dan salam sejahtera ...
Petsmore sekali lagi telah berbesar hati mengadakan Grooming Workshop "So You Think You Can Groom" yang telah diadakan di Petsmore SS2, Petaling Jaya yang turut dihadiri oleh Media dan juga Blogger. Grooming Worshop ini untuk memberi pendedahan kepada semua peserta yang hadir berkaitan langkah-langkah asas untuk untuk mendandan haiwan kesayangan kami.



Sesi gromming kali ini seperti biasa dalam banyak-banyak 16 ekor kucing yang Achik ada kat rumah, sudah tentu yang menjadi mangsa untuk di grooming di Bengkel ini adalah Baby Zorro. Hehehhe ....

Pic Credit to Aliza Sara

Sesi pada hari tersebut dimulakan dengan sesi pembukaan oleh beautiful and lovely emcee, Miss Sabrina yang telah menerangkan sedikit sebanyak tentang perkhidmatan gromming yang disediakan di Petsmore. Apa yang menarik di Petsmore ialah Groomer di Petsmore terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan mahir dalam mendandan haiwan kesayangan pelanggan sama ada kucing mahupun anjing.


Petsmore Master Groomer telah berkongsi beberapa tips mudah untuk memastikan haiwan kesayangan kami dijaga dengan rapi di rumah oleh tuannya sendiri. Tips-tips yang dikongsi ini untuk memastikan haiwan kesayangan dibersihkan dengan rapi sama sepertimana di gromming oleh profesional. Grooming Workshop ini telah mengajar asas-asas untuk menjadi pemilik haiwan kesayangan yang bertanggungjawab. Adalah penting untuk setiap pemilik haiwan kesayangan haiwan kesayangan, belajar tentang makanan dan pemakanan mereka serta kemahiran dandanan haiwan kesayangan dari kepala hingga ke kaki. Semua perkara ini telah dikongsikan bersama peserta yang hadir dalam latihan berdurasi 60 minit.


Kenapa Grooming penting buat haiwan kesayangan anda? Ini lah sebabnya. Untuk memastikan haiwan kesayangan anda secara fizikalnya sihat serta tampil menawan.


Haiwan kesayangan yang kerap dirapi membantu pemilik haiwan untuk mengenal pasti atau menyedari perubahan yang berlaku pada haiwan kesayangan yang mungkin memerlukan perhatian daripada Doc Veterinar. Ia amat penting untuk kesihatan dan kesejahteraan. Menurut Petsmore Master Groomer, masa yang dihabiskan dalam mendandan haiwan kesayangan dapat mengeratkan hubungan antara haiwan dan pemiliknya kerana ianya merupakan masa untuk berinteraksi antara haiwan kesayangan dan pemiliknya.


Walau pun gambar ilustrasi yang digunakan menerangkan kepentingan grooming kepada anjing, ianya juga menerangkan maksud yang sama kepada kepentingan mendandan kucing kesayangan anda.


Semasa bengkel tersebut, COO of Petsmore, Encik Sean Saw memperkenalkan Furfurry Academy di Petsmore SS2 Petaling Jaya. Tujuan utama akademi ini diwujudkan adalah untuk memupuk dan mendidik bakat-bakat baru dalam bidang dandanan. Mendandan haiwa memerlukan banyak kesabaran, semangat dan pengetahuan untuk menjadi pemilik haiwan kesayangan yang terbaik. Encik Sean Saw juga berharap untuk Petsmore berkongsi pengetahuan dengan pemilik haiwan peliharaan yang lain. Sesetengah pemilik haiwan peliharaan mungkin beranggapan mudah untuk mendandan bulu haiwan kesayangan mereka iaitu dengan mencukur habis bulu tersebut. Walau bagaimanapun, teknik yang salah boleh membawa kepada hasil yang memudaratkan.


Achik sedang menyikat bulu Baby Zorro. Walau bulu Baby Zorro tak panjang, tapi ianya mestilah sentiasa dirapikan agar mudah untuk Achik mengenal pasti sebarang jangkitan kulit pada Baby Zorro contohnya Fungas.



Para blogger sedang mengaplikasikan teknik dandanan haiwan kesayangan yang telah didemonstrasikan oleh Petsmore Master Groomer sebentar tadi
Encik Sean Saw juga berharap dengan adanya bengkel dandanan ini, wakil Media dan Blogger akan memperoleh pengetahuan yang luas dalam bagaimana untuk menjaga dan mendandan haiwan kesayangan mereka. Ini bermakna mereka juga boleh membantu rakan-rakan mereka dan keluarga melakukan dandanan asas dan mudah kepada haiwan kesayangan . Satu contoh yang sangat asas memotong kuku haiwan kesayangan anda, yang merupakan perkara paling penting dan asas dalam mendandan haiwan kesayangan.


ruang kawasan Grooming yang luas
Selain itu, Encik Sean Saw turut memberi penjelasan berkaitan dengan pakej gromming yang ditawarkan di Petsmore seperti berikut:

1)      RM150 ONLY on the First Trial Cat Basic Grooming Package. For 5 Sessions, customers Will Save a whopping RM265 When Their feline Friends Get Services SUCH as ear cleaning, Nail care, and bathing & Blow drying.

2)      RM100 ONLY on the First Trial Dog Grooming Basic Package. For 5 Sessions, customers Will Now Save a whopping RM195 When Their canine Friends Get Services SUCH as eye trimming, leg trimming, ear cleaning, ear hair removal, Nail care, Shaving of paw pad, stomach, private area, cleaning of anal gland, and bathing & blow drying.

Kami pelanggan yang tidak ada masa untuk mendandan haiwan kesayangan mereka atau pun haiwan kesayangan jenis yang memerlukan dandanan yang teliti, anda boleh hantar haiwan peliharaan anda ke Petsmore kerana Petsmore mempunya Master Groomer yang terlatih.




Sekiranya pemilik haiwan kesayangan ingin mendapatkan perkhidmatan gromming yang lebih terperinci untuk haiwan kesayangan anda, Encik Sean Saw sekali lagi memperkenalkan perkhidmatan Gromming di Petsmore yang diberi nama Micro Bubbles SPA system yang menawarkan pembersihan lebih mendalam, menyahbau dan memberi kelembapan buat bulu dan kulit haiwan kesayangan anda . Nak tahu lebih lanjut lagi tentang Micro Bubbles SPA System ini kenalah datang cuba sendiri di Petsmore.
Pekerja di Petsmore merupakan mereka yang terlatih serta mempunyai minat sendiri terhadap haiwan. Pelanggan tidak perlu risau apabila menghantar haiwan kesayangan mereka ke Petsmore untuk didandan kerana haiwan kesayangan anda akan dilayan dengan baik dengan penuh belaian.


Menarik di Grooming Workshop ini apabila kami semua dianugerahkan dengan sijil penyertaan kerana telah berjaya menghabiskan Petsmore Grooming Workshop "So You Think You Can Groom" dengan jayanya.


Kami semua para Blogger dan Media sangat teruja dan happy kerana telah berjaya menamatkan sesi Grooming Workshop di Furfurry Academy, Petsmore SS2, Petaling Jaya.

Yang pasti, I Love Petsmore ..!

Untuk Dapatkan Maklumat Lanjut Berkaitan Barang-Barang Yang Dijual Serta Perkhidmatan Yang Ditawarkan di Petsmore, Bolehlah Layari Official Website Petsmore di Www.Petsmore.Com .

Anda Juga Boleh Follow FB Rasmi Petsmore di Http://Www.Facebook.Com/petsmore  Untuk Dapatkan Update Terkini Berkaitan Promosi Yang Ditawarkan Serta Perkongsian Ilmu Yang Diberi Oleh Petsmore. Antaranya Ilmu Yang Dikongsi Melalui Petsmore E-News Seperti Gambar di Bawah.


~ Achik ~

No comments:

Post a Comment