Saturday, October 10, 2015

Travel : Mini Zoo antara tarikan di KL Tower

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Buat pertama kali dalam hidup Achik, Achik telah berpeluang untuk turut serta dalam private function Menara KL untuk para jemputan mengenali kesemua tarikan yang ada di Menara KL.

Achik rasa sangat teruja. Mana taknya, selepas 30 tahun baru Achik berpeluang ke Menara KL. Selama ni Achik tak pernah tahu apa yang ada di Menara KL. 


Tempat pertama yang Achik kunjungi apabila tiba di Menara KL adalah Mini Zoo. Siapa kata di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur tiada Zoo. Untuk makluman anda, di sekeliling Menara KL terdapat hutan semula jadi yang sangat sesuai dijadikan habitat haiwan.



Ketibaan kami semua telah disambut dengan 2 ekor burung kakak tua yang cantik dan mesra. Para pengunjung dibenarkan untuk mengambil gambar dengan kedua-dua burung kakak tua tersebut dengan bayaran serendah RM5.00.

Sebaik sahaja kami melangkah masuk ke dalam Mini Zoo tersebut, kami disambut dengan pelbagai jenis burung yang dibiarkan bebas bertengek di ranting kayu.


pic credit to miera

Peluang untuk bergambar dengan burung-burung yang ada dalam KL Tower Mini Zoo ini memang takkan Achik lepas kan. Burung ni tengah usha baik brooch Achik yang ada pada tudung Achik..hahaha


Iguana sebesar ni juga dibiar hidup bebas di atas pokok tanpa sebarang kepungan. Actually pokok yang ada dalam Mini Zoo tu tak tinggi dan tak besar. Tapi Iguana ni baik je duduk di atas pokok tak bergerak-gerak. Mungkin tengah menyamar..hehehe.


Haiwan-haiwan di KL Tower Mini Zoo ini memang dijaga dengan baik. Sangkar-sangkar dalam Mini Zoo sentiasa bersih dan tidak berbau busuk. Seronok sangat bila dapat melihat haiwan-haiwan dalam Mini Zoo dengan lebih dekat antaranya Bear-Eared Foxes, Fallabellas ( kuda paling kecil di dunia ), EMU ( spesis ostrich ), Common Snapping Turtle dan banyak lagi. 





Common snapping turtle

EMU ( ostrich )


Selain itu, kami semua diberi peluang untuk bagi monyet yang kecil dan comel ini makan dengan makanan yang dibekalkan oleh petugas di Mini Zoo. Oh ye...makanan dari luar tidak boleh dibawa masuk ke dalam Mini Zoo dan anda juga tidak dibenarkan untuk memberi haiwan-haiwan dalam Mini Zoo ini makanan yang dibawa dari luar.


Kolin tengah bagi monyet makan


Tempat yang Achik paling suka dalam Mini Zoo ini apabila kami semua masuk ke dalam sangkar burung. Burung-burung yang ada dalam kurungan tersebut berwarna warni dan cantik. Seperti biasa kami semua dibekalkan dengan makanan burung oleh petugas di situ. Sebaik sahaja makanan berada di atas tapak tangan Achik, berpusu-pusu burung-burung tersebut terbang hingap ditangan Achik untuk makan.

Lebar senyuman Achik bila burung-burung ni hingap di tangan Achik. Cantik kan..pic credit to En. Effendee 




Selain itu, untuk mereka yang suka menangkap ikan, KL Tower Mini Zoo juga menyediakan satu lot kolam untuk menangkap ikan yang diberi nama Longkang Fishing...hehe..Untuk menangkap ikan yang ada dalam Longkang, kami dibekalkan dengan penyedok ikan yang berwarna hijau tu.

Kolin dalam cubaan untuk menangkap ikan


Untuk mereka yang berkelapangan, bolehlah bawa family anda menghabiskan hujung minggu dengan mengunjungi KL Tower Mini Zoo. Di sini anda dapat berinteraksi dan bergaul dengan haiwan secara lebih dekat. Mini Zoo di KL Tower ini diuruskan di bawah pengurusan yang sama dengan Farm In The City yang terletak di Equine. Makanya konsep yang dikekalkan oleh pihak pengurusan adalah sama.

pic credit to Kolin

KL Tower Mini Zoo ini bukan saja untuk kanak-kanak, malah golongan dewasa juga boleh menikmati kehidupan flora dan fauna di sini. Buktinya, gambar di bawah menunjukkan kegembiraan yang terpancar di wajah kami semua.. hehehe.

pic credit to Kolin



Berita baik buat semua..!!! KL Tower Mini Zoo sedang mengadakan promosi bagi tiket masuk ke Mini Zoo tersebut. Harga yang dipaparkan dalam gambar di atas adalah harga bukan promosi. So, berapakah harga promosi tiket masuk ke Mini Zoo ini??

Promosi Tiket Masuk ke KL Tower Mini Zoo

Dewasa : RM19.00
Kanak-kanak : RM16.00
Senior Citizen : RM16.00

Jom ke KL Tower Mini Zoo pada hujung minggu ini !!!

~ Achik ~














No comments:

Post a Comment