Assalamualaikum.
Kalau Achik ke Tanjung Karang mahupun Sabak Bernam, Achik pasti akan menggunakan jalan Kuala Selangor sebagai laluan balik untuk tembus ke LATAR. Kenapa ? sebab tempat wajib yang Achik wajib tuju adalah Cendol Durian Borhan.
Tengok tu....sekarang ni korang tak perlu risau kot-kot sampai lambat, Cendol Durian Borhan ni dah tutup. Tengok dekat signage tu, Cendol Durian Borhan kini beroperasi sehingga larut malam..Wow...Hebat..!!!
Mungkin salah satu sebab kenapa beroperasi hingga larut malam, sebabnya Abang Borhan join kelab motorsikal berkuasa tinggi uolsss...Biasa geng-geng kelab kereta mahu pun kelab motorsikal ni memang suka berkonvoi dan akan berhenti lepak minum di restoran yang famous di tiap-tiap kawasan yang dilalui..
Tengok tu...Abang Borhan bawak Harley Davidson ok...mampu....???
Achik sempat juga ronda-ronda dalam kedai Cendol Durian Borhan ni..dah semakin berkembang maju. Kawasan tempat makan dah luas. Murah betul rezeki Abang Borhan meniaga Cendol Durian.
Menu baru juga dah ada di kedai ni. Waffle Special Borhan.
Achik tak sempat nak rasa makanan yang dijual di sini sebab perut Achik dah kenyang...baru lepas melantak kat open house kawan Achik di Tanjung Karang. Jadinya, Achik berhenti singgah di sini untuk pekena Cendol Durian Pulut.
Oh ye..Banyak stall turut dibuka di Kedai Cendol Durian Borhan. Pelbagai makanan ditawarkan buat pelanggan yang berkunjung ke Cendol Durian Borhan. Antaranya Ar-Azmil SotongRaja, stall yang menjual sup-sup, nasib kerabu, western.
Sup daging, sup perut, sup kambing, sup campur, sup tulang, sup ayam goreng, mee sup, bihun sup, kuey teow sup ada dijual di sini. Next time Achik datang, Achik pasti cuba semua makanan yang ada di sini.
Western food pun ada. Menarik Achik tengok pelanggan meja sebelah makan steak,. Nampak menyelerakan.
Jeng jeng jeng....Cendol Durian Pulut menjadi pilihan Achik. Harga semangkuk RM3.50.
Pemandangan dari luar lokasi Cendol Durian Borhan. Kalau korang datang dari arah Kuala Selangor, kedai ni berada disebelah kanan korang. Manakala bagi yang datang dari arah Tanjung Karang, kedai ni berada di sebelah kiri korang.
Ruang parking yang disediakan oleh Abang Borhan pun dah semakin luas. Selari dengan perkembangan perniagaan Cendol Durian Borhan.
Untuk mengetahui lebih lanjur berkaitan review daripada pelanggan yang pernah singgah disini, serta lokasi nya, boleh lah layari FB dengan carian Cendol Durian Borhan Kuala Selangor.
Oh ye....Selain di Kuala Selangor, Cendol Durian Borhan pun ada dibuka di Dengkil, Cendol Durian Borhan 15.
Dengar kata Abang Borhan pun ada buka cawangan di Danau Kota. Cuma nya Achik tak pernah jumpa lagi. Jadi kalau korang tahu dekat mana lokasinya di Danau Kota tu, jangan segan silu share dengan Achik ye...
Selamat Mencuba Cendol Durian Borhan..
~ Achik ~
Cendol durian! Sedapnya!!!! Nak cuba!
ReplyDeleteyup..sedap...you should try it..
DeleteOooo. Kuala selangor, I think I should go try it from my place in SG buloh. Thanks for sharing.
ReplyDeletewelcome Isaac :-)
DeleteThis place really attractive and the cendol is yummy.
ReplyDeleteyeaahhh..very yummy..have u tried it before Betty?
DeleteI always love cendol durian!! The durian taste and smell good laa!! I sukaaaaa <3
ReplyDeletexoxo,
Sharon
www.snowman1314.com
The cendol looks very tempting!~ Wish to try it out...
ReplyDeletehttp://cre8tonekitchen.blogspot.com
gosh! I am a big fan for cendol bibik in Malacca. Cendol durian borhad look worth to try too.
ReplyDeletehttp://www.princesscindyrina.com/2015/08/behind-scenes-tour-at-resort-world.html
Omg durian cendol! Sedapnye! Kalau I pergi area tu tentu I akan stop utk try! Thanks for sharing
ReplyDeleteXoxo
Miriam
Www.miriammerrygoround.com
durian cendol, I cannot resist. I love eating durian after all it is king of fruits.
ReplyDeletenamesherry.com
I've never try Durian Cendol in my life! It sure taste nice ^^
ReplyDeletewww.littlemisssmexy.com
When talking about cendol, I will think of Malacca. Thanks for sharing the review.
ReplyDeletenice, on hot days really love cendol but durian cendol? even more awesome, must check it out next time.
ReplyDeleteMmmm cendol pulut is already awesome but now even with durian?! Confirm it tastes awesome
ReplyDelete