Tuesday, October 06, 2015

PENGALAMAN MENGGUNAKAN SYSTEMA 3D CLEAN DARI LION JAPAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Entry kali ini Achik berminat untuk berkongsi dengan semua pembaca berkaitan Berus Gigi terbaru daripada Systema iaitu 3D Clean.
Berus gigi Systema 3D Clean telah berada di pasaran
  
Sebelum 3D Clean dilancarkan, Systema telah pun mengeluarkan enam jenis Berus Gigi yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza iaitu Compact, Comfort, Full Head, Sensitive, Spiral dan Bi-Level. Enam jenis Berus Gigi Systema ini mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri dalam memberus gigi serta mengekalkan tahap kebersihan gigi.

Rangkaian berus gigi Systema

Kini, Systema dengan rekaan Berus Gigi yang tersendiri telah mengeluarkan Berus Gigi terbaru iaitu 3D Clean yang menggabungkan fungsi daripada Berus Gigi Comfort, Spiral dan Bi-Level. Maka terhasilnya 3D Clean yang mana bulu Berus Gigi 3D Clean mempunyai “multi-cleaning” 3D untuk membersih setia bahagian gigi yang sukar untuk dicapai.

Susunan bulu pada berus gigi Systema 3D Clean yang menggabungkan ciri-ciri Systema Comfort, Systema Spiral dan Systema Bi-Level

 Achik pasti ramai di antara kita yang memandang remeh tentang penjagaan gigi. Buktinya apabila memilih berus gigi, kita lebih suka memilih berus gigi yang jauh lebih murah tanpa mengambil kira fungsi berus gigi tersebut ke atas penjagaan gigi kita. Selain itu, pemilihan berus gigi perlu dibuat dengan teliti lebih-lebih lagi kalau kita gemar memakan makanan yang manis, keras, berminyak, kenyal, bergetah dan macam-macam lagi yang mampu merosakkan gigi sekiranya gigi tidak diberus dengan sempurna. Pendek kata pemilihan berus gigi yang tepat adalah berdasarkan penggunaan gigi kita setiap hari.
Pada hari Sabtu ( 03 Oktober 2015 ) yang lepas, Achik telah berpeluang untuk menghadiri ke Systema 3D Clean Roadshow yang telah diadakan di Concourse In One Utama Shopping Centre. Semasa di Roadshow, Achik berpeluang untuk dapatkan sedikit ilmu melalui penerangan yang diberikan oleh promoter yang bertugas. Untuk makluman semua pembaca, Systema 3D Clean dengan rekaan bulu yang istimewa mampu menanggalkan 63% lebih plak untuk kebersihan menyeluruh tanpa menyakitkan gigi dan gusi anda.

Roadshow Kempen Systema “Start Right Brush Right – Healthy Teeth  for life”

 Di roadshow tersebut Achik telah diberi peluang untuk mencuba sendiri memberus gigi dengan menggunakan Berus Gigi Systema 3D Clean. Ternyata rekaan bulu pada 3D Clean memang jauh berbeza dengan berus gigi yang Achik biasa guna. Secara jujurnya, dalam memilih berus gigi, Achik cenderung untuk memilih berus gigi yang murah di pasaran. Sudah menjadi kebiasaan Achik akan membeli ubat gigi yang percuma berus gigi sekali. Yang penting bagi Achik adalah Achik ada berus gigi untuk memberus gigi pada setiap pagi dan sebelum tidur tanpa meneliti ciri-ciri yang ada pada berus gigi tersebut.
Cuba dulu baru tahu. Achik sedang berus gigi menggunakan Systema 3D Clean

Selepas beberapa hari ( 2x sehari ) menggunakan Systema 3D Clean , Achik dapat rasakan perbezaan yang ketara jika dibandingkan dengan berus gigi jenama F yang Achik biasa guna. Apa yang beza?

1.       Dari segi susunan bulu

Bulu berus gigi jenama F disusun rapat dan pendek. Bulu yang pendek membuatkan berus gigi F sukar digunakan untuk memberus belakang gigi. Manakala bulu pada berus gigi 3D Clean mempunyai ketinggian yang berbeza-beza dan tidak disusun dengan rapat. Semasa memberus gigi menggunakan 3D Clean, Achik dapat rasa kan rekaan bulu pada berus gigi 3D Clean dapat memberus keseluruhan belakang gigi Achik. Tak heranlah kenapa banyak kotoran yang melekat di belakang gigi Achik selama ni kerana konsisten menggunakan berus gigi jenama F. Sekiranya Achik buat pilihan berus gigi yang tepat dari dulu lagi, kotoran yang melekat pada belakang gigi mungkin dapat dielakkan.

2.       Bulu yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras

Setiap kali memberus gigi menggunakan berus gigi jenama F, kerap kali bulu pada berus gigi tersebut tercucuk pada gusi Achik dan menyebabkan gusi berdarah semasa memberus gigi. Selepas beberapa hari menggunakan Systema 3D Clean, gusi Achik tak berdarah atau pun tidak berasa sakit walau pun bulu pada berus gigi 3D Clean kena pada permukaaan gusi.

Selain itu, setiap kali memberus gigi Achik pasti akan memberus lidah. Bulu berus gigi jenama F lebih terasa kasar di permukaan lidah dan boleh menyebabkan lidah Achik terluka manakala bulu berus gigi Systema 3D Clean lebih lembut dan sesuai untuk memberus lidah.

3.       Saiz dan bentuk kepala yang sesuai untuk semua saiz mulut

Jujur Achik kata kan saiz kepala berus gigi jenama F yang Achik guna memang kecil dan berbentuk sedikit tirus dihadapan. Apabila Achik memberus gigi dengan tekanan yang kuat atau pun secara laju, kepala berus gigi jenama F kerap terhantuk pada gusi gigi geraham Achik dan menyebabkan ianya bengkak. Manakala dengan Systema 3D Clean, semua tu tak berlaku lagi malah gusi gigi geraham Achik tidak bengkak lagi walaupun bersentuh dengan kepala berus gigi 3D Clean.

4.       Rekaan berus gigi yang yang mudah dilentur

Batang berus gigi jenama F yang Achik gunakan agak kurus dan saiz yang sama dari bahagian kepala sehingga ke tempat pegang. Gigi akan diberus dengan gerakan yang mendatar dan tidak kesemua bulu berus gigi tersebut akan menyentuh permukaan gigi disebabkan bahagian kepala berus gigi tidak boleh dilentur. Systema 3D Clean mempunyai rekaan batang yang lebih nipis di bahagian kepala dan batang tersebut mudah dilentur semasa sedang memberus gigi. Jadi Achik dapat rasa kesemua permukaan gigi Achik diberus dengan sempurna menggunakan Systema 3D Clean.

5.       Pembersih lidah

Ini adalah sesuatu yang berbeza yang Achik dapat rasa. Kalau sebelum ini Achik menggunakan bulu berus gigi jenama F untuk memberus lidah, kini dengan Systema 3D Clean Achik boleh memilih sama ada untuk menggunakan bahagian bulu pun bahagian belakang berus gigi Systema 3D Clean untuk memberus lidah

Itu adalah sedikit sebanyak pengalaman Achik serta perbezaan yang Achik dapat rasa selepas menggunakan Systema 3D Clean berbanding berus gigi jenama F yang Achik telah guna lebih 3 tahun. Secara jujurnya Achik sangat berpuas hati dengan kualiti Systema 3D Clean. Tak kisah lah kalau Achik perlu berbelanja tinggi pada berus gigi asalkan gigi Achik bersih dan sihat.

Untuk semua pembaca di luar sana, anda juga perlu bijak memilih berus gigi yang bersesuaian dengan penggunaan gigi anda. Harus diingat, berus gigi yang berharga lebih murah sebenarnya memberi penjagaan gigi yang minima. Tak rugi berbelanja lebih untuk membeli berus gigi kerana gigi adalah untuk kegunaan jangka masa panjang. Gigi anda akan cepat rosak lebih awal dari usia yang sepatutnya.
“No matter what you eat Systema 3D Clean Gives You
Cleaner teeth . Healthier Gums . Fresher Breath”


Oleh itu, dapatkan berus gigi Systema 3D Clean yang terbaru di pasaran. Rekaan bulu pada berus gigi Systema 3D Clean memberi 5 fungsi dalam membersihkan gigi.

1.       Hujung berus tipis spiral – bertujuan untuk mencapai gigi belakang dengan lebih baik untuk menanggalkan lebih plak.

2.       Bulu berus pendek di pusat berus – bertujuan untuk membersihkan permukaan gigi dengan lebih berkesan.

3.       Bulu berus yang panjang di tengah berus – bertujuan untuk menembusi celah-celah gigi dan mengeluarkan sisa-sisa makanan.

4.       Bulu berus yang panjang di bahagian luar – bertujuan untuk menembusi garisan gusi dan menanggalkan plak 9x lebih berkesan.

5.       Pembersih lidah – bertujuan untuk menanggalkan bakteria yang menyebabkan nafas berbau

Jom dapatkan Berus gigi terbaru dari Systema 3D Clean ini untuk menjadikan senyuman anda lebih bermakna selepas ini dengan gigi yang bersih dan nafas yang segar. 

Harga pasaran = RM11.50

Untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan Systema dan Systema 3D Clean khususnya, boleh layari laman web www.southernlion.com.my atau pun follow FB rasmi Systema di www.facebook.com/KeepSmilingMY


Achik telah pun mencuba Systema 3D Clean, anda bila lagi?

~ Achik ~

No comments:

Post a Comment